Wednesday, 3 June 2020

Produk Shaklee Macam Emas

Hai Assalamualaikum, 
Cepat betul masa ni berlalu, diam tak diam dah masuk bulan Jun di tahun 2020 dah kita ye 😊 Adik Ammar Arif pun tak lama lagi nak keluar dah insyallah, doakan kak radin dan baby selamat bersalin tau. Dikala virus Corona menular di seluruh dunia, banyak yang terkesan ramai yang kehilangan sumber pendapatan dan pencarian. Moga cepat la pergi virus Corona dari dunia.

Bisnes Shaklee pun agak terkesan juga, selama 7 tahun tak pernah dalam sejarah produk Shaklee Out of Stock, habis stok semuanya. Hebat betul penangan. Gara-gara PKP ke masing-masing dah mula sedar kepentingan suplemen atau mungkin kedua-duanya? 

Bagi kak radin sebab kehabisan stok mungkin kerana kedua-duanya. Ramai yang mula sedar akan kepentingan suplemen kerana ingin menjaga sebuah kesihatan. Sesungguhnya harga kekayaan yang sebenar datangnya dari kesihatan yang baik, betul tak? 

Tapi ini bukan bermaksud kak radin menidakkan kepentingan ubat.
Ubat dan suplemen adalah 2 benda yang berbeza, 2 dunia yang berbeza. 
Keduanya kita perlukan. 

Ubat kita perlu makan untuk merawat sakit yang kita alami prescribe oleh doktor, jadi sila makan ikut arahan tau. Suplemen kita makan untuk persediaan, macam shield dan support untuk badan kita.

Nak harapkan makanan seharian yang kita makan memang tak cukup melainkan betul-betul disiplin makan makanan yang sihat, cara penyediaan yang rapi dan sumber makanan yang pasti. 

Contohnya Vitamin C.

Badan kita tak boleh hasilkan vitamin C sendiri, kita hanya boleh dapat sumber luaran maksudnya dari sumber makanan yang kita ambil. Jadi, jika tak makan buah dan sayur mana kan datang pula sumber tu kan? Ibu hamil, menyusu dan pantang perlukan lebih lagi jadi jika tak mampu bolehlah topup dengan suplemen. Ambil suplemen ikut keperluan apa yang badan kita perlukan tau, kalau tak pasti boleh tanya pada yang pakar.

Kak Radin ada simpan sedikit stok ni untuk customer tersayang, COD area Krubong Bukit Rambai, Melaka. Postage seluruh Malaysia dari isnin hingga sabtu kecuali public holiday. Kalau nak sila cepat ye sebab stok Shaklee sekarang dah macam emas, sangat bernilai dan limited edition.

Meh cepat roger ehhh.




No comments: