Saturday, 24 October 2020

Hari ini Angka Tertinggi Pesakit Covid-19 Malaysia Terkini

Hari-hari kak radin doa supaya Covid-19 ni berlalu pergi dari muka bumi khususnya di Malaysia. Orang nak balik jumpa mak ayah ni. 😭 

Kita orang awam boleh lihat angka meningkat pun dah risau, sedih dan sebagainya kan, bayangkan pihak frontliner yang bertungkus lumus tanpa berehat. 

Hari ni kak radin tengok status terkini 24 October 2020, buat pertama kali masuk 4 angka! Sebanyak 1228 kes baru dimana kes tempatan 1217 dan import 11 menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 8966.

Sabah terus mencatatkan angka tinggi iaitu sebanyak 889 kes baharu. 17 daerah berada di zon merah. Negeri Sabah disambung PKPB sehingga 9 November ini.


Kita sebagai orang awam sama-sama kita terus tingkatkan displin SOP. Sekarang bahaya kerana 50% adalah tidak bergejala. Kemungkinan pembawa mungkin ada dari orang yang berhampiran kita. Boleh refer pos sebelum.

Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan tahap imuniti pertahanan badan. Jom sama-sama ikhtiar dengan set “Immune Booster", paling kurang ambil lah vitamin C ya. 

Kak radin suka nak pesan lagi dan lagi.Perkara yang boleh kita kawal lagi seperti duduk dirumah, keluar bila hanya perlu. Kalau tiada cuba lah lakukan dari rumah. Jaga jarak, jaga SOP tau. Moga cepat-cepat berlalu pergi waha9 covid-19 dari muka bumi dan dari Malaysia khususnya. 

Jaga kesihatan tau, nak tanya tentang suplemen kak radin sedia membantu. 

No comments: