Saturday, 27 December 2014

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Sakit sungguh rasa tengok apa yang berlaku sekarang ni..
Hujan seolah-olah tak mahu berhenti dan terus membasahi bumi hingga menyebabkan banjir 
Kawasan yang terlibat Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan terkini di Johor dan Selangor.

Ya Allah lindungi lah mereka dan selamatkan lah mereka.

Rasa kan macam nak terbang je ke sana.
Ambil sorang2 dari tempat banjir tu
Tak boleh bayangkan camne lah diorang kan..terutama yang baby, kanak2, ada yang pregnant ke,tengah pantang ke..tak jadi kot nak pantang yang penting anak dia selamat kan :(

Jom kita bantu mereka,




Muslim Care telah melancarkan Pusat Gerakan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir yang akan merangkumi negeri-negeri yang ditimpa bencana iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan yang terbaru di Perak.

Pusat gerakan bantuan kecemasan ini akan ditempatkan di Kompleks Darul Thibbun Nabawi, di Seksyen 8, Shah Alam.

Setakat ni 1 team Muslim Care yang diketuai oleh Hj Johari Ismail telah sampai ke Pasir Mas, Kelantan. Target kami adalah untuk mengumpulkan segala bantuan untuk disampaikan di tempat bencana. 

Sumbangan mendesak yang diperlukan adalah:
1. Wang Tunai
2. Selimut
3. Lampin Pakai Buang (Pampers)
4. Susu Formula
5. Botol Susu
6. Beras
7. Gula
8. Garam
9. Telekung
10. Makanan dalam Tin (Lauk)
11. Biskut
12. Air Minuman
13. Tuala Wanita

Wang tunai boleh disalurkan kedalam akaun kami seperti berikut:

Maybank Account: 
564490413882 Muslim Care Malaysia

RHB Account: 
26-2120-0000-4747 Muslim Care

Bank Muamalat Account: 
14010007654717 Muslim Care Malaysia

Bank Islam: 
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia

ataupun sumbangan online di http://www.muslimcare.org.my/derma/

Barangan boleh dihantar ke Pusat Operasi kami di:
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
Jalan Tebing 8/8, Seksyen 8,
40000 Shah Alam, Selangor
GPS: http://bit.ly/1B592fY

Maklumkan tujuan sumbangan anda di talian berikut:

Dr. Rabiatul Adawiah: 019-361-7502
Abdul Razak Mohamed: 011-1571-1581
Amina Tahir 019-860-1837

Saya terbaca luahan rasa kawan kite ni..nice sharing dari Lily Moha~

Saya mahu komplen,
Musim hujan ini,
Hampir setiap malam anakanda kencing di tilam,
Tapi ada saudara saya,
Lampin pun tiada,
Tidur berbantal lengan.

Saya mahu komplen,
Musim hujan ini,
Baju di ampaian tidak kering,
Tapi ada saudara saya,
Baju di badannyapun tidak kering.

Saya mahu komplen, 
Sungai belakang rumah saya,
Sudah lebih paras bahaya,
Bagaimana nanti rumah dan semua barangnya?
Tapi ada saudara saya,
Cuma terlihat atap rumah saja,
Air surut dan pulang,
Rumah mereka hanya tinggal tiang.

Saya mahu komplen,
Entah kalau di sini air naik,
Mungkin terpaksa kerja,
Tapi ada sahabat di sana,
Ada yang berbadan dua bekerja,
Ada yang bekerja lalu telefon minta bantuan,
Ayahnya ibunya anaknya terperangkap di rumah.

Saya mahu komplen,
Tapi saya sudah kelu,
Suara tersekat di kerongkong,
Ada saudara makan maggie tidak dimasak,
Dikeronyok makan bersama,
Ada yang masak air lumpur,
Ada yang sudah kebulur.

Hanya marhaen menyanyangi marhaen lain,
Bukalah pintu hati,
Jadilah hero kita sendiri,
Viralkan saja cerita,
Viralkan semua jalan bantuan,
Jangan lepaskan tangan,
Berpautlah-bertautlah.

Apapun sama-sama kita mendoakan yang terbaik ye..moga semuanya selamat dan dilindungi Allah SWT. Tugas kita bantu la mana yang boleh bantu selemah-lemahnya dengan mendoakan dan tidak merendah usaha orang lain.

Jom kita baca doa nih,


“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merusak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.”(HR. Bukhari dan Muslim)

Aaminn...aaminn~~


No comments: