Thursday, 15 January 2015

6 Cara Bantu Kawal Kemarahan Pada Anak-Anak

Sekarang ni kebanyakan parent bekerjaya..bila balik berhadapan dengan pelbagai kerenah anak. Bukan kita tak sayang kan tapi kadang-kadang tu rasa penat lebih menguasai. Pesanan untuk diri sendiri jugak ni..moga kita sama-sama dapat jadi ibu bapa yang cemerlang ye :)

Ni saya jumpa dalam and I think its a good tip..hee since saya pun anak baru 1 tahun kan..so mana yang baik kita kongsi la kan.meh kita tengok ye~~

1. Buku-buku dan bengkel keibubapaan 

Kita menjerit kerana kita tiada ilmu dan kemahiran untuk menangani kerenan anak2. Hanya JERITAN, satu2nya kemahiran yang kita ada. 

Justeru, cari ilmu dan kemahiran dalam menangani tingkah laku anak2 dgn banyak membaca buku berkaitan dgn keibubapaan serta menyertai bengkel/seminar keibubapaan. 

Apabila kita telah ada sedikit sebanyak ilmu dan kemahiran, kita akan lebih berkeyakinan utk berhadapan dengan anak2 yang aktif dan ini akan mengurangkan JERITAN.

2. Belajar untuk meminta maaf daripada anak


Fikiran kita mungkin berkata "Kenapa mesti saya meminta maaf, mereka yang buat perangai hingga menyebabkan saya naik darah dan menjerit.." 

Kadang2 agak susah untuk kita meminta maaf kerana kita menganggap anak2 yang menaikkan kemarahan dan menyebabkan kita meninggikan suara kepada mereka. 

Jadi sebelum melepaskan kemarahan dan perlu meminta maaf, fikirlah banyak kali. 

3. Kenali punca kemarahan/jeritan

Apabila kita sedar apa yang menjadi punca kemarahan kita, mungkin kita boleh menghindarinya dari awal. Mungkin kita lebih mudah naik darah apabila kita keletihan, maka cubalah untuk mendapatkan rehat yang cukup. 

Mungkin kelaparan juga boleh menjadikan kita naik darah, makan makan dan minumlah mengikut waktu. Kadang2 perselisihan faham antara suami isteri juga boleh menjadi penyebab kita cranky sepanjang hari, maka elakkan persengketaan dgn pasangan. Jika terjadi persengketaan, cepat2 selesaikan supaya fikiran kita tenang. 

kalau penat rehat lah dulu..sabarrr
4. Elakkan berfikir tentang sesuatu yang serius ketika berada bersama anak2

Anak2 nampak kita sedang menyediakan makan malam tetapi fikiran kita sedang memikirkan pelan perniagaan atau kita sedang berfikir bagaimana untuk memujuk ibu mertua yang merajuk. 

Apabila anak2 bertanya "mama, bila boleh makan, kami lapar", apa yang kita sedang fikirkan akan terganggu dan tentu akan menimbulkan kemarahan dan jeritan.."tunggulah sekejab, mama tengah masak ni, tak tau sabar betul budak2 ni ! ". 

Ketika bersama anak2, fokus kepada mereka. Fikirkan sesuatu yang serius apabila anak2 telah tidur atau anak2 tidak berada bersama kita. 

5. Cipta satu mantra

Contoh mantra "Anak2 saya bukan menjadi masalah kepada saya sebaliknya mereka menghadapi masalah ". Mantra yang begini membantu kita untuk reframe situasi dan melihatnya dari sudut yang positif. 

6. Banyak-banyakkan berdoa

Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah anak2

Credit to : ibubapacemerlang

Sama-sama lah kita berusaha yang terbaik ye untuk jadi yang terbaik. Kita bekerja niatkan untuk bantu suami..untuk keluarga..apapun bagi saya family first..kan kan :)

So lastly, Happy Parenting !



No comments: