Sunday, 7 December 2014

Tip atasi sembelit semasa hamil dan selepas bersalin

Hari ni ada customer mengadu dia susah nak membuang. apa orang kata sembelit kan..

Sejak menjak da ambil tahu tentang kesihatan ni kan..ade la belajar sikit-sikit dan harap boleh la bantu kawan kita ni kan..selalunye kita dengar orang hamil dan selepas bersalin yang kerap alami masalah ni kan..memang seksa la kan..

saya pun alami juga masalah ni.alhamdulillah masa hamil saya okeh sebab mmg suka makan buah-buahan ni.ehe..tapi masa pantang ade la rasa jugak.peh mmg pedih dan seksa.jadi takot kan nak ke toilet :(

nasib lah masa tu kak ipar lah yang suggest ambil Shaklee. masa tu belum jadi ahli lagi..saya cuba ambil ESP, alfalfa (yg ni kak ipar kata bantu milk booster.saya ambil ni sampai bengkak2 susu sampai mama kata kakak stop la dulu makan.hihi)

Lepas tu saya ambil Ostematrix sebab saya ni tak berapa suka nak minum susu..fobia sungguh dgn susu.banyak kali dah beli last2 buang.kah kah..tak baik sungguh la kan...masa tu tak tahu gak oste ni bantu utk sembelit. saya bli sbb saya tak minum susu tu je..but after that saya realised yang proses pembuangan saya lancar je..alhamdulillah syukur~

Next pregnancy tahu lah saya nak buat apa nanti insyallah :)

Em da alang2 cerita pasal sembelit ni kan..tahu tak sembelit ni ada kaitan juga dgn buasir?


Seram kan dengar buasir. Sebab sampai tahap yang teruk, buasir menyebabkan kita rasa sangat sakit pada bahagian dubur. Selain itu, ada yang lebih teruk sampai keluar darah ketika membuang. Harap anda semua tidak pandang ini sebagi sesuatu yang remeh. Perkara ini perlu diambil serius. Kerana semakin di biarkan masalah buasir ataupun sembelit berlarutan, sistem dalaman boleh rosak akibat tekanan pada bahagian otot dubur yang sangat kuat. ni worst cases lah...jangan biar sampai camni okeh!

Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil dan juga dalam pantang. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas kelahiran. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang diambil pada masa ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Tips bagi mengatasi masalah Sembelit

1) Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

2) Anda perlu mengawasi diet. Pastikan minum air secukupnya dan lakukan senaman. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Janganlah terlalu berpantang dengan tidak mengambil langsung sayur-sayuran atau buah-buahan.

3) Anda juga dinasihatkan minum banyak air atau jus buah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari - 1.5liter sehingga 2liter. Jus prun juga boleh membantu. Lakukan aktiviti seperti biasa. Suplemen yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.

4) Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor boleh memberi ubat yang sesuai kepada anda.

5) Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit. Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan menikmati makanan segera.

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita selepas bersalin, tetapi jika ia berlarutan, maklumkan kepada doktor anda. Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.

Apa itu Buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.

Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ianya terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Rawatan 

Proses rawatan yang boleh dilakukan untuk peringkat awal adalah pemberian ubat melembutkan najis.

Selain itu, minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari. Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit. Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan menikmati makanan segera.

Jika makan di luar rumah, pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar. Jika terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

Credit

Shaklee datang membantu~~
Ramai lagi dan lagi yang dah cuba alhamdulillah dpt atasi sembelit tu...ni antaranya :)



Dapatkan bantuan dari SID anda yang terdekat atau boleh hubungi saya terus ye,


No comments: