Saturday, 15 November 2014

Bebaskan diri dari ulser mulut a.k.a mata ikan

Assalamualaikum w.b.t~~

Bila tengok pic ni mesti teringat..adeh mmg pedih tau.siapa yang pernah rasa je tau kan..huu memamg pedih. dulu2 saya suke buh ENO, ala yang utk kalau pedih ulu hati tu..kan bila kena air dia buih2 kan..ni saya letak kat ulser mulut tu..mmg cepat sihat tapi pedihnye ya amat.

menitis air mata ha tau. :(

kalau kena kembar ni lagi sakit.
Ulser ni saya selalu kena sebab tergigit.hadeh rajin betul gigi ni menggigit kan..tapi hakikatnye bukan sebab tergigit sahaja. Tahu tak apa lagi sebenarnya punca ulser ni? 

Check it out~~

APA PUNCA ULSER MULUT?
  • Sistem imun badan yang abnormal dan lemah; menyerang bahagian dalam mulut 
  • Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)
  • Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain
  • Stress akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir
  • Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi
  • Haid dan perubahan hormon yang mendadak
  • Penggunaan ubat gigi yang mengandungi bahan kimia Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak
  • Bahagian dalam mulut/lidah tergigit, terkena makanan yang tajam atau memberus gigi dengan kasar
  • alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering)

BAGAIMANA MERAWAT ULSER MULUT?
  • elakkan dari makan makanan yang terlalu banyak rempah.
  • kurangkan air berasid.
  • gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
  • letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
  • minum air masak dengan banyak.
  • elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
  • ambil mineral zink dan zat besi.
  • tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

APA LANGKAH PENCEGAHAN?

Pelbagaikan makanan dalam diet anda setiap hari terutamanya yang kaya dengan~~

vitamin B6 (cth: ayam, ikan, sayur berwarna hijau gelap, betik)


vitamin B12 dan zat besi (cth: daging, ikan, ayam, sayur, susu, soya) 



serta asid folik (cth: buah, sayur, bijirin, kekacang).yang ni utk preggy penting2 sesangat~


Cuba untuk gunakan produk ubat gigi yang bebas daripada SLS. Antara produk bebas SLS di Malaysia adalah Sensodyne.
bebas SLS..lepas ni pakat check ubat gigi masing2 la eh..hihi
Anda juga disarankan untuk flos gigi setiap hari, gosok gigi dengan lembut, disertai dengan pembersihan mulut menggunakan cecair pembersih seperti Listerine untuk kebersihan gigi yang total. Mulut kurang bersih menyebabkan bakteria di dalam mulut menyerang ulser anda dan menyebabkan ia teruk dan lambat sembuh. 

macam2 warna ada ni..pilih je..mmg best.mulut fresh je tau..:)
Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 1990, oren, tomato, kacang, terung, teh dan minuman kola antara makanan yang boleh menyebabkan ulser muncul. Nanas dan minyak kayu manis juga turut mempunyai kaitan.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?

Bagi anda yang kerap mengalami ulser mulut, disarankan untuk mengamalkan supplement Shaklee berikut.

B-Complex : Mencegah ulser mulut
SR Vita-C : Membantu pemulihan membran mukosa mulut
ESP : Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh
Alfalfa Complex : Menyahtoksin di seluruh tubuh
Herb-lax : Membersihkan dan menyahtoksin dalam perut tempat berkumpulnya segala jenis toksin


Insyaallah boleh sembuh tu..saya alhamdulillah da lama tak kena since sebab selalu tergigit kan..kalau kena pun cpt je sembuh.sekarang ni nak makan hati2 da..jgn sampai tergigit lagi..hee..

Nak Cuba? 

Boleh Hubungi saya terus ye,


No comments: