Friday, 10 October 2014

Nasi Ayam Hainan yang mudah

Ni cerita semalam tapi baru nak cerita hari ni..hee..rasa teringin beno nak makan nasi ayam ni ha..ingat dah mak mertua pernah buat nasi ayam tapi macam samar2 je. Jadi google la jugak kan..haish menantu la menantu..:p

Ada banyak sangat resepi rupanya. so saya cari resepi yang mirip dgn nasi ayam yang mak mertua ajar lah. basic dia nasi tu kena goreng dlu dengan butter n bawang putih merah baru lah wangi gitu.sedap pulak sambil tulis ni.padahal baru makan kan..hihi..

ihsan en google
Saya dah cuba dah resepi nih tapi tak sempat nak ambil gambar la.huu xpe la next time saya upload ye. suka nak share kat sini sebab nanti senang sendiri nak cari balik resepi ni :D Sambil tu boleh la orang lain nak cuba jugak kan..kan kan..sharing is caring...


Nasi Ayam Hainan
Resepi : Zalinah 
Dicuba: Ummi Ammar Arif

Bahan-bahan untuk sup:
1 ekor ayam dibersihkan - potong 4
Air secukupnya untuk membuat sup
1 in halia - dihiris
4 biji bawang putih - diketuk
1 kiub pati ayam
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Garam secukupnya

Cara-cara:
Semua bahan disatukan. Masak hingga mendidih dan ayam masak.
Angkat ayam dan ketepikan.

Untuk nasi:
4 cawan beras - dibersihkan dan tos
5 3/4 cawan sup ayam
1 inci halia - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
2 helai daun pandan
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak
Garam secukupnya

Cara-cara:
Panaskan minyak dan mentega. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Masukkan beras dan gaul rata.
Tuang air rebusan ayam tadi kedalam periuk nasi.
Tanak hingga nasi masak.

Bahan sos cili :
10 biji cili merah dibuang biji
1 in halia
3 ulas bawang putih
2 camca besar jus limau nipis
1/2 botol sos cili Thai
Sedikit air

- Satukan semua bahan kemudian dikisar halus.
Masukkan kedalam periuk dan masak hingga mendidih

Bahan untuk sos kicap :
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

- Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih

Bahan sampingan:
Sayur salad, timun & tomato

Ni UAA tambah sket, ayam yang direbus tu saya perap kejap dgn sos tiram, kicap dan minyak bijan then goreng. ni option lah..dah tak berapa ayam hainan lah..hee..


Siapp..selamat mencuba~~

Jom Sihat Cantik Semulajadi, 
~Aisyah~ 
017-3468802 
FB: Radin Siti Aisyah

No comments: