Tuesday, 28 October 2014

Rezeki pagi~

Assalamualaikum...selamat pagi :)

Jom pagi-pagi ni semangat la sket..senyum..ha gitu lah...pagi-pagi kena la positif baru lah aura tu akan dibawa sampai ke petang. Hari pun insyaallah akan berjalan dgn lancar. 

Fikir yang baik-baik, Cakap yang baik-baik, Lihat yang baik-baik..Insyaallah semua yang baik-baik akan datang.ha gitu.reset minda jana minda bawah sedar gitu..Prof Aisyah sudah berkata..ada macam Prof Muhaya tak..hee
Pagi-pagi yang ceria :)
Hadis menyebut…
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”
Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.

Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.


Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Selamat mencari rezeki ye...moga murah rezeki kita dan jangan lupa amalkan amalan menjemput rezeki juga insyaallah...


Jom Sihat Cantik Semulajadi, 
~Aisyah~ 
017-3468802 
FB: Radin Siti Aisyah

No comments: