Saturday, 26 June 2021

Allah tahu kita penat, teruskan berjuang ya !


Arman Adwa nak tanya ni? 

Tengah sedih ke tu? Susah hati? Stress? 

Nak menangis ke..nangis lah. Kak Radin faham sangat. Nangis sepuas  hati tapi lepas tu dah kena bangun tau !

Ada nak kongsi apa² dengan Kak Radin? Kalau rasa tak selesa boleh je kongsi dengan orang yang kita percaya. Jangan simpan dalam hati tau, kongsi lah mana tahu boleh bantu kan. 

Kalau tiada siapa yang nak dikongsi, Allah kan ada. Dia Maha Mendengar segala isi hati kita. Rintih lah pada-Nya. Luahkan segala masalah, segala isi hati kita. Boleh ke ni? Kena cuba tau. 

Kak Radin pun ada masalah sendiri. Normal kalau kadangkala kita rasa tak ok tu. Kita manusia biasa kan, tak sempurna. Sesungguhnya Allah yang Maha Sempurna. 

Hidup mesti diteruskan walau apa pun yang berlaku sebab sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau kita tak nampak sekarang mungkin nanti Allah SWT nak tunjuk. Allah uji sebab dia sayang kita, setiap ujian yang Allah beri sebab Allah tahu kita boleh hadapi. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ada sebut,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Insyaallah Kak Radin tahu awak semua kita, kita semua kuat. Setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing. 

2 comments:

Filem 10 minit said...

Penat...memang penat...kadang kadang tu selalu tanya diri ni.."betul ke aku buat ni?" tapi macam biasalah aku buat aje...sampai habis...kalau penat tidur n rehat ..esok pagi sambung balik...dapat tak dapat..berjaya tak berjaya tu kerja Tuhan..yang penting kita usaha yang terbaik dulu...

filem10minit.blogspot.com
Filem Seram Pendek

supplementmama said...

It's ok. Life ni ada ups and downs. It makes us human. Insya Allah we will feel much better bila kita lebih kenali diri dan siapa pencipta kita.

Sending positive vibes to you!

Jumput singgah baca pengalaman magic saya ! :)