Monday, 13 October 2014

Tip mengemas rumah

Hai...Assalamualaikum~

Bulan ni rasa masa tu berlalu  pantas je.semakin kuat keinginan kita tu semakin banyak pulak rintangannye tu kan..hee apa UAA cakap ni kan..apapun apa yang kita buat rumah kena tip top.kan kan..rumah saya nak kata kemas sangat tu tidak lah tapi tidak lah bersepah insyaallah :)

Ada yang perlu kita buat setiap hari, ada yang mingguan. saya ynng paling mencabar sekali tu nak lipat kain.memang mencabar tau..fuh tapi sekarang da laju sket dah. nak kena set mind tu dan fokus.siap2 kan cepat..

Lipat baju cara UAA
-Asingkan baju ikot individu.contohnya rumah ni ada 3 orang so saya asingkan pada tiga.
-Lipat ikut kategori
-Siap satu kategori terus simpan. Buat camni so dapat kurangkan serangan dari 'harimau kecil' tu.hihi. Lagi macam rasa kurang sket lah nak lipat.

ok selamat mencuba.:D

Ni saya nak share perkara yang perlu buat setiap hari dan mingguan.



Perkara yang perlu anda lakukan setiap hari.

1. Basuh pinggang setiap kali lepas makan. Jangan biarkan pinggan berlonggok dalam singki. Anda hanya akan mengundang lipas dan anda akan mengambil masa yang lama untuk masak dan membasuh kelak.

2. Buang sampah sebelum anda pergi kerja. Jangan biarkan sampah dua tiga hari di dapur. Ini akan menyebabkan rumah anda berbau busuk. Bila rumah berbau, mesti tak selesa kita nak duduk dalam rumah. Tiba-tiba dengan bau busuk, tetamu pula datang. Dah tentu malu gile...rasa nak masuk muka dalam mesin basuh..huhu

3. Basuh baju setiap hari. Anda sangat digalakkan basuh baju setiap hari. Bila basuh baju setiap hari, ia akan memudahkan anda melipat baju sbb kuantiti baju tak banyak. Bila dah banyak, mood melipat pun malas.

4. Mengelap meja makan dan dapur. Meja makan dan dapur perlu dilap setiap hari kerana ketika memasak, dapur dan meja akan yang akan digunakan. Ini dapat mengelakkan lipas dari bermaharaja lela  di dapur anda.

5. Menyapu lantai anda jika anda ada anak-anak kecil. Bahaya jika ada sampah sebab anak-anak kecil yang akan kutip dan ngap masuk dalam mulut. Lagi satu jika sisa makanan ada atas lantai, ia boleh menyebabkan semut.

Perkara yang perlu anda lakukan seminggu sekali

1. Mengemop lantai. Lantai yang bersih akan menjadikan kita lebih selesa untuk pijak. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan.Oleh itu kerja-kerja mengemop senang dilakukan dan sebaiknya dibuat pada ketika cuaca panas. Jika dilakukan pada waktu hujan atau tidak berapa panas, lantai akan jadi lambat kering.

2. Mencuci lantai di luar rumah.  Mencuci lantai atau mozek di luar rumah memang sangat penting kerana ia menggambarkan pandangan or penilaian orang terhadap rumah kita.  Jika luar pun kotor dan bersepah, kemungkinan dalam pun sama.

3. Memcuci bilik air juga sangat penting. Bilik air yang sudah lama tidak dicuci akan berlumut dan menyebabkan kotor dan licin. Cuci bilik air menggunakan sabun pencuci yang sesuai dan berus lantai. jangan lupa singki dan peralatan lain yang berkaitan.

Ok selamat mengemas rumah dengan gembira.ye lah macam UAA ni nak urus stok lagi, nak layan customer, downline. nak study produk dan kesihatan lagi. jadi kena pandai curi dan susun masa. Sekarang ni pagi2 or malam da siap2 awal-awal dah TO DO LIST!

Nampak remeh tapi sangat membantu tau..kena cuba tau. apply to all student, workers and even housewife a.k.a WAHM like me :D

Selamat mencuba semua.

Jom Sihat Cantik,


No comments: