Monday, 24 August 2015

Ambil Pengajaran dari Kisah Hazama yang obses untuk kurus

Saya nih bukan lah yang jenis nak ambil tahu sangat pasal artis tapi hari ni rasa teruja untuk kongsi kisah Hazama. Moga dapat jadikan pengajaran buat kita ye. Kalau betul nak kurus meh kenalah ikut cara yang betul ye..tanye pada yang betul-betul pakar bukan main redah je tau. bahaya!


Penyanyi Hazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia. Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, berkata, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.  


"Saya mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan. "Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja. Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital," katanya. yang ditemui di kediaman ibunya di Gombak, petang Jumaat. 

Terdahulu Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada 6 Ogos lalu akibat mengalami pendarahan usus.  Dalam pada itu, Hazami turut mendedahkan meminum terlalu banyak kopi pekat juga adalah sebahagian punca dia mengalami penyakit tersebut. Sejak pulang dari hospital beberapa hari lalu, dia mula belajar mengambil pemakanan yang lebih sihat. 

"Ini satu pengajaran besar buat diri sendiri. Cuma susah juga nak biasakan diri makan banyak kali dalam sehari.Alhamdulillah, keluarga banyak menyokong dan membantu saya untuk makan secara teratur. Saya pe rlu berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni," ujarnya. 

Sementara itu, Hazami berkata, sejak terlantar di hospital, dia mula sedar bahawa rakan-rakan dan keluarga sentiasa di sisi, tidak seperti yang digambarkannya iaitu melawan penyakit seorang diri. 

"Saya selalu menganggap tiada siapa yang akan berada di samping kita kecuali keluarga terdekat ketika kita dalam kesusahan. "Tetapi saya silap. Rakan-rakan, keluarga dekat dan jauh termasuklah pelajar-pelajar saya bersilih ganti datang melawat dan memberi semangat kepada saya. "Melalui pengalaman ini juga membuatkan saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih positif selain mendekatkan diri kepada Allah," tuturnya.


Tu lah bila dah jadi macam ni kan susah kan,..apapun sama-sama kita mendokan moga hazami terus sihat la ye. Kalau nak kurus kena lah cara yang betul ye..

Nak lagi....


5 Kebaikan Blogwalking Untuk Blogger Baru

Hari ni dapat tugasan dari mentor kena blogwalking kalau nak join secret group dia. Saya ok je memang selalu je jenjalan blogger lain kan :D Untuk bloggers baru mesti pelik kan camne lah nak berjalan-jalan ke blog orang lain..hihi...

Meh nak sharing info sikit ye. Apa itu blogwalking ni sebenarnya?


Kalau kita translate ke dalam bahasa melayu kann em berjalan-jalan ke blog orang lain lah lebih kurang maksudnya. Kita akan berjalan di alam maya dari satu blog ke blog yang lain dan jangan lupa tinggalkan jejak kita ye samaada dengan tinggalkan komen pada entry atau di shoutbox blog yang kita singgah tu, lagi satu jangan lupa tinggalkan URL blog so nanti senang lah kawan-kawan nak berjalan-jalan pula kan.

Ada banyak kepentingan blogwalking ni rupanye..

1.Dapat mengeratkan hubungan sesama blogger. Kita kat alam maya nih mana anak kenal kan..jadi kita saling komen mengomen lah. 

 2.  Dapat meningkatkan rank blog sama ada Page Rank Google atau Alexa Ranking. Ibarat konsep meninggalkan JEJAK tadi, spyder google dan Alexa akan crawl ke dalam  blog anda melalui JEJAK yang anda tinggalkan dan dari situlah mulanya proses ranking..

3.  Boleh meningkatkan traffic ke blog anda.Caranya adalah dengan menjadi pengkomen yang terawal di dalam setiap post di blog orang lain. Tapi kena tengok juga, pilih la blog2 yang bertraffic tinggi..

4.  Blogwalking atau BW ibarat sapaan dan teguran anda kepada jiran kita. 

5.  Sambil BW dapat menambah ilmu dan maklumat..Tak la jadi seperti katak di bawah tempurung walaupun duduk terperap dekat rumah je. Selain itu, jika kita hilang idea untuk menulis entry di blog, BW dapat membantu mencetuskan idea baru bagi penulisan artikel di Blog..

Menarikkan ? Jom kita blogwalking lagi jomm~

Tengah tercari-cari suplemen ape yang selamat, berkesan dan semuladi? Meh saya bantu ye :)



Friday, 21 August 2015

7 Kepentingan Air Untuk Lebih Sihat dan Cantik

Air memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Ramai yang sedar tapi buat-buat tak tahu kan?  Sehari at least mesti kena minum air masak yang putih jernih tu ye 3 liter air. agak-agak dah cukup ke tu..

Sangat penting untuk pastikan jumlah pengambilan air supaya kita lebih sihat dan cantik.
Nak lagi 5 Tip Sihat dan Cantik :)


1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air

Sedang berusaha nak turunkan berat badan ke?

First sekali tukar habit minum air manis kepada air suam. boleh tak? Air boleh meningkatkan metabolisma badan dan membantu untuk berasa kenyang. Sebelum makan, minum sedikir air untuk memudahkan kita berasa kenyang dengan cepat.

Bila kita minum air yang sejuk, badan akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga

Apabila letih dan haus, terus dapatkan air.

Antara punca kita berasa letih ialah kita kekurangan air. jadi terus dapatkan segelas air untuk elak dari badan kita dehidrasi ye :) Sebenarnya kita perlu sentiasa minum air tau.

Terutama sekali ketika melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air bila haus. Kalau badan kita cukup air, jantung tidak perlu bersusah payah untuk pam darah ke seluruh badan insyaallah.

Thursday, 20 August 2015

Get Clean Water Pitcher Pilihan Rakyat Malaysia :)

Pentingnya H2O-----> Boleh baca lanjut apa Kepentingan Air Dalam Kehidupan kita..klik SINI

Kita tau air tu penting
Sebab tu kita pun perlu minum air yang berkualiti

Nasib ada Shaklee Get Clean Water Pitcher :D


Jag air Shaklee ni sangat special sebab mempunyai Esklusif Refillable Carbon-Block Filter System
yang bertindak menapis
  1. Aesthetic Chlorine Taste & Odor
  2. Sediments
  3. Disinfection By Products
  4. AgriculturalnPollutants
  5. Heavy Metals includes Lead
  6. Industrial Pollutants
Dgn erti kata lain, ia mengurangkan segala anasir bahaya kedalam badan kita insyaallah :)

Fuh, mantap kan...

Nak tau lebih lanjut,

Bolehlah hubungi saya terus ye,  017-3468802 (Aisyah)

Wednesday, 19 August 2015

5 Sebab Kenapa tak berkesan makan vitamin?

Alhamdulillah sekarang ramai dah yang dapat kesedaran untuk menjaga kesihatan diri. Suka sangat lah dengar gitu barulah generasi sekarang ni semakin cantik sihat dan anggun gitu~~

Banyak je cara nak menjaga kesihatan nih..boleh je nak ambil daripada makanan semulajadi ataupun lebih mudah ambil je vitamin. tapi ade juga yang beritahu saya macam tiada kesan je..meh kita check kenap ye jadi macam tu? 

Vitamin ni kesan dia bukanlah serta merta ye kawan-kawan jadi sila lah bersabar dan konsisten ye..


5 SEBAB VITAMIN YANG DI AMBIL TIDAK BERKESAN

FAKTOR 1: Tak suka minum air putih

Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa.

Tahukah anda ? 
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan.

Saranan 
Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari.

jom minum air masak macam adik ni :)
FAKTOR 2 : Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa 

Jika anda seorang yang gemar mengambil vitamin dengan kuantiti yang banyak sekaligus, hanya disebabkan anda risau anda akan terlupa untuk mengambilnya pada masa lain, sebaik-baiknya anda berhentikan tabiat sebegini. Kebanyakkan orang, sangat suka mengambil dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur.

Tahukah anda? 
Pengambilan vitamin dengan banyak sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada masa ini, anda kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil.

jangan buat camni tau..fuhh bahaya~~
Saranan
Sebaik-baiknya, bila anda membeli vitamin, anda dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai untuk anda melalui Perunding Kesihatan Vitamin anda atau farmasi tempat anda membeli vitamin tersebut. Bincangkan waktu yang boleh dan sesuai untuk anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada buah pinggang anda terbeban kerana tabiat anda mengambil vitamin yang banyak sekaligus pada masa yang tertentu sahaja.

FAKTOR 3 : Elakkan pengambilan vitamin (supplemen) bersama ubat

Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak.

Tahukah anda?
Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.

Saranan
Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan vitamin yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat yang doktor sebelah pagi, anda boleh mengambil vitamin pada sebelah malam. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, jadi, anda boleh amalkan vitamin selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.

FAKTOR 4: Pengambilan Kafein dalam diet harian

Bagi yang sangat mengemari minuman berkafein dalam diet harian sebagai pemberi tenaga semasa bertugas, adalah sangat sukar untuk berhenti dari mengambilnya. Malahan, ada yang mengambilnya dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas waktu malam.

memang la sedap kan..tapi kena kawal la ye~
Tahukah anda? 
Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil.

Saranan
Jika anda gemar mengambil kopi atau teh 3 cawan sehari, kurangkan secawan sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti mengambilnya dan melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan Vitamin tanpa minuman kegemaran anda ini, akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.

 FAKTOR 5 : Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul
Pengambilan vitamin adalah penting untuk tubuh kita. Namun, jika anda mengambilnya tanpa ilmu, seperti mengambilnya serentak, sedangkan ia tak boleh serentak, adalah sangat merugikan.

Tahukah anda? 

Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.

Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.

Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.

Saranan

Adalah penting semasa anda membuat keputusan untuk membeli vitamin dan memastikan beberapa perkara berikut diambil kira,

~Vitamin HALAL
~Vitamin SEMULAJADI
~Vitamin mempunyai Sijil KKM yang sah atau logo hologram dari KKM pada botol yang anda beli
~Vitamin SELAMAT

Dan paling penting, kita perlu mengamalkan vitamin secara konsisten selama 90 hari atau 3 bulan berturut-turut kerana sel kita memerlukan masa selama 90-120 hari untuk hidup dan serasi dengan darah kita..

Insyaallah anda kena cuba tip-tip di atas ni..kalau ada apa-apa boleh hubungi saya terus ye untuk sebarang pertanyaan. Saya akan bantu anda untuk dapatkan cara pemakanan vitamin yang betul dan tip-tip kesihatan yang lain ye :)


Tuesday, 18 August 2015

5 Sebab Saya SUKA ESP

Suplemen tak dapat gantikan makanan harian kita tapi kalau kita tak dapat nak makan yang secukupnya kena lah tambah dengan suplemen.ha gitu..faham kan~

ok lah hari ni nak share kenapa lah ramai sangat yang dah jatuh CINTA dgn ESP termasuk lah saya. Bulan ni Shaklee ada bagi offer 50% off kan untuk SID yang bertuah..ada yang dapat tak? Kalau tak nak boleh la bagi kat saya ye.hihi..



Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Kesimpulannya dalam ESP ni..kaya dengan PROTEIN.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Nota:-
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


For me personally kenapa saya suka? Sebelum ni saya selalu kena gastrik tau memang tak boleh nak salah makan langsung lah memang senang sangat terkena. Pada mulanya saya ambil ni masa dalam pantang, kakak ipar lah yang recommend sebab dia kata boleh tambah susu dan luka cepat sembuh. Jadi saya pun terus lah ambil setiap hari.

Pada mulanya saya tak perasan tapi lama-lama baru saya sedar gastrik saya dah hilang ke mana tau :)

Bonus kulit pun cantik..tahulah mak-mak ni kan tak sempat nak pakai barang-barang muka nih..hihi..

Ni ha dia lagi faedah ESP nih...