Saturday, 31 October 2020

Kajian Vitamin C terhadap pesakit sebagai alternatif vaksin covid-19 ditemui

Semalam menunjukkan 799 kes baru, bila agaknya covid ni akan berlalu? 😔 Kita rakyat pun dah macam-macam rasa kan, bayangkan pihak frontliner apa pula yang mereka alami kan. Bagusnya kalau ada vaksin khas yang boleh menyembuhkan pesakit-pesakit ni, boleh kita rawat mereka sekaligus. 

Kak Radin nak kongsi satu artikel yang disiarkan dalam bentuk PDF oleh pihak KKM. Ada satu kajian daripada pihak hospital, mereka menggunakan Vitamn C dalam usaha untuk mengurangkan tempoh pesakit berada di hospital. Maksudnya pesakit Covid-19 berpeluang untuk sembuh lebih cepat dengan bantuan Vitamin C !

Berdasarkan kajian tersebut, dalam 14% pesakit ada mengalami masalah Acute Lung Injury dan Acute Respiratory Distress Syndrome. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh Cytokine Storm yang menyebabkan oxidative stress yang teruk dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu dibahagian paru-paru mereka. Ia antara kesan serangan wabak Covid-19.

Berdasarkan artikel tersebut, ujian telah dibuat ke atas dua kumpulan yang umur berbeza. Kedua-dua pesakit juga ada dijangkiti Covid-19. Kedua-duanya telah diberikan ubat-ubatan yang biasa digunakan bagi merawat pesakit Covid-19. 

Tapi yang menariknya, satu kumpulan diberikan rawatan tambahan menggunakan Vitamin C 100% dan satu lagi kumpulan hanya bergantung pada ubat-ubatan lain.

Kajian Vitamin C terhadap pesakit covid-19

Daripada kajian tersebut, didapati kumpulan yang mengambil Vitamin C: 
  • dapat keluar 9 hari lebih awal dari hospital
  • 57% keluar dengan kesihatan baik (tiada kekurangan)
  • 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Extubation dan 
  • 7.5 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan.
Ini keputusan yang sangat baik kan?

Kita boleh nampak beza kumpulan yang ada mengambilan tambahan Vitamin C berbanding yang tak mengambil Vitamin C. 

Dos tinggi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan mempunyai sifat yang berkesan bertindak kepada “Oxidative Stress” dalam ikhtiar untuk kurangkan risiko kecederaan pada paru-paru dan dalam masa sama mengelakkan organ lain gagal berfungsi.

Boleh baca artikel penuh tentang kajian Vitamin C dan Covid-19 ni ya.


Banyak jenis Vitamin C di pasaran, boleh baca sini Tip memilih Vitamin C yang terbaik untuk kita. Moga kita semua baik-baik dan selamat dari wabak pandemik ni. Sama-sama kita ikhtiar yang terbaik. Boleh wasap saya untuk pertanyaan.

No comments: