Saturday, 8 November 2014

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama Anakku~

Alhamdulillah~~

8 November 2014 maknanya ammar dah setahun genap dah hari ni..ummi rasa nak nanes pulak bila teringat selama setahun ni.macam2 dah kita lalui bersama kan sayang. walid je pagi2 keluar pergi kerja. ammar kat rumah dgn ummi. 24 7 mengadap ummi kan, bila ammar xde jap mmg rasa lain macam tau.da biasa gaduh2 dgn dia..:)

Welfie dgn sayang-sayang saya :)
Moga kita dapat tempuh segalanya dgn tabah bersama-sama ye 
Seawal pagi ni kami dah keluar sebab nak balik Melaka. da janji dgn nek cum n atok kan..dan kebetulan juga hari tu ada wedding my bestfriend. so 'wajib' la datang kan..sempat jumpe cik pengantin pagi2 lagi tau sebelum bergelar puan.hee..senyum pun masih lebar tau...

Congratulations dear~
Macam tak percaya je tengok sorang-sorang kawin. tak percaya ape nye cah oi..umor pun dah berapa kan..hihi saje je~

Tak la,kembar ak yg sorang ni  dia ni pendiam sket..tu la rasa happy happy sangat dapat tgk dia jadi cik puan ni. suke tgk pengantin sebab fefeling cantik jugak mcm pengantin tu..ehehe..

tu la pasal sempat lagi berselfie..kui kui..

em ok2 dah settle cerita pagi..then lepas tu dlm pukul 10.30 pagi minta izin dgn pengantin nak gerak dlu lah..

dalam perjalanan~~

Kereta pulak buat hal. tayar pecah!

Think positive je la kan..nasib baik kami semua selamat.Time mcm pelik je tu my hubby terus ckp nk msuk simpang n berhenti. Dalam 10 minit tu ada kereta ronda datang tlg tukarkan.nasib baik la kan..kalau tak jenuh jugak tu.Mula2 nak lalu LEKAS tapi hati ni rasa nak lalu PLUS even tau jalan jem kan..ade hikmah juga la tu. Since peralatan tak berapa nak lengkap jadi lega la bila dpt bantuan kan.Syukur2.. Then pergi cari tayar baru. maka beterbangan la duit ku hari tu..huu..tu la nak kata rezeki kedai tayar tu la kan..n jadi pengajaran buat kami.

Bila rasa macam pelik je..jangan bawa laju2..! Apepun fikir kami selamat dan semua pun macam lancar je alhamdulillah..

Perjalanan pulang ke melaka hari tu terasa panjang..sampai2 di melaka dalam pukul 2 petang. masuk2 tgk nenek dah buatkan special utk ammar bihun sup yg sangat sedap..yumms..dan lagi semestinye kena la ada kek..

wahh..kek bola lagi ha atok belikan :)
9 November 2014 tu atok bawa ammar jalan2 pergi KARNIVAL UDARA ANTARABANGSA MELAKA".Kebetulan la kan karnival tu dari 7-9 November utk perkenalkan pada semua. Bangganye rasa..ade gak airport kat  Melaka akhirnya..fuhh...

First time tgk jet terbang rendah..best jugak..tapi panas la sket
Ammar Arif nampaknya okeh tak menangis. ada jugak budak yang menangis.ye la jet tu terbang rendah kot dan laju lagi. Tapi AA tgk dengan excitednye tau.tu tgk muka dia tu..hee sabo je le..panas boleh tahan la jugak.
pandai anak ummi tgk kapal terbang mini ye..
Semestinya atok dan polis berpisah tiada.smart je kan.first time gak tgk heli polis ni.hee
Nak jugak posing kan..da serabai dah ha.panas..hihi
Siap tampal sticker ni lagi..smart kan..Rayani Air kata gini kalau tampal ni~~

Tampai selama 6 bulan dan dapatkan 1 tiket PERCUMA. yeay...

MELAKA, 22 Ogos (Bernama) -- Rayani Air, syarikat penerbangan baharu yang berpangkalan di Melaka, akan memulakan operasi tiga kali seminggu ke lima destinasi domestik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini, mulai Januari 2015.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Rayani Air akan memperkenal penerbangan butik pertama di negara menggunakan pesawat Fokker 50

Lima laluan domestik itu ialah :-

Melaka-Pulau Pinang-Melaka
Melaka-Langkawi-Melaka
Melaka-Kota Bharu-Melaka
Melaka-Kucing-Melaka 
Melaka-Kota Kinabalu-Melaka

Hurm hurm nak pilih flight g mane ye..kota kinabalu kot kan..
kita tggu la nanti next entry~
Wah smart jugak kan..da memang macam aksesori kereta da ha..hee ok lah dulu ye..nanti saya update lagi tentang Rayani Air dan juga my trip insyaallah.da subuh dah ni.jom2 menuju kejayaan~~

Kalau nak travel jauh2 tu jom bawa bekalan vitamin dan suplemen untuk kekal sihat dan bertenaga insyaallah :)


No comments: