Tuesday, 23 September 2014

Hebatnya Kuasa Fokus

Hari ni rasa rajin pulak nak cari info tentang kuasa FOKUS. ada banyak lagi kuasa tau..hihi dah macam kuasa apa pulak kan...


Dalam konteks yang saya nak kongsikan hari ni adalah kuasa fokus dalam perniagaan. Ada banyak sangat jenis cabang perniagaan di dunia ni kan..Minat nak buat bisnes tapi tak tahu nak buat apa kan..tu biasa..saya pun sama..saya pun baru nak melangkah ni...

Kenapa saya pilih apa yang saya buat sekarang ni? Kenapa Shaklee?

Anda yang nak mula pun bebas memilih apa jua yang anda minati. Yang penting FOKUS!

Sebab bila kita fokus kita akan cuba untuk usaha yang terbaik dan buat dengan bersungguh-sungguh. Contohnya bila kita fokus nak berniaga baju, kita kena cuba cari background, cari customer, buat marketing dan segalanya berkaitan baju tu..ha boleh ke ni? 

Meh nak bagi kata-kata sikit..hee
“Orang yang berjaya bukan sebab mereka hebat, tapi mereka sentiasa istiqamah.” Sifu Siddiq

Istiqamah ada kaitan dengan fokus. Orang yang fokus, luar biasa kerjanya. Dia sentiasa on track. Andai terkeluar daripada landasan, dia akan cepat-cepat back on track.

Hebatnya seorang yang fokus, ibarat kanta pembesar yang dapat membakar sekeping kertas yang difokuskan dengan cahaya matahari. Walau cahaya itu hanya sebesar jarum tirus.

Apabila berbincang tentang fokus, punca bertangguh adalah tidak fokus. Apabila kita tidak fokus, kita akan banyak buat kerja merapu. Ada pepatah yang saya pernah baca,

“Kita selalu buat kerja yang tidak perlu berbanding perlu.”

Sebagai contoh, kita ada 5 tugasan kecil pada hari ini. Apabila tiada fokus, kita buat tugasan yang lain, yang akan melambatkan proses penyiapan 5 tugasan kecil itu. Sedangkan, dalam masa 24 jam, tempoh itu lebih daripada mencukupi untuk siapkan tugasan kecil itu.


~Aisyah~
SID anda semua
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com
FB: Radin Siti Aisyah

No comments: