Thursday, 24 June 2021

Rendang Ayam Cili Padi Mak Mertua


Kak Radin ni dulu bukan seorang yang gemar makan rendang tapi sejak berkahwin, rendang ayam ni menjadi menu wajib masa hari raya. Ciri utama mesti kena pedas orang nogori katakan hee. Masa mula-mula rasa tak boleh terima, perut tak tahan. Tahun ni alhamdulillah dah masuk tahun ke-9, sendiri pula rasa tak lengkap tiada menu ni mak mertua je yang masak selalunya. Kami anak-anak AJK saja membantu persediaan haha.

Ok baiklah dah begitu, ada hati kak radin nak kongsi resepi pula kan. Kisahnya ammar arif dah 8 tahun umurnya sekarang, suka sangat rendang ayam nenek. Jadi, kena la belajar supaya resepi ni boleh diteruskan insyaallah. 

Kita simpan dalam blog ni sebagai rujukan sendiri dan buat sahabat yang memerlukan insyaallah boleh cuba tau, sedap :)

RESEPI AYAM RENDANG MAK MERTUA

Bahan- bahan:
Ayam setengah ekor
Daun kunyit potong halus
Lengkus dalam 1 inci diketuk
Santan pekat 1 kotak 
Kerisik 1-2 sudu

Bahan-bahan dikisar : 
Cili api 10-15 ikut kepedasan masing²
Ketumbar, Jintan manis, Jintan putih setengah sudu
Halia, Kunyit dalam 1 inci
Serai dua batang
Bawang putih 4 biji
Bawang merah sebiji 

Cara-cara : 
1. Isi minyak tumis bahan kisar bersama ayam. Masak sehingga ayam separuh masak.
2. Masukkan santan dan kacau rata
3. Bila dah mendidih baru masukkan kerisik.
4. Kacau hingga terbit minyak dan masukkan daun kunyit. 
5. Perasakan dengan garam dan cukup rasa.

Kalau suka kering boleh tunggu lama sikit, kak radin suka berkuah sikit boleh makan dengan nasi impit atau nasi sedapnya.

Ok lah selamat mencuba !

0 comments: