Wednesday, 3 June 2020

Produk Shaklee Macam Emas

Hai Assalamualaikum, 
Cepat betul masa ni berlalu, diam tak diam dah masuk bulan Jun di tahun 2020 dah kita ye 😊 Adik Ammar Arif pun tak lama lagi nak keluar dah insyallah, doakan kak radin dan baby selamat bersalin tau. Dikala virus Corona menular di seluruh dunia, banyak yang terkesan ramai yang kehilangan sumber pendapatan dan pencarian. Moga cepat la pergi virus Corona dari dunia.

Bisnes Shaklee pun agak terkesan juga, selama 7 tahun tak pernah dalam sejarah produk Shaklee Out of Stock, habis stok semuanya. Hebat betul penangan. Gara-gara PKP ke masing-masing dah mula sedar kepentingan suplemen atau mungkin kedua-duanya? 

Wednesday, 20 May 2020

Cara Nak Dapatkan Produk Shaklee dengan Harga Murah

Hai bila sebut murah je mesti semua seronok kan kan? Meh kak radin nak ajar cara nak dapatkan produk dengan harga lebih murah ya. Cara nya ialah dengan jadi ahli lah. 😊

Nak jadi ahli mudah sangat, klik je sini untuk terus join ---> JOIN AHLI ONLINE

Saturday, 16 May 2020

Doa dan Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Diam tak diam hari ni dah masuk 24 ramadhan cepat sangat masa ni berlalu kan. Dari hari ke sehari kak radin nak update dalam blog ni tapi atas kesibukan yang melanda. Apapun kak radin doakan moga kita semua diberikan kekuatan dan semangat untuk beribadah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak bagi yang terbaik. Kalau dalam marathon, yang hujung-hujung ni dah boleh pecut dah cuba pergi sejauh mana kita boleh pergi insyallah self reminder juga ni.

Well life is about choice, tahun ni kita puasa lain sikit kena berpuasa di rumah, terawih dirumah. Jadi, diri kita ni mesti nak kena kuat sebab tiada siapa yang boleh paksa diri melainkan diri kita sendiri.



Monday, 20 April 2020

100 Impian Aisyah Radin


Semalam kak radin ada share kami geng viktoria ada tugasan kan. Senaraikan 100 impian, puas juga perah otak mula-mula macam susah sekali dah masuk 80 90 eh banyak pula yang aku nak ni haa. 😁

Free je berimpian ni tak salah pun. 🤩 Moga impian kita semua tercapai ye. Dreams do come true. Minta lah apa sahaja dengan Allah yang penting kita mesti berusaha dan usaha. Jom kita sama-sama buat ! 💪

Kita adalah apa yang kita fikir, apa yang kita rasa. Jadi sila fikir yang baik-baik sahaja. Boleh ke boleh? 

==============================
Ok ni senarai impian seorang yang bernama Aisyah Radin 💁‍♀️

1. Surirumah yang ada income RM100,000 sebulan
2. Bebas hutang
3. Ada saving RM100,000

Thursday, 16 April 2020

Kisah perkenalan dengan Vivix Shaklee

Malam ni kak radin nak share  camne boleh terjebak dengan vivix nih 💁‍♀️

Masa mula rasa berkira-kira jugak yela kan harga premium katanya, lagipun masa tu tengah breastfeed ammar arif lagi jadi tidak la ku cuba walau sebenarnya ramai je ibu breastfeed  yang minum vivix nih 😬

Tengok testimoni sesuai untuk darah tinggi terus bagi pada mak ayah makan alhamdulillah membantu. Kakak pun ada bagi pada suaminya lega sangat dapat bantu ahli keluarga sendiri. ♥️

Customer pun ramai yang bagi pada parent, untuk diri sendiri. For me la kan kalau benda bagus kenapa la nak berkira sangat well healthy is wealthy kan. Makan vivix ni dapat bekalkan tenaga bantu jaga kesihatan badan kita secara keseluruhan insyaallah. 

Kalau nak kata mahal la kan, cuba tengok balik ingredient dia bukan kaling-kaling kot, Polyhonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Bukan boleh dapat mudah-mudah dan nak proses lagi. Ehh dah rasa macam murah pulak ha ni 😁

Ok berbalik tajuk tadi kak radin pula jujurnya masa ammar masuk 6 tahun ni baru kami suami isteri mula consume jadi dah makan dalam 1 tahun lebih. Memang rasa lain badan ni tau. Lebih bertenaga dan kulit pun cantik 🥰 

Kebetulan ada kawan yang tanya pula ni terus la KR rasa nak kongsi. 

Masa tu join Master Firdaus sebab dia ada buat Detox Challenge dengan Vivix, sebabnya berat dah naik makan sedap masa pindah melaka mak masak sedap sangat balik kerja je melantak haha 😬 


Saturday, 21 March 2020

Tips Bekerja Dari Rumah

Restriction Movement Order masuk hari kelima kerana virus Covid-19 yang bebas menular, semoga kita semua dengar kata dan duduk rumah diam-diam, keluar bila hanya perlu sahaja. Bila kita diam dirumah, virus tak dapat nak jangkiti sesiapa lagi dan dia akan hilang tapi bila ada yang masih sibuk dengan urusan disinilah yang terjadi.

Sedih sangat Kak Radin rasa bila dengar kes kematian yang ke-9 ni, janganlah ada lagi kes yang bertambah lagi,risau sangat rasa ni. Cepatlah sembuhkan mereka yang terkena, bebaskan kita semua dari virus jahat Covid-19. Aaminn..

Jadi berbalik pada topik kita, apa aktiviti anda dirumah. KR pasti ramai yang perlu bekerja dari rumah tapi berjaya kah anda? Sama-sama kita usaha ok? Disini KR nak kongsi sedikit tips yang boleh diguna pakai mana tahu dengan bacaan tips ini dapat meningkatkan lagi produktviti kerja kita semua insyallah.

1. Pembahagian Masa

Setiap orang ada masa 24 jam sehari, jadi untuk pastikan setiap masa tidak dibazirkan dengan begitu masa, KR cadangkan siap sediakan To Do List dan Priority List setiap hari. Jadi kita dapat elakkan dari melakukan perkara yang tidak berfaedah insyallah.

2. Disiplin

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika kita rasa kerja kita penting dan perlu disiapkan mesti kita akan buat. Disiplin diri sangat-sangat penting sebab kalau dah bahagi masa tapi tak ikut tak berguna juga kan? hee.

Set Disiplin masa kerja, masa rehat, masa untuk diri dan masa untuk keluarga. Boleh beritahu anak-anak, suami atau isteri elok-elok dan fahamkan mereka kepentingan kerja kita ini insyallah mereka faham. 

3. Jangan Skip Makan

Makan sangat penting untuk beri kita tenaga dan fokus positif. Makan ikut masa, jika lapar boleh ambil buah dan salad sebagai snacking baru lah berat badan tak terbabas. Lagipun untuk elak dari mata ni rasa mengantuk masa bekerja. Jika perlu, KR sangat sarankan untuk ambil suplemen yang bantu kita beri tenaga dan juga fokus insyallah.

Tuesday, 17 March 2020

Situasi Terkini Covid-19


Allahuakbar risaunya rasa melihat situasi semasa di Malaysia pada hari ini. Jumlah kes sehingga 17 Mac 2020 menjangkau 673 orang ! Tolong lah jangan ada lagi pertambahan ye. 

Moga segalanya kembali pulih sediakala dan dapat melakukan aktiviti seharian semula. 

Jika kita lihat sekarang lokasi terkini tertinggi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur adalah yang tertinggi. 

Sila jaga keselamatan ya kawan-kawan. Elakkan berada di kawasan yang ramai, gunakan sanitizer dan mask seperti yang disarankan. 

Monday, 16 March 2020

Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Hai korang !!

Kak Radin nak share cara daftar keahlian Shaklee ni. Kenapa kena jadi ahli?

Buat peminat tegar vitamin Shaklee sangatlah KR sarankan untuk jadi ahli supaya anda boleh nikmati harga ahli. Memang jimat sangat tau boleh dapat diskaun sehingga 15-25 %, jika dah cukup point boleh dapat cash back lagi memang best lah.

Suka juga bulan Mac ni sebab Shaklee bagi diskaun kaw kaw untuk nak jadi ahli tau !!


Ada 3 cara nak jadi ahli Shaklee.

Pertama, bermula dari bulan Mac 2020 membership hanya RM35 tau, best kan? Buat pendaftaran dahulu dan bayaran. Dalam masa 60 hari boleh buat belian untuk mana-mana Shaklee Welcome Set, dapat diskaun l0% , dapat rebat 11% dan juga FREE Delivery.

Cara kedua terus dapat FREE Membership, buat belian 100UV dalam satu resit bersamaan lebih kurang RM350, automatik dapat keahlian secara percuma. 

Akhir sekali yang paling best dapat FREE Membership dan FREE Delivery apabila anda miliki mana-mana Shaklee Welcome Sets.

Shaklee Welcome Sets ada 3 Jenis,

1) Prenatal Welcome Set
2) Postnatal Welcome Set
3)Daily Essential Welcome Set

Secara ringkasnya boleh rujuk picture dibawah,


Buat yang berminat nak buat bisnes lagi best tau sebab kita ada group support bisnes yang sentiasa menyokong perjuangan. KR sendiri pun ada untuk guide dan coaching secara personal insyallah. Kita sama-sama belajar untuk jadi yang terbaik untuk diri, untuk keluarga, untuk anak-anak kita. 

Wednesday, 11 March 2020

Welcome 2020

Cepat sungguh masa ni berlalu, dah masuk tahun mac 2020, tapi rasanya masih tak terlambat untuk kak radin (KR) ucapkan selamat tahun baru. Setiap hari adalah hari baru untuk kita untuk menjadi insan yang lebih baik, cemerlang dan gemilang.
Entry ni adalah entry yang pertama untuk tahun 2020 ni, moga kak radin rajin update supaya boleh sharing apa-apa info yang bermanfaat buat kita semua insyaallah.