Assalamualaikum...asyik cerita kebaikan produk je kan..tau tak SHAKLEE ada juga 'keburukan' nya...meh sini saya nak share sket ye..fuhh...baca jangan tak baca yee...
1. Shaklee Tiada Kilang Di Malaysia
Shaklee memang tiada kilang di Malaysia. Kilang Shaklee
hanya ada di negara luar sahaja, terutamanya di US. Kenapa ye?? Mudah sungguh
jawapannya. Sebab Shaklee hendak mengawal kualiti semua produk mereka. Jadi,
pengeluaran produk Shaklee memang memerlukan tapisan dan kawalan yang ketat.
2. Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM
HHmmm… Isu ini sedang hangat diperdebatkan. Sebagai umat
Islam sememangnya kita takut hendak mengambil produk yang tidak halal. Cara
untuk kita tahu sama ada produk itu halal atau tidak. Kita tengok logo halal
yang ada pada produk tersebut. Di Malaysia, badan yang mengeluarkan status
halal sesuatu produk adalah JAKIM. Malangnya, Shaklee tiada sijil halal JAKIM.
TETAPI Shaklee ada sijil halal dari ISA.
Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal
di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang
mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut. Maka di US, badan
tersebut dikenali sebagai ISA. ISA pula sudah direkodkan oleh JAKIM sebagai salah
satu badan luar negara yang diiktiraf status halalnya di Malaysia. Maka, JAKIM tidak perlu meletakkan
lagi logo halal JAKIM pada produk Shaklee. Lagi pun ISA nie keluarkan sijil
halal ni setiap tahun.
3. Produk Shaklee Mahal Sangat
Saya sudah menjual kepada ramai pengguna. Ramai yang bising
dan membandingkan harga produk Shaklee yang MAHAL dengan produk vitamin lain.
Sebenarnya, mereka tidak tahu bahawa, produk Shaklee yang MAHAL nie boleh tahan
berbulan-bulan lamanya. Malah ada yang tahan sehingga 6 bulan lamanya.
Jadi,
jika difikirkan semula… harga produk Shaklee sebenarnya jauh lebih murah dari
vitamin jenama lain jika di bahagikan mengikut bulan. Contohnya, Vitamin C
Shaklee berharga RM92.50 sebotol dengan bilangan tablet sebanyak 180 biji. Jika
kita mengambil sebiji sehari tanpa terskip pengambilannya, boleh tahan untuk 6
bulan… Maka, sebulan kita hanya membelanjakan sebanyak RM15.50 untuk Vitamin C
Shaklee. Bukan ke murah sangat-sangat dah tu…
4. Produk Shaklee Susah Nak Dibeli
Selalu saya dengar orang mengeluh kerana produk Shaklee nie
susah sungguh nak beli… Di Farmasi tak jual pun… Apatah lagi di TESCO, GIANT,
WATSON dan sebagainya. Kenapa ye???
Sebabnya, Shaklee adalah produk kesihatan
yang eksklusif. Shaklee tidak perlu dipromosi seperti barangan jenama COLGATE,
Shukubutsu dan sebagainya. Kerana produk Shaklee sememangnya sudah kukuh
asasnya dan telah terbukti keberkesanannya dengan pelbagai ujian kualiti dan
banyak yang telah dipatenkan.
5. Produk Shaklee Cepat Habis Stok
Sekarang nie memang sedang fenomena Shaklee di mana-mana
sahaja. Produk Shaklee memang macam goreng pisang panas. Memang stok Shaklee
asyik habis je… Susah sungguh nak maintain makan Shaklee nie. Nak continue
produk je, habis… hhhmmm… Hebat sungguhlah Shaklee nie… Ramai yang percaya.
6. Produk Shaklee Tak Elok Dari Segi Bau Dan Warna
Kalau bau tak best ada pada B Complex Shaklee. Memang baunya
agak kuat.. lagi lagilah kalau kita letakkan di suhu bilik.. Memang berbau satu
bilik tau… Lagi satu produk Shaklee yang bau tak berapa nak wangi nie adalah
Nutriwhite. Jika dibandingkan dengan pencuci muka lain memang Nutriwhite ni
kalahlah… hehe…
Lagi satu, warna yang tak menarik… tak warna warni pun…
kenapa ye?? Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah
semulajadi… So, tak delah tambahan pewarna dan pewangi lain… semuanya, bahan
semulajadi. Tiada bahan kimia ye…
7. Produk Shaklee Tak Tahan Panas
Memang ada produk Shaklee yang tak tahan panas. Terutamanya,
yang dalam bentuk kapsul seperti omega guard, gla, lecithin dan vit e. B
complex pun sama. Sebab apa jadi macam tu?? Sebab produk Shaklee nie tiada
bahan pengawet dan bahan kimia… Semuanya semulajadi… So, seelok eloknya, jangan
lah dedahkan vitamin Shaklee korang tu kat tengah panas macam dalam kereta yang
berjemur ke… Nanti habis lah segala zat dan nutrient dalam nya musnah...
![]() |
musnah lah nutrien kalau jemur bawah panas |
8. Produk Shaklee Bukan Vitamin Sintetik
Pernah tak nampak di dalam botol botol yang ada gel silica…
Apa fungsi gel silica nie ye??? Gel nie berfungsi untuk menyerap kelembapan…
Vitamin yang ada gel silica di dalam botolnya, bermaksud vitamin itu adalah
vitamin sintetik… Tapi dalam botol produk Shaklee memang tiada gel silica nie…
Sebabnya, semua produk Shaklee adalah dari badan semulajadi yang natural… bukan
sintetik… Jadi, mana yang lebih baik, SEMULAJADI atau pun SINTETIK…
fikirkanlah…
Baca lagi tentang Vitamin Natural vs Vitamin Sintetik
![]() |
macam2 rupa ha vitamin..pilih la yg semulajadi ye |
9. Produk Shaklee Lama Nak Habis
Kan dah bagi contoh di atas tadi… contoh tentang Vit C yang
ada 180 biji yang tahan untuk 6 bulan.
Zinc complex dan Vitalea yang ada 120 biji yang boleh tahan sehingga 4
bulan… lama sungguh… jadi, kalau rasa nak cepat habis vitamin tu… silalah
kongsi dengan ahli keluarga kita, confirm habis cepat… hehe…
Bagus sangat ke Vitamin C Shaklee. baca SINI
10. Produk Shaklee
Banyak Kesan Sampingan
Semasa awal pengambilan vitamin Shaklee mesti ramai yang ada
kesan sampingan. Ada yang rasa lemah badan, rasa lenguh badan, rasa panas badan
dan loya muntah… Sebabnya, badan kita nie nak mengubah corak pemakanan… yelah,
kalau sebelum nie kita makan macam macam… tak kisah pun sama ada ia banyak
kolestrol dan kandungan gula… lepas ambik vitamin Shaklee, kita sebenarnya
sedang membiasakan diri dengan vitamin tersebut… vitamin tu sedang
menyahtosinkan semua badan yang tak perlu dalam badan kita nie… sebab tu kira
merasa kesan sampingan nie…. Dan sebenarnya kesan sampingan nie adalah krisis
pemulihan badan kita sendiri… tetapi, ramai yang tidak tahu… huhu…
Baca lagi tentang Healing Crisis
11. Shaklee Tak
Perlukan Duta Produk
Banyak sungguh jenama produk yang membayar artis-artis
terkenal dan orang penting untuk menjadi wakil produk mereka. Tetapi Shaklee
tidak pun. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee memang mahukan mereka yang biasa
biasa ini untuk berkongsi kehebatan Shaklee. Lagipun, Shaklee sememangnya sudah
kukuh dan dan semulajadi selamat, berkesan dan terbukti selama lebih 50 tahun
lagi...
0 comments:
Post a Comment