Friday, 2 February 2018

Vitamin Ini Tahan 6 Bulan, Memang Berbaloi2..

Ewahh yeye je tajuk kan.betul la nak share apa vitamin yang paling Kak Radin (KR) suka. Kalau tanya KR, vitamin kesayangan is Vit C sebab dia ada banyak tau 180 biji.

Bayangkan untuk 6 bulan, jimat banget 😎

1 biji cukup utk menampung keperluan kita setiap hari insyallah. Kalau dibahagikan 55 sen sehari 😮

Mana la tak jatuh cinta. 🤗

Untuk 55 sen sehari tu kita dapat semua kebaikan ni 👇

🌷 Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
🌷 Mencerahkan kulit.
🌷 Melambatkan proses penuaan.
🌷 Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.

Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee juga bagus untuk:

👉🏻 Meningkatkan sistem imunisasi badan.
👉🏻 Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
👉🏻 Mengatasi masalah gusi berdarah.

Menarik kan vitamin C Shaklee ini? Korang suka vitamin yang mana.meh la share sikit. Suplemen yang lain pun boleh, no harm kalau dia mmg bagus kan.

Macam KR memang da try Shaklee dan memang bagus, kenapa nak tinggalkan dia kan kan.

Hah apalagi, marilah dapatkan sebotol ☺️ Wasap je 17-3468802 no KR ni ehh.

Wednesday, 31 January 2018

10 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee Sebagai Bisnes

Bismillahirahmannirrahim...

Pertama sekali meh kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan nikmat kurnia-Nya kita dapat bernafas, makan, minum dengan baik pada hari ini. Syukur dengan segala yang kita miliki hari ini.
Syukur Alhamdulillah.

Hari ni saya nak sharing sikit kenapa saya pilih Shaklee Sebagai Bisnes Saya. Kan ada banyak lagi peluang perniagaan di Malaysia ni kan..kenapa SHAKLEE jugak kan?

1. BOLEH BUAT 100% DARI RUMAH SECARA ONLINE

First sekali, saya ni seorang surirumah berijazah. Jadi kebanyakan masa tu di rumah. Yela siang tu dah kena mengurus rumah dan anak. Baru sorang je pun.hee..

But still kat rumah je kan..so makanya bisnes Shaklee ni memang da molek sangat lah sebab boleh handle semua dari rumah insyaallah. Sebarang jual beli semuanya hanya melalui online through FB, Blog,Instangam n others online method which is tak perlu nak jumpa orang pun nak approach one by one.

Tuesday, 30 January 2018

Kenapa Perlu Pilih Saya Sebagai Mentor Anda?

Kakak-kakak Adik Adik Area Cheras yang nak cari Produk Shaklee meh hubungi saya cepat :D

Kenapa Anda Perlu Pilih Saya?

1. Bagi yang berdekatan saya akan hantar teruss pada anda. JIMAT postage kan~

2. Saya akan GUIDE anda cara makan dan sentiasa FOLLOW UP keadaan dari semasa ke semasa insyaallah.

Monday, 29 January 2018

9 Punca Susu Merundum

Majoriti ibu-ibu yang menyusu akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster jika susu merudum. Selain Milk Booster ada perkara lain yang anda perlu tahu yang menjadi punca susu merudum. Anda masih lagi perlu menjaga keperluan yang lain. Seperti menjaga pemakanan, pengurusan stress, minum air dengan cukup dan sebagainya. Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu merudum. 

Nanti kalau dah ambil milk booster tapi susu masih merudum, sudah tentu lagi stresskan? jangan sampai ada yang terjun bangunan sudah okeh..semangat mommies!

Jadi jom semak, ada tak perkara-perkara dibawah yang berlaku pada diri anda : 

1. Stress 

Semua orang akan menghadapi stress tidak kira bagi ibu yang berkerjaya ataupun ibu yang bekerja dirumah. Kita tidak boleh lari dari stress, tapi kita perlu tahu macam mana nak tangani stress. Ada juga diantara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya stress. Kalau badan stress susu pun takut nak keluar kan? Jadi ibu -ibu yang menyusu gembirakan diri anda. Terutama semasa sesi mengepam/memerah. 

Bayangkan anda berada bersama-sama anak anda. Ataupun bagi ibu yang menyusu secara direct,semasa menyusukan anak, usap-usapkan kepala . Ianya pasti dapat menenangkan hati ibu. 


Sunday, 28 January 2018

5 Tip Untuk Jantung Sihat dan Gembira

Tadi ade customer message tanye kenapa dia sakit dada..padahal nye dia masih sangat muda. Dalam 20-an muda la kan..Haii risau sungguh la kan..

"Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organization 2010, 1 daripada 3 kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh PENYAKIT JANTUNG"

1 daripada 6 kematian di hospital kerajaan disebabkan oleh JANTUNG!
Seram pulak weh..yelah sekarang ni nak kena sakit tak kira muda, tua.gemuk atau kurus..in fact sebenarnye org muda yg kite nmpk sihat hensem cantik tu sebenarnye sakit..fuhhh...

Risau kan..sangat lah risau..emm jadi ape tindakan kita..takkan duk risau je kan..ape yang boleh kita buat ye..
Bagi saya asasnye kena jaga kesihatan, jaga pemakanan dan senaman.tekanan pun kena kawal jugak tau..ha, meh baca lagi okeh.teruskan membaca hingga habis ye :)

1. Bersenam 

Jom kita sama-sama bersenam demi jantung tersayang ye. Senaman merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan jantung yang sihat. 
Senaman akan membuatkan tubuh badan kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Ada banyak je cara senaman..paling mudah adalah berjalan kaki. Aktiviti lain seperti berenang, jogging, berbasikal, bersukan dan sebagainya..pilih la yang mana sesuai :)

2. Jangan Merokok 

Rokok merupakan punca utama sakit jantung! lagi dia lah punca kanser paru-paru dan kanser mulut. Pendek kata, Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok. 

VIVIX mampu memberi PERUBAHAN

never ever pegang dia okehh..sayangi diri diri dan keluarga..

3. Amalkan Pemakanan Seimbang 

Saturday, 27 January 2018

4 kepentingan Vitamin C Untuk Ibu mengandung dan bayi dalam rahim

Bila sebut Vitamin C je saya mmg sangat suka tau sebab vitamin nih yang memang saya akan 'wajib' kan diri ambil setiap hari. sebab apa tau?

Vitamin C ni larut air so dia akan cepat musnah. lagi pun badan kita tak dapat nak hasilkan vitamin C dan kita hanya boleh dapatkan dari pemakanan kita tau. Kalau makanan kita tu yang segar-segar fresh dari ladang tu bagus lah kan. 

Tapi kalau yang set-set tak suka nak makan sayur tak nak makan buah sila lah rajinkan diri ambil suplemen ye. tak kira lah suplemen apa tapi saya cadangkan ambil SR Vitamin C Plus nilah sebab saya, kawan-kawan dan ramai lagi kat luar sana dah cuba tau :)

ada banyak je sumber vitamin C ni tau~
Ibu mengandung lebih lagi penting vitamin C ni sebab apa yang kita makan untuk baby dalam rahim tu sekali tau.  Nutrisi masa hamil sangat penting ye.ewah ibu-ibu sangat.hee. Ada banyak je makanan yang baik masa hamil cuma nak kena rajin sket lah ye mommies. chaiyok2 :)

Entry kali ni nak fokus pada 4 kepentingan Vitamin C Untuk Ibu mengandung dan bayi dalam rahim. Jemput baca ye~ 

Friday, 26 January 2018

14 Fungsi dan Manfaat Vitamin E Untuk Sihat dan Cantik

Assalamualaikum~

Ada ke kat sini yang tengah nak cari vitamin E..meh saya nak share cara nak beli tu..kan ada banyak vitamin dalam pasaran ni kan...mana satu yang terbaik kan.
PANDUAN MEMBELI VITAMIN E

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi. Boleh tengok pada label botol vitamin tu sama ada ia 'd' atau 'l'.Kalau label dengan 'd' maksudnya ia adalah sumber asli. Jika 'l' pula sumber tiruan atau sumber kimia. Lepas tu pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

Tanpa selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Lepas ni nak beli check dlu okeh..nak sihat tapi jadi bahaya pula nanti. :D

Credit to: mama cery

Thursday, 25 January 2018

6 Perkara Ibu Menyusu Perlu Elak Supaya Susu Tak Merundum

Diam tak diam ammar arif dah nak masuk 2 tahun rupanya..cepat nya masa berlalu :)

Apepun saya doakan semoga hari-hari kita lebih baik la ye..untuk ibu-ibu baru selamat berpantang dan happy breastfeeding..jom sokong penyusuan susu ibu ye..

Rasa dah banyak tip saya share sebelum nih...11 Tip Penyusuan Susu Ibu Yang Kita Perlu Tahu

Untuk entry kali nih..saya nak kongsikan tips untuk berjaya dalam penyusuan... cuba ELAKKAN perkara berikut: 

1. Tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak 

Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten (dan kerap) akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan. 

hari-hari mesti kena pam at least selang 3-4 jam tau~

Wednesday, 24 January 2018

Suplemen dan MIlk Booster Untuk Bantu Penyusuan

Alhamdulillah, malam ni terbuka hati untuk update blog setelah sekian lama..hee..seronok blogging ni sebab boleh share dengan lebih lanjut lagi untuk customer tersayang dan yang paling penting dapat mengasah penulisan kita insyaallah.

Dalam entry ni, saya nak ulas sedikit mengenai peranan suplemen (dan juga milk booster) dalam penyusuan susu ibu.

Ia membantu agar penghasilan susu lebih lancar, dan susu juga lebih cepat terhasil.

Susu dan penghasilannya adalah berkaitan dengan isyarat dan rangsangan, yang mana isyarat ini dibawa ke otak lalu otak mengaktifkan hormon prolaktin (hormon penyusuan). Apabila prolaktin terhasil, maka ia mencetuskan penghasilan susu badan.

Sunday, 21 January 2018

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...

Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 

Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.

Tuesday, 9 January 2018

10 Sebab Kenapa Perlu Detox

Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus). 

Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi. Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil. Usus besar boleh menyerap mineral dan air. 

Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil) 

Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik. Sebab itu lah kita perlu Detox----> detox hati, detox usus dan detox seluruh badan~

APA ITU DETOX?
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum. - Mamafaiz.com

10 SEBAB KENAPA PERLU DETOX?


1. Buang toxin dari dalam badan.
Pendedahan jangka panjang toxin (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingka laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit. Toxin ini tersimpan dalam badan melalui tisu dan sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).

Sunday, 7 January 2018

Bila Shaklee Menjadi Fenomena :)

Hari ni dapat tugasan dari 'mama' kenapa masih setia dengan Shaklee. Masing2 ada reason sendiri atau PUSH FACTOR untuk teruskan bisnes ni.

For me personally.

1) Tak rugi apa2 pun. u buat u dapat :)
Sebab apa tau sy ckp gitu sbb nk jadi ahli ni pun serendah rm75. tak perlu simpan stok tak perlu modal yg besar. kalau kite mkn kt kedai pun lebih dari nilai tu kot.hee..

Apa yg kite nak ialah sekeping hati yg keras dan keinginan utk berjaya dlm bisnes shaklee ni.

2) PRODUK --> Always safe, green and works
Lagi sekarang ni shaklee macam da jadi fenomena jek.hee. bukan ape la mksudnye semua orang pun da makan.bukan maksud pasaran da tepu tapi nk tunjuk tu produk shaklee memang dipercayai dan disayangi ramai sebab da bantu ramai diluar sana.

Misi saya sendiri nak bantu seramai yang boleh untuk lebih SIHAT DAN CANTIK :D

Sebabnya saya sendiri dah rasa keberkesanan produk shaklee ni..saya mula dgn set pantang 3 in 1. masa tu da terlambat sket mula sebab da hujung2 pantang dan saya sangat berpuas hati alhamdulillah~

3) COMPANY YG STABIL
Lagi kan saya berminat dgn Shaklee ni sebab dia ade background yg kuat. bukan company setahun jagung ye..so mmg dipercayai lah..

Hari ni kan.
saya nak share nih...credit to my super duper nanny mamafaiz.com :)


18 sebab kenapa jenama Shaklee berbeza dari yang lain.

1. Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral.Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”.Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.

2. Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity. 

3. Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.

4.Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayur2an dan minima lemak dan gula.


5. Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee. 

6. Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. 
Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.

7. Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.

8. Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.

9. Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University)dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia.Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and The American Journal of Cardiology.

Friday, 5 January 2018

7 Kebaikan Herbal Blend dan Vitamin E untuk Legakan Ruam Pada Muka dan Kulit Bayi


Lah kenapa dengan baby ni...kesian dia...ada ruam kat badan dia laa~~

Meh-meh kita tolong dia ye :)

Jadi, apa nak buat bila bayi kena ruam?

(1) Langkah pertama : kena kenalpasti ruam apa... ruam panas? ruam susu? ruam lampin? eczema? atau allergy? Macamana nak tau..........???