Tuesday, 29 March 2022

6 Tips Minum Air Di Bulan Puasa

Haa lain macam kan tajuknya, jangan pula minum masa tengah puasa tau. Selalu dengar orang cakap bila puasa je tak cukup air kan, sebenarnya ada cara nya, rasanya ramai pun dah tahu tapi kak radin nak kongsi lagi untuk peringatan kita semua. Penting untuk kita faham supaya boleh bersedia dari awal nak set minda kita sebelum melangkah ke bulan ramadhan nanti insyaallah. Boleh baca posting kak radin sebelum ni ya. 😎💓

6 Tip Persediaan Sebelum Ramadhan

Kali ini kita fokus untuk minum air dibulan ramadhan gitu. Kenapa tu?

Air merupakan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Tahu tak lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Bila badan cukup air kita akan lebih sihat, kulit lebih cantik bermaya dan badan kita lebih bertenaga sepanjang hari. Apa yang kak radin nak sampaikan air sangat lah penting lebih-lebih lagi dibulan puasa sebab kita tak dapat minum disiang hari. Ada caranya nak dapat air, bukan curi-curi minum dekat toilet ya. 😂

Ok jom kita pergi pada tips untuk minum air di bulan puasa ya.

1. Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur – Masa makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

2. Minum Waktu Tidur – Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

3. Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi – Kita juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

4. Elak Minum Banyak Ketika Berbuka – Kita memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tapi jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air masa berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.

5. Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air – Tentu ramai yang dah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

6. Bawa Air Ketika Keluar Malam – Setiap kali pergi terawih atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.

Ok secara ringkasnya ini adalah cadangan untuk minum 8 gelas air ketika puasa:

  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas Tarawikh
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur

Haa kan dah cukup tu, air putih tau bukan air manis 😀 

Masa puasa dah tentulah kita rasa haus lagi-lagi bila menjelang tengari atau masa berbuka. Moga kita semua kuat dapat menjalani ibadah dengan gembira ya. Doa baik-baik minta Allah beri kekuatan pada kita. Badan kita secara semulajadi kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan kencing tapi jangan sampai badan kita dehidrasi menyebabkan perkara yang lebih serius. Pesan kak radin kekal sejuk, elakkan pendedahan kepada haba yang berlebihan dan ambil lah air yang boleh bekalkan elektrolit dimana boleh bantu beri tenaga segera dan berterusan, dapat menyokong penghidratan optimum insyaallah. 

Kak Radin bila bulan puasa 'wajib' ambil Performance Drink sedap ada perisa lemon dan limau, dia sejenis air isotonik, tak bergas dan kurang manis, Jadi amat sesuai lah untuk minum masa berbuka dan sahur. Insyaallah tak lah rasa dahaga sangat dan lemah masa berpuasa.

Boleh hubungi kak radin ya nak dapatkan Air Performance yang best ni ya. Terima kasih singgah dan follow blog Aisyah Radin. Apa-apa klik je sini,

0 comments: