Monday, 3 November 2014

Khasiat Avocado Untuk Ibu Hamil dan Cantik

Tadi tengok wanita hari ini..wah duk umah katanya kan..hihi..sempat la nak layan sume ni.itu pun sambil-sambil bagi ammar arif makan :)

Tajuk dia menarik hati saya iaitu "Khasiat Avocado".


Since saya pun tak pernah rasa.jadi teruja la jugak kan...Dulu patutnya nak cuba bagi kat ammar tapi tak kesampaian pulaknya.em takpe2 nanti kita cuba ye..Avocado ni bagus utk ibu-ibu hamil jugak tau kerana ada kandungan asid folic dalamnya.

Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C, E dan K serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium

Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta.

Kata nya rasanya lemak2 tapi tak manis..harga pun boleh tahan..hihi ok tu belakang kira.sekarnag kita fokus pada khasiatnye kan..korang pernah makan ke ni?

Meh la share sket :)

Oh satu lagi kan..tadi dia kongsi jugak avocado ni boleh dibuat masker dan lulur rambut.


Caranya:
Tumbuk Avocado
Kemudian tambah dgn madu, putih telur dan perahan lemon.

Ok lah..selamat mencuba..yang terbaik sememangnya yang semulajadi.

kan kan :)

No comments: