Saturday, 4 October 2014

Saya MENANG GIVEAWAY..:D

Teruja sangat rasa tau...sebab kali pertama menang giveaway..hihi..
da banyak kali juga la join.tq to yana pink blossom

bukan hadiah tu yang menjadi point..saya suka join giveaway dan segmen sebab:-

1. dapat tambah kawan di alam maya. seronok okeh..bak kata abg Ben, bukan sekadar blogger. kan kan kawan-kawan :D

Saya suka nak kongsi apa saya rasa, apa yang saya buat..apa-apa pun yang penting untuk kebaikan kita semua

Dalam konteks saya, saya pilih untuk kongsi kebaikan makan vitamin dan cara hidup yang sihat. Ada orang suka nak cerita tentang makanan, ada yang suka cerita destinasi percutian, ada yang kongsi tip ibu bapa dan macam-macam lagi lah.

.sebar yang baik-baik moga yang baik-baik lah untuk semua insyaallah.

Betul ke betul?




2. rasa bertuah okeh..alhamdulillah..
Saya join GA dan segmen ni untuk sebab pertama tu lah..nak tambah KAWAN. jemput la follow saya ye.hee..

Tapi kalau dapat menang GA lagi la seronok.even hadiah dia kecil pun but for me. I really appreciated it. Bukan senang nak memberi..

Hidup Untuk Memberi.. teruskan memberi dan memberi.insyallah banyak lagi yang kita dapat. 

Nak beri bukan duit dan barangan je..ilmu yang bermanfaat, bantuan dari segi tenaga, consultation, senyuman, hiburan pun satu pemberian gak tau..insyaallah saya pun nak wat jugak la GA ni.

memang best kan..saya rasa happy lah..ok lah sempena hari raya haji ni saya nak ucapkan selamat hari raya aidiladha. moga kita sama-sama dapat jadi orang yang lebih baik dari semalam.

Teruskan memberi dan memberi..bantu orang..think positive..think big..ok lah..da jadi panjang pulak tulisan hari ni..

Hari ni bersiaran dari rumah mama di Bandar Tun Hussein Onn...:D 

Jom jom saya bagi ilmu tentang kesihatan, 

~Aisyah~
Ummi Ammar Arif

No comments: