Monday, 19 October 2015

7 Sebab Kenapa GLA Bagus Untuk Wanita

Hai wanita diluar sana :)

Tengah mencari-cari suplemen yang sesuai dan terbaik..haa meh nak cerita sikit ye. Pernah dengar tak pasal EPO? EPO ni biasanya diambil oleh orang perempuan (wanita dewasa atau remaja) dengan tujuan untuk menstabilkan hormon dan menyerlahkan kecantikan.


EPO mengandungi GLA (Gamma Linoleic Acid) yg diekstrak daripada Evening Primrose Oil. Tetapi sayangnya ia hanya mengandungi 7-10% kandungan GLA sahaja. GLA sama pentingnya seperti asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia tetapi hanya boleh diperoleh daripada sumber makanan.

3 sumber asli GLA yang utama : 

Saturday, 3 October 2015

Friday, 2 October 2015

Untuk Para Ibu Yang Berpantang dan Menyusu + BONUS Kurus :)

Hari ni rasa teruja nak share tentang set yang sesuai untuk para ibu yang sedang berpantang. Jemput teruskan bacaan ye untuk info lebih lanjut.

Saya memang suka sangat set nih sebab 3 in 1 gitu. Sebabnya kalau kita berpantang biasa nya kita mestilah nak susukan anak kita kan. Susu mesti lah nak meriah kan..baru lah baby kita sihat, comel, cantik dan hensem bergaya. :D

Kita semua tahu susu ibu adalah yang terbaik kan..jadi tugas kita adalah cuba sehabis baik untuk menyusukan anak ye sampai umur 2 tahun tau.chaiyok2 mommies~

macam baby nih..siap ada muscle ha~
Lagi kan..bila dah mengandung dan bersalin..kita mesti lah nak kembali langsing macam dulu kan kan? Tips dia sila lah berpantang dengan berdisiplin ye, makanan dalam pantang pun kena lah tahu.jangan main redah je tau..Berat saya dulu masa nk bersalin tu almost 80 kg kot..adehh..sekarang alhamdulillah da kembali normal infact macam lagi kurus je tau.mmg terbaikk lahh..boleh tgk pic saya dulu masa pregnant dan sekarang di SINI 

Nutrisi semasa berpantang dan Menyusu

Nutrisi masa berpantang ni sangat-sangat penting tau.Jadi bagaimana nak pastikan kita mendapat nutrisi yang secukupnya? 

Tuesday, 15 September 2015

Kolostrum – Cecair Emas Perisai Untuk Bayi Kita

Kolostrom atau kita panggil susu awal ibu ialah cecair hebat yang hanya boleh didapati pada 3 hari pertama selepas kelahiran bayi anda. Walaupun kuantiti yang dihasilkan sedikit sahaja tapi ianya cukup untuk mengenyangkan bayi dan memberikan perlindungan yang sangat hebat kepada sistem pertahanan bayi anda.


Sunday, 13 September 2015

ESP Pilihan Ramai Wanita di Malaysia

Kami sudah..anda bila lagi? ewahh nilah dia barisan duta-duta Shaklee :D


Sebenarnya ESP ni ada banyak kebaikan tau. Bagaimana ESP bantu dalam kecantikan?

Fakta ringkas ESP:

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 

ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
 ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi 

ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
 Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet



Saturday, 12 September 2015

11 Tip Elak Perut Buncit

Lately rasa macam perut buncit je..hihi..rasa mcm makan banyak je. Bila dah makan menyesal kan.biasa lah tu..faham sesangat..jadi, terus lah tangan ni google cara utk elak dr perut buncit which is semua orang pun dah tahu sebenarnya include me. Cuma buat-buat tak tahu kan..lagi bila nampak makanan yang sedap-sedap :D


Meh kita tgk balik ye...diantara tips-tips dan  panduan untuk mengelak daripada perut buncit ialah:-

1.Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan berlemak

Thursday, 10 September 2015

Apa itu MLM, Ape Sebenarnya MLM

Bila sebut MLM je mesti orang dah lari jauh-jauh kan..tapi hakikatnya korang tau ke apa itu MLM sebenarnya? Nak tahu sila teruskan membaca ye~~

Korang tau tak?


MLM ni adalah antara 5 cara teknik dalam pemasaran untuk menjual produk dan perkhidmatan. Dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.

Tapi kenapa ramai yang tertindas sebenar? 

Meh baca nih ---> MLM Haram Jadah

Sebenarnya MLM ni memang tak bersalah langsung tau..jadi silalah tukar persepsi anda ye :)

ok cuba tengok pic seterus ni ye~

Wednesday, 9 September 2015

10 Sebab Para Wanita Perlu Ambil Protein Untuk Kekal Cantik dan Sihat

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan :)

Macam-macam perkara sanggup dilakukan dan berbelanja habis demi sebuah kecantikan. Ni saya nak pesan dari wanita ke wanita ye. Kecantikan yang sebenar tu datang dari diri dan paling penting tu kecantikan dalaman tau. dan pastikan secara selamat dan semulajadi~

Ada banyak je bagus utk kecantikan wanita ni tau..tapi kali ni saya nak kongsi tentang protein.


Korang tau tak?

Protein bagus untuk kesihatan dan kecantikan. :)


Ni 10 fakta yang saya dapat dari SINI  bagaimana protein membantu untuk kecantikan wanita?

1. Membantu mengekalkan berat badan ideal 

Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal. 

2. Membantu mengawal rasa lapar 

Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

Monday, 24 August 2015

Ambil Pengajaran dari Kisah Hazama yang obses untuk kurus

Saya nih bukan lah yang jenis nak ambil tahu sangat pasal artis tapi hari ni rasa teruja untuk kongsi kisah Hazama. Moga dapat jadikan pengajaran buat kita ye. Kalau betul nak kurus meh kenalah ikut cara yang betul ye..tanye pada yang betul-betul pakar bukan main redah je tau. bahaya!


Penyanyi Hazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia. Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, berkata, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.  


"Saya mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan. "Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja. Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital," katanya. yang ditemui di kediaman ibunya di Gombak, petang Jumaat. 

Terdahulu Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada 6 Ogos lalu akibat mengalami pendarahan usus.  Dalam pada itu, Hazami turut mendedahkan meminum terlalu banyak kopi pekat juga adalah sebahagian punca dia mengalami penyakit tersebut. Sejak pulang dari hospital beberapa hari lalu, dia mula belajar mengambil pemakanan yang lebih sihat. 

"Ini satu pengajaran besar buat diri sendiri. Cuma susah juga nak biasakan diri makan banyak kali dalam sehari.Alhamdulillah, keluarga banyak menyokong dan membantu saya untuk makan secara teratur. Saya pe rlu berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni," ujarnya. 

Sementara itu, Hazami berkata, sejak terlantar di hospital, dia mula sedar bahawa rakan-rakan dan keluarga sentiasa di sisi, tidak seperti yang digambarkannya iaitu melawan penyakit seorang diri. 

"Saya selalu menganggap tiada siapa yang akan berada di samping kita kecuali keluarga terdekat ketika kita dalam kesusahan. "Tetapi saya silap. Rakan-rakan, keluarga dekat dan jauh termasuklah pelajar-pelajar saya bersilih ganti datang melawat dan memberi semangat kepada saya. "Melalui pengalaman ini juga membuatkan saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih positif selain mendekatkan diri kepada Allah," tuturnya.


Tu lah bila dah jadi macam ni kan susah kan,..apapun sama-sama kita mendokan moga hazami terus sihat la ye. Kalau nak kurus kena lah cara yang betul ye..

Nak lagi....


5 Kebaikan Blogwalking Untuk Blogger Baru

Hari ni dapat tugasan dari mentor kena blogwalking kalau nak join secret group dia. Saya ok je memang selalu je jenjalan blogger lain kan :D Untuk bloggers baru mesti pelik kan camne lah nak berjalan-jalan ke blog orang lain..hihi...

Meh nak sharing info sikit ye. Apa itu blogwalking ni sebenarnya?


Kalau kita translate ke dalam bahasa melayu kann em berjalan-jalan ke blog orang lain lah lebih kurang maksudnya. Kita akan berjalan di alam maya dari satu blog ke blog yang lain dan jangan lupa tinggalkan jejak kita ye samaada dengan tinggalkan komen pada entry atau di shoutbox blog yang kita singgah tu, lagi satu jangan lupa tinggalkan URL blog so nanti senang lah kawan-kawan nak berjalan-jalan pula kan.

Ada banyak kepentingan blogwalking ni rupanye..

1.Dapat mengeratkan hubungan sesama blogger. Kita kat alam maya nih mana anak kenal kan..jadi kita saling komen mengomen lah. 

 2.  Dapat meningkatkan rank blog sama ada Page Rank Google atau Alexa Ranking. Ibarat konsep meninggalkan JEJAK tadi, spyder google dan Alexa akan crawl ke dalam  blog anda melalui JEJAK yang anda tinggalkan dan dari situlah mulanya proses ranking..

3.  Boleh meningkatkan traffic ke blog anda.Caranya adalah dengan menjadi pengkomen yang terawal di dalam setiap post di blog orang lain. Tapi kena tengok juga, pilih la blog2 yang bertraffic tinggi..

4.  Blogwalking atau BW ibarat sapaan dan teguran anda kepada jiran kita. 

5.  Sambil BW dapat menambah ilmu dan maklumat..Tak la jadi seperti katak di bawah tempurung walaupun duduk terperap dekat rumah je. Selain itu, jika kita hilang idea untuk menulis entry di blog, BW dapat membantu mencetuskan idea baru bagi penulisan artikel di Blog..

Menarikkan ? Jom kita blogwalking lagi jomm~

Tengah tercari-cari suplemen ape yang selamat, berkesan dan semuladi? Meh saya bantu ye :)



Friday, 21 August 2015

7 Kepentingan Air Untuk Lebih Sihat dan Cantik

Air memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Ramai yang sedar tapi buat-buat tak tahu kan?  Sehari at least mesti kena minum air masak yang putih jernih tu ye 3 liter air. agak-agak dah cukup ke tu..

Sangat penting untuk pastikan jumlah pengambilan air supaya kita lebih sihat dan cantik.
Nak lagi 5 Tip Sihat dan Cantik :)


1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air

Sedang berusaha nak turunkan berat badan ke?

First sekali tukar habit minum air manis kepada air suam. boleh tak? Air boleh meningkatkan metabolisma badan dan membantu untuk berasa kenyang. Sebelum makan, minum sedikir air untuk memudahkan kita berasa kenyang dengan cepat.

Bila kita minum air yang sejuk, badan akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga

Apabila letih dan haus, terus dapatkan air.

Antara punca kita berasa letih ialah kita kekurangan air. jadi terus dapatkan segelas air untuk elak dari badan kita dehidrasi ye :) Sebenarnya kita perlu sentiasa minum air tau.

Terutama sekali ketika melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air bila haus. Kalau badan kita cukup air, jantung tidak perlu bersusah payah untuk pam darah ke seluruh badan insyaallah.

Thursday, 20 August 2015

Get Clean Water Pitcher Pilihan Rakyat Malaysia :)

Pentingnya H2O-----> Boleh baca lanjut apa Kepentingan Air Dalam Kehidupan kita..klik SINI

Kita tau air tu penting
Sebab tu kita pun perlu minum air yang berkualiti

Nasib ada Shaklee Get Clean Water Pitcher :D


Jag air Shaklee ni sangat special sebab mempunyai Esklusif Refillable Carbon-Block Filter System
yang bertindak menapis
  1. Aesthetic Chlorine Taste & Odor
  2. Sediments
  3. Disinfection By Products
  4. AgriculturalnPollutants
  5. Heavy Metals includes Lead
  6. Industrial Pollutants
Dgn erti kata lain, ia mengurangkan segala anasir bahaya kedalam badan kita insyaallah :)

Fuh, mantap kan...

Nak tau lebih lanjut,

Bolehlah hubungi saya terus ye,  017-3468802 (Aisyah)

Wednesday, 19 August 2015

5 Sebab Kenapa tak berkesan makan vitamin?

Alhamdulillah sekarang ramai dah yang dapat kesedaran untuk menjaga kesihatan diri. Suka sangat lah dengar gitu barulah generasi sekarang ni semakin cantik sihat dan anggun gitu~~

Banyak je cara nak menjaga kesihatan nih..boleh je nak ambil daripada makanan semulajadi ataupun lebih mudah ambil je vitamin. tapi ade juga yang beritahu saya macam tiada kesan je..meh kita check kenap ye jadi macam tu? 

Vitamin ni kesan dia bukanlah serta merta ye kawan-kawan jadi sila lah bersabar dan konsisten ye..


5 SEBAB VITAMIN YANG DI AMBIL TIDAK BERKESAN

FAKTOR 1: Tak suka minum air putih

Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa.

Tahukah anda ? 
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan.

Saranan 
Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari.

jom minum air masak macam adik ni :)
FAKTOR 2 : Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa 

Jika anda seorang yang gemar mengambil vitamin dengan kuantiti yang banyak sekaligus, hanya disebabkan anda risau anda akan terlupa untuk mengambilnya pada masa lain, sebaik-baiknya anda berhentikan tabiat sebegini. Kebanyakkan orang, sangat suka mengambil dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur.

Tahukah anda? 
Pengambilan vitamin dengan banyak sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada masa ini, anda kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil.

jangan buat camni tau..fuhh bahaya~~
Saranan
Sebaik-baiknya, bila anda membeli vitamin, anda dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai untuk anda melalui Perunding Kesihatan Vitamin anda atau farmasi tempat anda membeli vitamin tersebut. Bincangkan waktu yang boleh dan sesuai untuk anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada buah pinggang anda terbeban kerana tabiat anda mengambil vitamin yang banyak sekaligus pada masa yang tertentu sahaja.

FAKTOR 3 : Elakkan pengambilan vitamin (supplemen) bersama ubat

Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak.

Tahukah anda?
Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.

Saranan
Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan vitamin yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat yang doktor sebelah pagi, anda boleh mengambil vitamin pada sebelah malam. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, jadi, anda boleh amalkan vitamin selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.

FAKTOR 4: Pengambilan Kafein dalam diet harian

Bagi yang sangat mengemari minuman berkafein dalam diet harian sebagai pemberi tenaga semasa bertugas, adalah sangat sukar untuk berhenti dari mengambilnya. Malahan, ada yang mengambilnya dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas waktu malam.

memang la sedap kan..tapi kena kawal la ye~
Tahukah anda? 
Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil.

Saranan
Jika anda gemar mengambil kopi atau teh 3 cawan sehari, kurangkan secawan sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti mengambilnya dan melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan Vitamin tanpa minuman kegemaran anda ini, akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.

 FAKTOR 5 : Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul
Pengambilan vitamin adalah penting untuk tubuh kita. Namun, jika anda mengambilnya tanpa ilmu, seperti mengambilnya serentak, sedangkan ia tak boleh serentak, adalah sangat merugikan.

Tahukah anda? 

Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.

Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.

Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.

Saranan

Adalah penting semasa anda membuat keputusan untuk membeli vitamin dan memastikan beberapa perkara berikut diambil kira,

~Vitamin HALAL
~Vitamin SEMULAJADI
~Vitamin mempunyai Sijil KKM yang sah atau logo hologram dari KKM pada botol yang anda beli
~Vitamin SELAMAT

Dan paling penting, kita perlu mengamalkan vitamin secara konsisten selama 90 hari atau 3 bulan berturut-turut kerana sel kita memerlukan masa selama 90-120 hari untuk hidup dan serasi dengan darah kita..

Insyaallah anda kena cuba tip-tip di atas ni..kalau ada apa-apa boleh hubungi saya terus ye untuk sebarang pertanyaan. Saya akan bantu anda untuk dapatkan cara pemakanan vitamin yang betul dan tip-tip kesihatan yang lain ye :)


Tuesday, 18 August 2015

5 Sebab Saya SUKA ESP

Suplemen tak dapat gantikan makanan harian kita tapi kalau kita tak dapat nak makan yang secukupnya kena lah tambah dengan suplemen.ha gitu..faham kan~

ok lah hari ni nak share kenapa lah ramai sangat yang dah jatuh CINTA dgn ESP termasuk lah saya. Bulan ni Shaklee ada bagi offer 50% off kan untuk SID yang bertuah..ada yang dapat tak? Kalau tak nak boleh la bagi kat saya ye.hihi..



Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Kesimpulannya dalam ESP ni..kaya dengan PROTEIN.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Nota:-
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


For me personally kenapa saya suka? Sebelum ni saya selalu kena gastrik tau memang tak boleh nak salah makan langsung lah memang senang sangat terkena. Pada mulanya saya ambil ni masa dalam pantang, kakak ipar lah yang recommend sebab dia kata boleh tambah susu dan luka cepat sembuh. Jadi saya pun terus lah ambil setiap hari.

Pada mulanya saya tak perasan tapi lama-lama baru saya sedar gastrik saya dah hilang ke mana tau :)

Bonus kulit pun cantik..tahulah mak-mak ni kan tak sempat nak pakai barang-barang muka nih..hihi..

Ni ha dia lagi faedah ESP nih...

Friday, 31 July 2015

20 Perkara Yang Patut Anda Tahu Tentang Shaklee :)

58 tahun kekal dan kukuh di Amerika Syarikat dan lebih 20 tahun kukuh di Malaysia, agaknya apalah yang istimewanya syarikat Shaklee ni kan? Saya senaraikan 20 sebab yang cukup untuk anda tak ragu-ragu memilih product Shaklee. 

1) Shaklee diasaskan oleh seorang yang asalnya sakit tapi kembali sihat tanpa ubat. 

Dr Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894. Beliau dilahirkan dengan masalah batuk kering dan doktor semua bersetuju dia tidak mungkin akan hidup. Kepercayaan orang tua beliau dalam hal-hal alam membawa mereka bergerak ke utara di mana mereka percaya, tanah yang subur boleh menghasilkan bahan-bahan pemakanan yang berkualiti. Beliau tidak bergantung kepada ubat untuk menyembuhkan sakitnya. 

2.) Shaklee berpegang kepada prinsip asas, iaitu kesihatan lahir dari pemakanan yang baik, persekitaran yang sihat dan senaman. 

Dr Shaklee berkata kesihatan beliau yang semakin baik bukanlah penyembuhan ajaib, kerana beliau berkata walaupun sihat dengan amalan pemakanan dan persekitaran yang baik mungkin memberi kesan yang lambat tetapi ia pasti. Pada usia yang seawal mungkin ia telah difahamkan bahawa kesihatan mempunyai segala sesuatu yang berkaitan dengan pemakanan yang baik, persekitaran yang sihat dan senaman. 

3.) Shaklee bertindak untuk membina kesihatan, bermakna untuk mencegah dari berlakunya sakit. Lebih murah mencegah daripada mengubati. 

Apabila Dr Shaklee telah ditanya mengapa beliau memutuskan untuk mengkaji perubatan kiropraktik bukannya menjadi doktor perubatan, dia berkata, "Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan tetapi kita adalah dalam dua bidang yang terpisah. Mereka dilatih untuk merawat penyakit dan saya berminat untuk membina kesihatan." 

4.) Peneraju Shaklee mempunyai kepakaran dalam bidang pemakanan. 

Dr Shaklee membuka pusat latihan pertamanya di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915. Beliau bercakap kepada pesakit tentang diet mereka, yang tidak biasa pada masa itu, dan merancang diari pemakanan terperinci untuk memantau kemajuan pesakit. 

5.) Shaklee adalah syarikat yang pertama mengasaskan vitamin. 


Perkataan VITAMIN sebenarnya lahir dari produk multivitamin pertama dunia yang dihasilkan oleh Dr Forrest Shaklee. Produk pertama Dr Shaklee pada tahun 1915 telah dipanggil "Vitalized Mineral" di mana beliau mengasingkan sebatian semula jadi daripada sayur-sayuran untuk menilai kandungan mineral mereka. Dr Shaklee bekerjasama dengan ahli biokimia Poland muda, Casimir Funk, yang akhirnya menamakan sebatian ciptaan Dr Shaklee sebagai "vitamin". Ini adalah penggunaan pertama perkataan vitamin. 

6.) Pengasas Shaklee mempunyai lebih dari 1 ijazah 

Dr Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia, falsafah dan ketuhanan. 

7.) Formulasi vitamin Shaklee telah dipakejkan sejak tahun 1924. 

Pada tahun 1924, Dr Shaklee membina pusat penjagaan kesihatan yang lengkap dengan kakitangan kiropraktor, osteopati, pengamal am dan pakar bedah. Untuk pertama kalinya rumusan Dr. Shaklee sebagai makanan tambahan dipakejkan dan dikeluarkan. 

Sunday, 24 May 2015

FREE Vitalea sempena 100 tahun Shaklee di muka bumi

Ha siapa nak saya nak bagi FREE VITALEA nih??
 

Tapi adalah syaratnya, jom register jadi ahli dan buat apa-apa belian..mudah nyee. Kalau dah jadi ahli macam-macam benefit boleh dapat tau :)


Entry kali ni nak cite pasal vitamin yg tertua didunia nih...Apa best sangat Vitalea ni kan..rasanya dah banyak kali saya mention tapi nak share jugak lagi..sebab saya nak lagi ramai rasa kebaikan nya..biar kita semua sihat secara semulajadi ye   :)

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min', dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Penigkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai 'Explo-Tab'. 

Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %. 

Vita-Lea telah dipilih oleh Centre fo Science di Amerika Syarikat sebagai 'THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

5 SEBAB KENAPA SAYA PILIH VITALEA

Saya suka sangat nak ajak kawan2 cuba vitalea nih since bagi saya ia adalah vitamin yang paling lengkap insyaallah...

Nak cuba?

Meh roger saya meh,



Thursday, 12 February 2015

Tip pemakanan Untuk Ibu Anemia

Mommies..meh baca ni ye..sebab masa sy preggy dulu pun alami benda yg sama. kalau boleh saya nak la bantu mommies hadapi masalah ni.

masa tu ingat lagi..nurse suh tmbah dose pil zat besi yg warna chocolate tu.mmg tak sedap. :(

yang sbnrnye mmg slalu skip.haha..patut la pun kan hb rendah..hee..

sekarang da insaf dah..vitamin mesti mau makan..kan kan..baru la mama sihat..baby pun sihat comel :)

Thursday, 15 January 2015

6 Cara Bantu Kawal Kemarahan Pada Anak-Anak

Sekarang ni kebanyakan parent bekerjaya..bila balik berhadapan dengan pelbagai kerenah anak. Bukan kita tak sayang kan tapi kadang-kadang tu rasa penat lebih menguasai. Pesanan untuk diri sendiri jugak ni..moga kita sama-sama dapat jadi ibu bapa yang cemerlang ye :)

Ni saya jumpa dalam and I think its a good tip..hee since saya pun anak baru 1 tahun kan..so mana yang baik kita kongsi la kan.meh kita tengok ye~~

1. Buku-buku dan bengkel keibubapaan 

Kita menjerit kerana kita tiada ilmu dan kemahiran untuk menangani kerenan anak2. Hanya JERITAN, satu2nya kemahiran yang kita ada. 

Justeru, cari ilmu dan kemahiran dalam menangani tingkah laku anak2 dgn banyak membaca buku berkaitan dgn keibubapaan serta menyertai bengkel/seminar keibubapaan. 

Apabila kita telah ada sedikit sebanyak ilmu dan kemahiran, kita akan lebih berkeyakinan utk berhadapan dengan anak2 yang aktif dan ini akan mengurangkan JERITAN.

2. Belajar untuk meminta maaf daripada anak


Fikiran kita mungkin berkata "Kenapa mesti saya meminta maaf, mereka yang buat perangai hingga menyebabkan saya naik darah dan menjerit.." 

Kadang2 agak susah untuk kita meminta maaf kerana kita menganggap anak2 yang menaikkan kemarahan dan menyebabkan kita meninggikan suara kepada mereka. 

Jadi sebelum melepaskan kemarahan dan perlu meminta maaf, fikirlah banyak kali. 

3. Kenali punca kemarahan/jeritan

Apabila kita sedar apa yang menjadi punca kemarahan kita, mungkin kita boleh menghindarinya dari awal. Mungkin kita lebih mudah naik darah apabila kita keletihan, maka cubalah untuk mendapatkan rehat yang cukup. 

Mungkin kelaparan juga boleh menjadikan kita naik darah, makan makan dan minumlah mengikut waktu. Kadang2 perselisihan faham antara suami isteri juga boleh menjadi penyebab kita cranky sepanjang hari, maka elakkan persengketaan dgn pasangan. Jika terjadi persengketaan, cepat2 selesaikan supaya fikiran kita tenang. 

kalau penat rehat lah dulu..sabarrr
4. Elakkan berfikir tentang sesuatu yang serius ketika berada bersama anak2

Anak2 nampak kita sedang menyediakan makan malam tetapi fikiran kita sedang memikirkan pelan perniagaan atau kita sedang berfikir bagaimana untuk memujuk ibu mertua yang merajuk. 

Apabila anak2 bertanya "mama, bila boleh makan, kami lapar", apa yang kita sedang fikirkan akan terganggu dan tentu akan menimbulkan kemarahan dan jeritan.."tunggulah sekejab, mama tengah masak ni, tak tau sabar betul budak2 ni ! ". 

Ketika bersama anak2, fokus kepada mereka. Fikirkan sesuatu yang serius apabila anak2 telah tidur atau anak2 tidak berada bersama kita. 

5. Cipta satu mantra

Contoh mantra "Anak2 saya bukan menjadi masalah kepada saya sebaliknya mereka menghadapi masalah ". Mantra yang begini membantu kita untuk reframe situasi dan melihatnya dari sudut yang positif. 

6. Banyak-banyakkan berdoa

Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah anak2

Credit to : ibubapacemerlang

Sama-sama lah kita berusaha yang terbaik ye untuk jadi yang terbaik. Kita bekerja niatkan untuk bantu suami..untuk keluarga..apapun bagi saya family first..kan kan :)

So lastly, Happy Parenting !



Wednesday, 7 January 2015

Sesi Jutawan bersama PM Cery

Alhamdulillah..semalam sempat attend Sesi Jutawan Bersama PM Cery Mamafaiz. dalam kekalutan tetap gagahkan diri ke sana..hee..sebab one of my impian tu nak jumpe multimillionaire ni..nak serap aura dia banyak2..dapat jumpa dia depan2 mata..

Kalau ikutkan semua pun mmg mak nenek da beritahu dan pesan hari-hari tapi ni dari super nanny..yeahh..

Da alang2 nak cerita tu kan...kalau ada yang berminat nak buat seminar ke open je kat sini..tmpt dia mmg strategik di bandar baru bangi dan memang cantikkkk. If berminat boleh KLIK SINI

memang rasa semangat je tau..ni saya ada snap satu pic..

bilik seminar yg cantik

Tuesday, 6 January 2015

Azam tahun baru 2015 UAA yang WAJIB dicapai !

Assalamualaikum..cepatnye masa berlalu kan..tak sangka da masuk 2015...lagi 2 hari je ammar arif nak masuk setahun 2 bulan :)
 
Means da almost setahun juga UAA dah duduk di rumah sebagai surirumah sepenuh masa. I think it's a great time spend with my son. Dapat tengok dia membesar depan mata..belajar dari meniarap, menyalar, merangkak, berdiri, tatih dan juga berjalan..such a great time~

Ok2 walau macam dah terlambat rasa nak gak share kan azam saya..