Ada customer saya yang cakap begini, " vitamin ni tak sesuai lah dengan badan saya. saya makan ni jadi pening kepala dan muntah-muntah,"
Ha nak tahu tak tu sebenarnya petanda yang baik?
Biar betul UAA ni kan..hee..meh saya nak beritahu itulah kita panggil healing crisis!
Apakah itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan?
Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa ‘tak sedap badan’ dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.
Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.
Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..
Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma ‘tampal’ cat ke atasnya.
Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bial dicat baru, kereta kita cantik kembali.
Itu petanda badan kita mengalami tindak balas dengan suplemen yang kita ambil tu dan dalam proses untuk sembuh :) jadi bertahan sikit ye sayang-sayangku~~
Kesan Penyembuhan #1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin

Kesan Penyembuhan #2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Meransang fungsi imunisasi badan

Kesan Penyembuhan #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Kesan Penyembuhan #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah

Kesan Penyembuhan #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat

Kesan Penyembuhan #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin

Kesan Penyembuhan #7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin Tanda kekurangan darah

Kesan Penyembuhan #8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.

Kesan Penyembuhan #9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan

Kesan Penyembuhan #10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah

Kesan Penyembuhan #11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon

Kesan Penyembuhan #12: Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan ada Buasir

Kesan Penyembuhan #13: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)

Kesan Penyembuhan #14: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati

Kesan Penyembuhan #15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang

Kesan Penyembuhan #16: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat
Jadi, apa yang boleh kita buat? Soalan yang selalu ditanya lagi..
"Berapa lama nak tunggu sihat ni..nak pulih dari healing crisis ni?"
Ia bergantung pada badan kita...ada orang sekejap je dah hilang ada yang lama bergantung pada badan dan masalah yang kita hadapi ye.
Tak tahu suplemen apa yang sesuai? Meh saya tolong ye :)
No comments:
Post a comment