Thursday, 28 August 2014

Kisah Si Tukang Kayu

Tiba-tiba nak bercerita lah pulak kan..haha..bukan apa kita ni suke dengar cerita kan..Ha apa kata kali ni saya share satu cerita pengajaran untuk semua. baca baca jangan tak baca tau...

Begini kisah Si Tukang Kayu
Setelah berkhidmat terlalu lama,dia decide nak berhenti keje
Bos merasa sedih,sebab pekerja yang talented dan paling lama
Sebelum tukang kayu berhenti keje,bos ada permintaan terakhir

Bos dia minta buatkan sebuah rumah lagi..
Si tukang kayu..dengan berat hati...dengan perasaan terpaksa...
Cuba siapkan rumah yang diminta..tetapi dia membuat pekerjaan yang disukainya itu secara ala kadar..kerana dia nekad untuk berhenti keje..
dan dia tidak mahu lagi menukang

Dia hanya menggunakan material yang biasa2 sahaja..proses menyiapkan pun sekadar melepaskan batuk ditangga..janji siap.Akhirnya..rumah yang dibina pun siap...Rupanya bos si tukang kayu ingin menghadiahkan rumah itu kepadanya.
Alangkah terkilannya dia..jika dia membuat rumah itu sepenuh hati dan menggunakan segala material yang terbaik..sudah tentu rumah yang terbina...rumah yang terbaik untuk didiami...

tetapi apakan daya...rumah yang dibuat cincai dan sekadar ala kadar itulah yang perlu didudukinya...

Begitu lah kisah si tukang kayu. Moral of the story,
sentiasa buat dan usaha yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan..baik dalam kehidupan mahupun bisnes...

Ni apa yang leader saya pesan..

Ada org yg nak berjaya, nak cipta kehebatan tapi usaha ala kadar..
Sedangkan kalu buat yg terbaik.. diri sendiri juga yg dpt manfaatnya..
betul la tu kan..nak cakap kat mulut je memang tak jadi kan
hanya sekadar MIMPI

Pastu dia pesan lagi...
Buatlah yg terbaik sekali dlm.hidup
Usaha sungguh2 seolah2 itu saje peluang kita utk cipta kejayaan..
HIDUP INI ADALAH PILIHAN
Kita sendiri yg pilih nak berjaya.. atau nak main2..
Hari perhitungan milik Allah
Pastikan kita semua dpt masuk dlm barisan kemenangan.

Insyaallah..simple je cerita ni but inspired me (^_^)

No comments: