Saturday, 24 October 2020

Keadaan Klinikal Pesakit Covid-19 Semasa Dikesan

Keadaan Klinikal Pesakit Covid-19 Semasa Dikesan

Kak Radin nak kongsi satu artikel yang baru baca ni tentang keadaan klinikal pesakit Covid-19 semasa dikesan. Pihak KKM membuat infografik daripada jumlah pesakit Covid-19 seramai 5889 orang. Kalau kita tengok 50% pesakit iaitu 1 daripada 2 pesakit Covid-19 adalah tanpa gejala langsung pada masa mereka dikesan positif ! 

Bahaya kan risau betul rasanya lagi hebat dari sebelum ni.

Daripada jumlah pesakit 5889, secara pecahannya seperti berikut :

1.1% Sakit tenat
3.5% Radang paru-paru dengan sesak nafas
13.6% Radang paru-paru tanpa sesak nafas
31.6% Bergejala tetapi tiada radang paruparu
Selebihnya 50.2% Tidak Bergejala

Gejala Covid-19 yang paling kerap dikesan adalah batuk, demam dan sakit tekak.

Apa peranan kita sebagai orang awam? 
Jom kita ikut pesanan KKM ni ye kawan-kawan.
Antaranya sentiasa pakai pelitup muka ditempat awam supaya kita boleh elak dari jangkitan Covid-19. Amalkan 3W dan Elakkan 3S ehh.

Amalkan 3W semasa covid

Elakkan 3S semasa covid-19

Sekiranya ada mendekati pesakit Covid-19, segera hubungi KKM atau rujuk doktor yang berhampiran untuk mengenalpasti samaada perlu jalani pemeriksaan. 

Kita sebagai orang awam perlulah sentiasa ikut SOP yang ditetapkan oleh KKM tau. Janganlah degil sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19 ni, kita belum menang. Alternatif sebagai cara untuk meningkatkan imun badan daripada wabak yang melanda sekarang boleh mengambil vitamin C.

Kak Radin secara personal juga ada mengambil vitamin C, nutriferon dan juga vivix untuk meningkatkan imun badan insyaallah. Kesemua produk yang kak radin senaraikan ni selamat, berkesan dan semulajadi dimana ia boleh membantu meningkatkan fungsi imun badan kita.

Berbalik semula pada ujian klinikal tadi yang dikeluarkan oleh pihak KKM, keadaan sekarang ni sangat berbahaya sebab kita tak tahu siapa yang positif kerana tiada gejala. Kita perlu sangat berwaspada dengan sesiapa pun mungkin orang yang berdekatan dengan kita kan. Selalu kak radin cakap kan, kita tak boleh kawal benda yang luar kawalan, kita boleh buat yang dalam kawalan kita iaitu pastikan badan kita kuat dan sihat. 

Sama-sama kita ikhtiar dengan produk yang boleh tingkatkan imun badan supaya kita boleh kurangkan risiko terkena wabak ini insyaallah.

Nak tanya apa-apa boleh wasap kak radin terus ya, insyaallah saya cuba bantu yang terbaik ya.


Keadaan Klinikal Pesakit Covid-19 Semasa Dikesan

No comments: