Monday, 8 December 2014

5 Tip Sihat dan Cergas di Pagi Hari

Assalamualaikum~

Happy Monday..haa ade yang tak cukup tidur ke tu..tengok bola Malaysia lawan Vietnam semalam ye..apepun keputusan sama-sama kita doakan Malaysia dapat buat yang terbaik ye. wah bila masa UAA peminat bola ni..xde la minat just follow the flow..jgn kata tak ambil tahu lagipun siapa nak sokong kalau bukan kita rakyat Malaysia..go malaysia go...ammar arif pun sokong okeh~~

Tengok macam faham kan..hee
Ha senyum pun..bgus la gitu..baru la ceria sket hari isnin..nah baca ni --->

Tak cukup lagi...meh buat nih pulak ye...takpe buat sikit2 yang pasti hari ni mesti lebih baik dari semalam okeh...em ni dia tips segar di pagi hari..check it out~~



1) Segarkan Diri
Jom kita segarkan diri..kalau dapat cube la mandi sebelum subuh..paling kurang nk subuh tu mandi la terus.insyallah segar la kita seharian :)

2) Subuh Sunat dan Fardhu
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok jika didahului dengan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh dan sambung dengan bacaan Ma’thurat atau al-Quran selepas solat subuh. Jika pernah tinggal solat subuh, bolehlah qadho solat subuh di waktu ini.

3) Senaman 
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman. ha boleh cube parking kereta jauh sket..naik tangga pun boleh..

4)  Selawat
Senaman sambil berselawat, bukan saja hilang mengantuk tapi memang rasa amat segar. Mungkin salah satu sebabnya ialah kerana bila sekali kita berselawat, 10 kali ALLAH bagi salam sejahtera kepada kita,sebabtu kita rasa segar.

5) Solat Dhuha
Bila kita tengok jam dah nak dekat waktu Dhuha sekitar jam 8 pagi, kita pun akan rasa sayang nak tidur sebab nak buat Solat Dhuha. Ini secara tak langsung menjadi motivasi untuk terus produktif tak kira di mana kita, di rumah atau di pejabat.

Antara tips tambahan yang biasa saya amalkan ialah, saya sentiasa cuba untuk tidur semasa waktu Qailulah (sekitar jam 12.30 sehingga sebelum Zohor). So ini memberi motivasi untuk saya jangan tidur sebelum waktu Qailulah sebab Qailulah ni sangat banyak manfaatnya untuk kesihatan dan untuk memudahkan kita melakukan ibadah qiyamullail.

Credit

Insyallah mudah-mudahan kita semua dapat jadi lebih baik ye...

No comments: