Friday, 12 February 2021

22 Makanan Tambah Susu Ibu Mesti Cuba

Susu drop?

Biasa lah tu kan, kak radin pun sama, ada juga berlaku lagi-lagi masa period, stress kan. Sama-sama kita usaha yang terbaik buat anak-anak kita ya. Salah satunya dari pemakanan, tak semua ibu sama kena cuba dan cuba lagi insyaallah.

 Ni kak radin kongsikan sedikit ilmu ya. Jom kita baca sama-sama.

1 - Untuk makanan tambah susu badan, ibu harus banyakkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin B seperti kekacang dan dal.

2 - Keduanya, amalkan makan buah jambu batu yang bagus untuk penambahan susu badan.

3 - Sayuran hijau seperti sawi, kucai, kacang buncis. Paling tidak jagung muda.
Caranya, ibu boleh masak sama ada dibuat goreng atau sup sayur. Bahkan, sawi juga merupakan sayur yang menjadi kebiasaan sebagai lauk ketika berpantang.

4 - Daun atau pucuk meranti. Ibu boleh masaknya dengan cara masak lemak putih, tumis air atau dibuat goreng.

5 - Oat juga merupakan makanan tambah susu badan yang bagus. Ia boleh dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
Continue Reading