Friday, 12 February 2021

22 Makanan Tambah Susu Ibu Mesti Cuba

Susu drop?

Biasa lah tu kan, kak radin pun sama, ada juga berlaku lagi-lagi masa period, stress kan. Sama-sama kita usaha yang terbaik buat anak-anak kita ya. Salah satunya dari pemakanan, tak semua ibu sama kena cuba dan cuba lagi insyaallah.

 Ni kak radin kongsikan sedikit ilmu ya. Jom kita baca sama-sama.

1 - Untuk makanan tambah susu badan, ibu harus banyakkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin B seperti kekacang dan dal.

2 - Keduanya, amalkan makan buah jambu batu yang bagus untuk penambahan susu badan.

3 - Sayuran hijau seperti sawi, kucai, kacang buncis. Paling tidak jagung muda.
Caranya, ibu boleh masak sama ada dibuat goreng atau sup sayur. Bahkan, sawi juga merupakan sayur yang menjadi kebiasaan sebagai lauk ketika berpantang.

4 - Daun atau pucuk meranti. Ibu boleh masaknya dengan cara masak lemak putih, tumis air atau dibuat goreng.

5 - Oat juga merupakan makanan tambah susu badan yang bagus. Ia boleh dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.

6 - Madu biasanya digunakan sebagai pemanis dalam minuman atau krim tambahan pada roti atau lempeng.

Untuk tambah susu badan, anda boleh minum segelas air suam yang dicampurkan madu dan minum ketika perut kosong.

7 - Selain itu, barli juga antara makanan tambah susu badan. Sama ada minum air barli atau makan bubur barli.

8 - Masak pucuk manis dibuat lemak bersama ubi keledek

9 - Jadikan pucuk pegaga ulam dan jus

10 - Goreng daun kucai bersama tauhu dan tempe

11 - Amalkan makan produk tenusu seperti soya, tauhu, taufufa dan tempe. Ia dapat membantu pekatkan susu ibu.

12 - Minum air horlicks sekurang-kurangnya satu cawan sehari.

13 - Amalkan minum teh hijau jepun 

14 - Makanan yang mengandungi yeast seperti roti, donut, tapai pulut dan lain-lain.

15 - Mengamalkan makan bawang putih yang mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan pengahasilan susu badan.

16 - Rebus kacang merah tanpa gula dan minum airnya bersama kacangnya sekali.

17 - Jadikan halba sebagai minuman atau rencah dalam masakan. Banyak khasiat halba ini antaranya membantu proses penghadaman, menambahkan susu badan dan meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.

18 - Makan buah kurma sekurang-kurangnya tujuh biji sehari. Ia bagus untuk tambah dan kekalkan tenaga ibu menyusu.

19 - Lobak putih dan merah. Boleh dijadikan sebagai sayur atau dimasukkan dalam sup. Selain, dibuat jus.

20 - Makan jantung pisang, pucuk betik dan pucuk bebuas. Jadikan sebagai ulaman ketika makan.

21 - Rebus longan kering dan minum airnya

22 - Akhir sekali banyakkan makan buah-buahan seperti betik hijau, avocado, strawberi, pisang, ciku, blueeberies, labu manis dan mangga. Semua yang disebut ini bagus untuk penghasilan susu badan.

Kredit to : theasianparent.com 


0 comments: