Wednesday, 25 August 2021

5 Sumber Kalsium Ibu Hamil Perlu Tahu l Aisyah Radin

Kalau awak sedang membaca entry ni dah sedang hamil, kak radin ucapkan tahniah ya. Dalam keadaan pandemik sekarang ini banyak yang kita dengar tapi insyallah fikir yang baik-baik ya. Jaga amanah yang Allah dah beri ni dengan sebaiknya. 

. Ibu hamil memerlukan 1000-1200 mg kalsium setiap hari. Ada banyak je sumber kalsium yang boleh kita ambil kan tapi hari ini jom kak radin nak kongsi 5 sumber kalsium dulu. Kenapa kalsium ni sangat penting untuk kita lebih-lebih lagi ibu hamil sebab apa yang kita makan akan disalurkan pada anak juga. 

5 SUMBER KALSIUM IBU HAMIL PERLU TAHU

1. Yogurt

Antara kegemaran kak radin juga masa hamil  Pilihlah yogurt dari sumber susu yang telah dipastur sebab ia lebih selamat untuk ibu hamil. Pilih juga yang low fat milk untuk elak kenaikan berat badan yang tak diperlukan. Selain itu, elak juga yogurt yang ada kandungan gula yang tinggi. Sebelum beli tu boleh la semak dulu kandungan ya. Kalau ibu nak yang lebih baik, kak radin cadang beli yogurt asli dan tambah buah-buahan sendiri seperti mangga, buah naga dan pemanis semulajadi sendiri seperti pati kurma. Hai sedap pula haa ni.

2. Susu

Bila sebut kalsium, susu ni memang sangat popular kan. Ada banyak susu untuk ibu hamil di pasaran tapi kena hati-hati kadangkala ada yang kandungan gulanya tinggi. Kak Radin masa mengandung ammar dulu tak boleh nak telan susu ibu hamil ni, jadi cuba pula susu full cream. Alhamdulillah ok ditekak ni. 
Kak Radin sarankan pilih lah susu yang asli, yang ada perisa ni manis. Tambah susu dengan nestum, oat, bijirin dan puding. 

3. Keju

Keju juga sumber kalsium yang baik untuk ibu hamil tapi bukan semua yang ibu hamil sesuai. Pilih keju yang jenis keras seperti cheddar, parmesan. Bakteria kurang membiak kerana kandungan air dalam keju jenis ni kurang. Keju lembut yang boleh makan ialah yang bukan jenis untuk dimasak seperti keju mozarella, keju dari susu kambing dan keju yang diproses. Kak Radin suka makan dengan roti, tambah salad tomato timun, isi ayam yang dicarik sedap. Pasta pun ok juga tapi kena hati-hati dengan kalori ye. 

4. Tahu dan Tempe

Tahu dan tempe dibuat daripada susu soya adalah sumber protein yang baik dan mengandungi semua lapan asid amino penting. Selain itu, tauhu dan tempeh juga sumber kalsium yang sangat baik buat ibu hamil. Ia juga tinggi zat besi, rendah kalori dan mengandungi antioksidan. Apa-apa yang baik pun makan lah secara besederhana ya selang seli juga dengan menu sihat yang lain.

5. Sayuran Hijau

Selain sumber tenusu kita juga boleh dapat sumber kalsium dari sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, kacang hijau, kacang-kacang, sawi hijau, bok choy. Amalkan makan sayur hijau setiap hari, kak radin cadang kan amalkan makan suku suku separuh walaupun hamil tetap perlu makan dengan sihat. Tiada istilah pun makan untuk dua orang. Biasanya sayur kak radin suka kukus, ditumis dengan bawang putih dan letak sedikit udang atau isi ayam sedap kan. Boleh la cuba mommies ya.


Jaga kesihatan ya semua, pastikan ada sumber kalsium yang diambil setiap hari ya, nak mudah dan sebagai tambahan kak radin cadang boleh cuba ambil ostematrix insyaallah boleh bantu lengkapkan keperluan harian mommies. Ada nak tanya apa-apa boleh roger ye.


0 comments: