Saturday, 14 November 2020

Apa orang berjaya buat untuk berjaya?


Semua orang nak berjaya kan, anak darjah 1 pun tahu nak kena buat betul-betul periksa nanti dapat markah baik. Apatah lagi kita yang dewasa ni kan? Nak berjaya dalam kerja yang dilakukan, buat yang berniaga sudah pasti nakkan keuntungan, berjaya tarik pelanggan dan sebagainya. 

Apapun bagi saya kejayaan yang sebenar adalah berjaya di akhirat tapi semestinya kita perlukan dunia untuk berjaya di akhirat. Matlamat akhir kita didunia 'khusnul khatimah', pengakhiran yang baik. Dunia tempat untuk kita tinggalkan, yang hakiki hanyalah di akhirat sana. 

Dunia tempat kita berusaha untuk memberi manfaat kepada orang lain. Jadi kita perlu berusaha untuk berjaya didunia supaya berjaya di akhirat camtu lah.Faham ke hee 

Ok hari ini kak Radin nak kongsi sedikit ilmu apa yang buat orang berjaya itu berjaya. Sama-sama kita manfaatkan dan untuk ingatan kak radin juga.

1. Konsisten

Dalam kata lain istiqamah, biar lah kecil tapi berterusan. Orang berjaya mereka tak pernah berhenti buat sebab mereka tahu pasti ada hasilnya. Konsisten dalam melakukan perkara yang baik la ya. Contohnya solat dhuha. Cuba buat 2 rakaat dulu lama-lama akan sebati dalam hidup. 

Tipu kalau kata kita tak penat dan tak pernah diuji tapi semua ada jalan mereka tersendiri untuk menghadapi cabaran itu. 

2. Belajar 

Follow apa mentor atau leader kita kata. Follow. Jangan banyak tanya. 

Even kita sakit dan penat, tak salah kita ambil rehat sekejap. Tapi cuma sekejap dan sebentar. Jangan terlalu lama. Dan kembalilah ambil langkah. Small steps pun tak apa. 

3. Jangan putus asa

Yang penting terus bergerak. Semua orang tahu, benda yang tak bergerak dan tak mengalir itu kotor. Seperti air, biarkan ianya mengalir. Baru jernih dan suci. Kalau dia tak bergerak, dia keruh dan tak selamat untuk digunakan.
https://linktr.ee/aisyahradin

Bukan senang nak senang, tapi tak mustahil kalau kita usahakan, jiwa kena kental semangat kena kuat. Check balik kenapa kita mulakan insyallah boleh berjaya. Belajar dengan mentor yang betul dan teruskan usaha tanpa gagal. Boleh ke boleh?

Dalam keadaan sekarang ni, elok sangat kita mulakan bisnes online ni, lebih mudah dan praktikal, tak tahu boleh belajar. Boleh roger kak radin kalau nak tanya apa-apa, sangat berbesar hati untuk membantu anda berjaya. Kita boleh.

KLIK SINI untuk hubungi saya 💓

No comments: