Monday, 26 October 2020

Resepi kerang mudah dan sedap mesti cuba !

Resepi kerang mudah dan sedap

Posting kali ni kak radin nak kongsi satu resepi kerang yang sangat mudah dan paling penting sedap. Masa mengandungkan arman adwa hari tu memang kerap kak radin buat ni, suami pun suka juga. Kerang ni sumber zat besi jadi memang elok sangat untuk ibu ibu hamil yang mengalami anemia tu. Sekarang arman adwa alhamdulillah dah nak masuk 3 bulan tapi masih suka juga dengan resepi ni. Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara nya ya. 

Mula-mula kita sediakan bahan-bahan. Bahan utama sudah semestinya kerang. Kalau tiada tak jadi lah kerabu kerang ni. 

bahan-bahan kerang sedap
daun ketumbar, tomato, cili padi, limau, bawang putih
sos ikan
sos ikan yang kak radin gunakan

Mula-mula sekali kita kena rebus kerang ye. Oh sebelum tu ni resepi asal dari thevocket.com. Selalunya yang rebus kerang encik suami haha itulah yang menjadikan kerja lebih mudah. Nak tengok resepi asal klik link yang saya beri tu ya. Cara suami mudah sahaja.

Cara-cara rebus kerang:

1. Masak air hingga menggelegak
2. Masukkan kerang yang dah dibasuh ye kawan-kawan
3. Tunggu air menggelegak terus angkat
4. Kopek kerang, resepi asal tinggalkan sebelah tapi nak senang makan kan kopek terus sahaja lah 

Resepi kerang mudah dan sedap

Cara-cara sos kerabu kerang:

1. Tumbuk bawang putih dan cili padi

Resepi kerang mudah dan sedap

2. Tambah 3-4 sudu air asam jawa (saya tak letak pun, boleh cuba ya kawan-kawan)
3. Masukkan 2-3 sudu sos ikan
4. Secubit cukup rasa dan brown sugar
5. Masukkan jus limau

Resepi kerang mudah dan sedap

Setelah siap menyediakan bahan-bahan tersebut, gaulkan kerang dan sos kerabu itu sehingga rata. Kemudian tambahkan daun ketumbar dan tomato ceri yang dipotong dadu. 

Resepi kerang mudah dan sedap

Siap dan sedia untuk dimakan :)

Selamat Mencuba.

Aisyah Radin

No comments: