Friday, 29 August 2014

Herbal Blend 'Cream Ajaib'

Hai...Peh kemain tajuk kita hari ni kan..Herbal Blend. Ye memang ajaib tau. Memang saya ada pakai HB ni sebelum tidur sebagai lotion harian. Sapu kat tumit yang kasar tu..lembut sket dah jadinya.

Masa ammar 4 bulan dulu dia kena diaper rash tau.Abis gatal bahagian bawah tu kan.Saya pun cuba sapu dengan HB ni. Mula-mula tu dia nangis jugak pedih la gaknye tapi esok nye da baik dah..! Masa tu tak terfikir nak ambil gambar ke apa sebab dah risau kan..try je lah apply HB ni nasib dah okeh tau..

Tapi ni ada kes lain pulak ha...hari tu kes nye ammar duk menggigit lah masa menyusu. Memang pedih tu..emm..Pastu my friend kata sapu lah dengan HB ni. So kite cuba je lah kan ikhtiar. Lagi memang tahu produk Shaklee ni Selamat tak beracun. Bila dah apply first time tu tak pedih pun.lega pulak rasa bila dah letak HB ni. lepas 2 hari memang betul lah alhamdulillah luka dah kering.Ammar pun boleh minum macam biasa.Syukur..tapi tak boleh la nak tunjuk kan..huhu..

ni lah dia cream ajaib nya..
 Herbal Blend ni banyak lagi kegunaan dia. Antaranya lagi:

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Ini lah antara tujuan asal saya nak beli Herbal Blend pada mulanya sebab bila tidur selalu kena gigit nyamuk. Nyamuk kat rumah tuh memang tak makan saman dah, dia tak heran setakat Ridsect dan yang seumpama dengan nya.. Kesan gigitan nyamuk slalunya susah nak hilang.. Alhamdulillah lepas sapu Herbal Blend nih mmg cpt je hilang bekas-bekas merah gigitan nyamuk..

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah saya sejak dahulu lagi. Pernah cuba macam-macam jenis krim mahal beli kat pharmacy. Tapi, tak berapa nampak hasilnya. Tapi, sekali pakai Herbal Blend, memang puas hati. Lembut je tumit kaki I gituu..

3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh sapu Herbal Blend.. InsyaAllah luka cepat sembuh nanti :)

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi. Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat..

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang..

6. Ruam pada baby
Baby sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Baby kan masih kecil, kulit dia baru jer nak sesuai dengan persekitaran. So just sapukan jer Herbal Blend. Herbal Blend nih akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian kat baby nanti..

 7. Sebagai daily lotion
Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak so sememangnya selesa digunakan :)

Credit to : alinalan.blogspot

Kenapa Herbal Blend menjadi pilihan saya?

Sebab Herbal Blend diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi ! So semestinya ia SELAMAT. baby pun selamat pakai ni apatah lagi kita.That's why I Love SHAKLEE :D

Antara bahan-bahan dalam HB ni adalah:-

Sage

Bila Si Kecil Sudah Bergigi

Assalamualaikum..hai..hari ni nak cerita tentang GIGI..bukan gigi kita tapi gigi si manja a.k.a gigi susu..yang terdetik nak cari tentang gigi ni alkisah nye. Bos kecil kita ni dah tumbuh gigi..yeahh...tau tak apa fungsi gigi susu nih..boleh la dia nak gigit n kunyah makanan..ummi da mula bagi finger food da.ari tu bagi dia cekodok nasi punya la suka.berlari datang kat ummi..sukenye yeayy...

Baca tanda-tanda bayi anda sudah sedia untuk makan

Suka-suka jugak tapi bila dah menggigit..ehe..(O_o)

Ye la faham je bukan niat dia nak gigit. gigi susu ni fungsi dia sebenarnya kan untuk:

  1. Mengunyah makanan, sekaligus membantu perkembangan tulang dan otot rahang.
  2. Membantu proses perkembangan bicara balita
  3. Membuka jalan, tempat atau ruang untuk pertumbuhan gigi tetap
  4. Mempermanis penampilan si kecil, misalnya saat dia tersenyum
Baby kot hati bersih sebersih kain putih tak de niat pun nak gigit kita kan..ummi dia macam biasa la setiap perkara baru ammar mesti nak ambil gambar. Ha tengok manis je senyum kan..

Ammar kata,"Saya dah ada 2 gigi..sekarang da tumbuh lagi satu kat atas..hee comel tak saya? ,"

punye la susah..gerak2 je budaknye.ehe
Masa ammar mula2 nak tumbuh tu..hairan jugak tengok asyik nak gigit kain je.kain napkin ke, baju,apa2 lah yang dia boleh gigit, jari dia ke..lepas tu banyak air liur keluar. Oh ada lagi satu dia demam tapi tak kuat lah..sekejap je alhamdulillah..

Ni ada lagi tanda yang lain yang aku jumpa dalam en google. Check it out...

Tanda-tanda gigi susu pertama tumbuh
  • Air liur lebih banyak dan sering menitik keluar
  • Menggigit-gigit benda yang agak keras, karena gerahamnya terasa gatal
  • Sering memasukkan jari-jari tangannya ke dalam mulut
  • Bayi terlihat gelisah, tidak duduk diam, atau menjadi mudah marah (sensitif)
  • Gusi bayi terlihat membengkak dan berwana kemerahan, seperti terkena sariawan(sore gums).
  • Nafsu makan turun dan sering susah tidur
  • Ada juga yang pipinya agak membengkak
  • Kadang-kadang, ada yang disertai demam (kalu terdapat gejala seperti demam yang tidak turun-turun selama beberapa hari, atau diare, Yang ni lebih waspada lah ye kalau ada serangan penyakit, misalnya infeksi sistem pencernaan) terus pergi jumpa doktor tau
  • MENGGIGIT JARI....GATAL GUSI.. SELALU MENANGIS AKIBAT SAKIT GUSI.. 
Ok seterusnya ni segan sket nak cerita. tapi sebab sayang nak kongsi ilmu ni dengan semua saya cerita lah jugak ye..huu..camni ammar kan direct feed jadi bila dah ada gigi ni mulalah kan nak gigit nipple ummi..(-__-)  

Sampai luka la jugak dibuatnye..patern dia ni bila da sudah tu dia nak main2..tak sempat ummi nak elak..adeh la hai anak anak...lepas tu apa tau ummi buat..tak sengaja sebenarnya. sebab sakit sangat dah ternangis depan ammar arif. dah sejak tu dia dah tak gigit lagi..ingat nak beli nipple shield tapi takot ammar tak suka pulak. Apapun basic dia kena BERITAHU ANAK JANGAN GIGIT MASA MENYUSU sebab sebenarnya bila dia gigit dia tak menyusu. So apa lagi cara yang boleh buat kan..

Tip elak bayi gigit semasa menyusu

1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya.

Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.
Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.
Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.

masa nih da mula nak gigit2 dah tau..

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,

 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."

Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.

gambar hiasan
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..

Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.

Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket cara nih...

Eceh ye je pesan..ye lah da jadi mak ni kena la rajin.kan kan..Ni ada jumpa artikel berkenaan tuam alat kelamin bayi lelaki..baru tahu kan..mak pesan tak nak dengar..ehe..em ok lah jom jom baca.

Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.

Thursday, 28 August 2014

Eksklusif untuk si manja dari ibu: Susu IBU :)

Ibu-ibu..bakal ibu..meh baca nih...


Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud :-

bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya.

Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.

Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Untuk membolehkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama 
selepas kelahiran bayi dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara berikut, 
antaranya adalah seperti:

❤Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.

❤Penyusuan secara eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makanan atau minuman walaupun air masak.

❤Ibu perlu menyusui mengikut kehendak bayi, iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada permintaan bayi.

❤Tidak memberikan sebarang susu formula atau puting kosong kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.

❤Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi.

Bagaimana Set Shaklee bantu MISI kita nih..baca SINI

Nak tanye hati ke hati dgn saya,

~Aisyah~
017-3468802 
Ummi Ammar Arif 
Fb: Radin Siti Aisyah

Mini Merdeka Giveaway

Join lagi segmen ni pulak..tambah kawan lagi ape salahnye kan kan...

Korang jom join ni,

ok done..salam merdeka..kalau nak join  giveaway ni klik SINI :)

Segmen Mrs. Mustache Bloglist


hee..saya join lagi segmen bloglist ni..saje nak tambah kenalan..fefeling muda pulak..:p

Jom nak join klik SINI 

Senang je..ajak 3 orang kawan lagi,




Tarikh tutup 1 September 2014

♡♡ Syarat lain yang menjadi keutamaan adalah blog sentiasa di update at least 3 minggu sekali.  

Ok dah..jom sambung baca lagi..ehe...

Kisah Si Tukang Kayu

Tiba-tiba nak bercerita lah pulak kan..haha..bukan apa kita ni suke dengar cerita kan..Ha apa kata kali ni saya share satu cerita pengajaran untuk semua. baca baca jangan tak baca tau...

Begini kisah Si Tukang Kayu
Setelah berkhidmat terlalu lama,dia decide nak berhenti keje
Bos merasa sedih,sebab pekerja yang talented dan paling lama
Sebelum tukang kayu berhenti keje,bos ada permintaan terakhir

Bos dia minta buatkan sebuah rumah lagi..
Si tukang kayu..dengan berat hati...dengan perasaan terpaksa...
Cuba siapkan rumah yang diminta..tetapi dia membuat pekerjaan yang disukainya itu secara ala kadar..kerana dia nekad untuk berhenti keje..
dan dia tidak mahu lagi menukang

Dia hanya menggunakan material yang biasa2 sahaja..proses menyiapkan pun sekadar melepaskan batuk ditangga..janji siap.Akhirnya..rumah yang dibina pun siap...Rupanya bos si tukang kayu ingin menghadiahkan rumah itu kepadanya.
Alangkah terkilannya dia..jika dia membuat rumah itu sepenuh hati dan menggunakan segala material yang terbaik..sudah tentu rumah yang terbina...rumah yang terbaik untuk didiami...

tetapi apakan daya...rumah yang dibuat cincai dan sekadar ala kadar itulah yang perlu didudukinya...

Begitu lah kisah si tukang kayu. Moral of the story,
sentiasa buat dan usaha yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan..baik dalam kehidupan mahupun bisnes...

Ni apa yang leader saya pesan..

Ada org yg nak berjaya, nak cipta kehebatan tapi usaha ala kadar..
Sedangkan kalu buat yg terbaik.. diri sendiri juga yg dpt manfaatnya..
betul la tu kan..nak cakap kat mulut je memang tak jadi kan
hanya sekadar MIMPI

Pastu dia pesan lagi...
Buatlah yg terbaik sekali dlm.hidup
Usaha sungguh2 seolah2 itu saje peluang kita utk cipta kejayaan..
HIDUP INI ADALAH PILIHAN
Kita sendiri yg pilih nak berjaya.. atau nak main2..
Hari perhitungan milik Allah
Pastikan kita semua dpt masuk dlm barisan kemenangan.

Insyaallah..simple je cerita ni but inspired me (^_^)

Monday, 25 August 2014

Sustained Release Vita-C Plus 500mg

Kenapa vitamin C Shaklee pangkalnya ada Sustained Release?

Maksudnya, setiap tablet Vita-C yang anda ambil, mengandungi 500mg Vita C tapi tapi... setiap tablet itu melepaskan 100mg setiap jam so tubuh badan kita ni akan sentiasa ada vitamin C pada kadar yang mencukupi! Tak perlu la lagi kita nak risau kita tak cukup Vita-C! 

brother ni pun layan sustained released vita-c plus 500g
Tahukah anda?

Tubuh kita sering kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian. Jadi, Vita-C Plus Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan insyaallah :)

Apa lagi yang best pasal Vita-C ni? 

  • 100% semulajadi 
  • Tanpa bahan pengawet 
  • Tanpa pewarna 
  • Tanpa bahan tiruan 
  • Halal 
  • Dapat kelulusan KKM 
  • Tanpa GMO 

Kebaikan Vitamin C

Vita-C Plus 500 mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin c yang diperlukan tubuh

Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan

Selain itu , Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin

Antaranya: membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. 

Vitamin C bantu pembentukan kolagen dan kolagen terbanyak di kulit
Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat. 

Ciri-ciri usahawan berjaya..eceh :D

Peh kemain tajuk kan..well well nak menuju kejayaan bukan perkara yang mudah kan...ni saya dapat dari group sokongan SHAKLEE. ha ni antara sebab saya jatuh cinta tau. Leaders kami tak penah sehari pun lupa nak bagi peringatan, santapan minda.makanan fizikal tu sudah tentu lah kan..

kami semua pengguna tegar SHAKLEE dan masing-masing dah rasa kebaikannya. Sebab tu nak anda yang sedang baca nih pun rasa sama. Ye betul banyak lagi produk di luar sana..tapi apa salahnya kita ambil kebaikannya utk bantu sesama kita kan. makanan sunnah tetap no1 ! jangan risau...(^_^)

Lagipun kalau nak bg usia SHAKLEE ni kan..dekat 58 tahun ha..tua sudah...memang berpengalaman dan stable insyaallah. Lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun dan lebih 350 ujian keatas bahan-bahan botani. So tak perlu risau k.cuma nya kena la cari SID yang berpengatahuan supaya dapat bagi konsultansi yang baik.ehemm..ehem...;p

Ha ok lah so apa yang saya suke dgn SHAKLEE ni lagi...kami ni juga diberi makanan rohani..semangat sentiasa dibakar..mmg terbakar lah..ni yg semangat nak jadi usahawan ni..jom mulakan sekarang..jom jom!


Kejayaan tidak berlaku sekelip mata. Ia memerlukan kerja keras, ketabahan dan berterusan memperbaiki diri. Setiap usahawan yang berjaya mempunyai cerita yang hebat untuk memberitahu. Sering kali, anda akan kagum dengan apa yang kebanyakan mereka telah melalui sebelum menjadi usahawan yang terkenal. Mereka adalah orang-orang biasa yang telah menggunakan minda mereka dengan cara yang luar biasa.

Berikut adalah ciri-ciri usahawan yang berjaya

1. Passion. 
Mereka benar-benar suka apa yang mereka lakukan; ia memberi tenaga mereka dan menjadikan mereka menjadi hidup. Ia tidak berasa seperti kerja, kerana mereka merasakan mereka  melakukan apa yang mereka dilahirkan untuk lakukan.

Sunday, 24 August 2014

11 tip penyusuan susu ibu yang kita perlu tahu

Assalamualaikum..ibu ibu..adik adik..kawan2 pembaca..hari ni saya nak berkongsi 11 tip penyusuan susu ibu. Ye lah bukan apa.tau kan susu ibu adalah susu yang terbaik didunia. Nak cerita keistimewaan susu ibu ni panjang lagi ha..

Jemput baca..klik to enlarge
Ramai sahabat yang saya kenal mudah berputus asa. Perkara yang selalu menjadi halangan adalah kerjaya dan tidak berdisiplin. Pentingnya KEMAHUAN dan KESUNGGUHAN SI IBU. 

Nak seribu daya kan..tak nak pun seribu la dalihnya..jom jom jom beri yang terbaik untuk si manja yeh..Ye lah since topik kita adalah tip penyusuan. so kita fokus kan pada 11 tip tu. Mari !

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. 

Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan. 

3. Minum banyak Air 

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air setiap hari.  Baca lagi kepentingan air

Kurus tu Cantik Ke?

Kurus tu cantik ke? Apa pendapat semua? 
Semua orang nak kurus kan..lelaki perempuan. Kononnya kurus tu cantik. Habis yang gemuk tu tak cantik ke..wah emosi pulak malam-malam ni kan.ha..

Kurus tapi tak sihat apa cerita pulak kan.makan pil kurus beli kat mane2 ntah.ish dahsyat tau lagi-lagi remaja nih. sampai memudaratkan diri.

tak mau ye dik..awak cantik dah...Believe in yourself..eceh..(^_^)


Ingat dulu ada kawan dia pulun lah tak makan nasi sampai seminggu.memang la berat dia banyak turun. lepas tu jadi letih dan rindu nak makan nasi.
Lepas tu dia rasa la nasi terus dia ambil dalam portion yang banyak dan naik lebih banyak.
bila da naik tu dia 'menyesal' dan tak makan nasi lagi. tu la dia Diet Yo yo..

Bahaya tau..!!

Sebenarnya bila dia buat camtu (tak makan nasi) berat turun. Yes sebabnya diet camni menyebabkan dia kehilangan lemak dan otot atau salah satu dari nya.

Bila otot hilang, metabolisme tubuh akan menurun dan hilang keupayaan
untuk membakar lemak. Jadi bila berhenti diet, badan tak mampu nak membakar kalori macam dulu. Akhirnya berat badan naik lebih cepat dan mendadak..

Meh akak bagi tip mudah untuk kuruskan badan dengan sihat.
SIHAT should come FIRST..bear it in our mind..:)

1) Elak makan makanan ringan

Ni penting sangat tau. ye lah siapa tak suka kan..akak pun suka.haha
Sesekali takpe lah.ni kalau setiap kali lepas makan jamu dengan kerepek,biskut,jajan apa-apa lah lagi memang abis lah kau.makan lah apa pun suplemen.confirm tak kurus..huu takot x?

Sebab apa tau..biasa nya makanan ringan ni dia takde khasiat yang lengkap dan tak baik untuk badan kita. Yang ada karbohidrat dengan kalori yang berlebihan plus bahan pengawet dan perasa tiruan.
BAHAYA tuh..emm

makanan seimbang sepatutnya mengikut piramid makanan. 

Sunday, 17 August 2014

Kisah Katak Yang Selesa

Pernah dengar x kisah si katak yg mati kena rebus. . 


Klau lum..meh nk citer... 

Katak.. klau kita didihkn air dan letak katak dlm air yg mendidih pasti katak tu terus melompat..so tak dpt masak katak dgn air yg didihkn dulu... 
So cuba tukar cara. 
Katak diletakkn dlm periuk air sejuk....
waaaa..katak kata selesanya air sejuk... sambil lipat kaki keatas.... nyehh nyehh...
Ok kitapun hidup kn api... Sikit2 air sudah semakin terasa panas.... 
Si katak kata...ohh air panas skit jer .. okey lagi..rilekss lahh brader.....  
menggerakkn tubuh utk myesuaikan diri dgn suhu yg semakin panas... 

Tuesday, 12 August 2014

Get Clean Water Pitcher

Air penting untuk tubuh badan kita..kenapa?

70% dari badan kita adalah air. Air yang cukup memastikana aliran darah dalam badan mengalir dengan baik. Bila aliran darah lancar organ dalam badan dapat berfungsi dengan baik . Makanya, kita akan SIHAT. Bila sihat insyaallah CANTIK lah kita..haa tak nak ke..

mudah je..minum air masak..minum...sehari 8 gelas air tau..bangun tidur minum air masak tau..

Tapi tapi air yang kita minum setiap hari tu bersih ke..nampak je jernih kan...kalau nak beli air mineral hari-hari bankrap la pulak kan..huu..so apa PILIHAN saya? Sudah tentu lah.....

GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE


Kenapa saya memilih Get Clean Water Pitcher ini?

Monday, 11 August 2014

29 Things Only a Pregnant Woman Would Understand

I love to read these so I want it to be paste in my blog so everyone can read it too..
I like to share this to all of you because only PREGNANT WOMAN  will understand these..(^_^)
NICE sharing from healthline.com

Morning sickness, insomnia, an ever-growing belly, and the long, agonizing wait of labor … it's all worth it! Enjoy these 29 things only someone who's endured the nine-month journey of pregnancy would understand.

1.What it feels like to be completely terrified and excited at the same time.


2.Morning sickness that lasts. All. Damn. Day.

Sunday, 10 August 2014

5 Jenis Vitamin Cantik

Cantik...dirimu buat ku tertarik...lalala.... 

Siapa tak suka cantik kan..ha cerita cantik hari ni..semalam pergi open house saya dapat satu apps yang best dalam playstore. camera360.

Pergh..

Memang best.mane tak nya. segala cacat cela hilang babe..memang seronok la kan..tapi semua tu PALSU sebab di alam realiti nya tidak..oh no no no...my hubby kata tipu semua tuh..

Sebab tu saya tekad..saya mahu..saya nak awak awak yang baca nih..kita kena sihat dan cantik ye..no editing..sikit2 tu takpe lah..ni jgn 360 degree la sangat..huu terkejut laki korang nanti..haha..

Kannn...so jom kita cantik cantik dari dalam dan seterusnye menjalar ke seluruh badan dan wajah kita INSYAALLAH...meh kita berkenalan apa 5 jenis vitamin CANTIK yang saya maksudkan...
 
Vitamin Cantik#1: Vitamin A  

Vitamin A adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit, mencegah kekeringan, kedutan dan penuaan kulit. Seseorang kekurangan vitamin A akan mempunyai kulit bersisik, gatal-gatal dan mungkin jerawat. 

Vitamin A juga memainkan peranan yang amat penting dalam membina semula tisu kulit. Retinoid, satu bentuk Vitamin A digunakan dalam rawatan penyakit kulit seperti psoriasis untuk mengawal pertumbuhan sel. 

Vitamin A boleh didapati dalam daging, susu, keju, telur, bayam, lobak merah, brokoli, kacang, mangga, betik, aprikot, labu. 

Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin A adalah CAROTOMAX. 

Vitamin Cantik#2: Vitamin B 

Petua Atasi Resdung dari UAA

Saya bukan penghidap resdung alhamdulillah tetapi ramai saudara mara, sahabat taulan yang menghadapi masalah ini yang membuat saya rasa tertarik untuk SHARE topik resdung pada hari ni. Harapannya semua dapat manfaat dari perkongsian ini dan berusaha yang terbaik untuk SIHAT ye.

Yes secara SEMULAJADI. (^_^)

Sebelum tu kena la berkenalan dulu dgn encik resdung ni..hai hai hai...please go away Mr Sneezing..Mr Resdung..go away!!

Apa itu Resdung?
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung iaitu frontal sinus, sphenoid sinus, ethmoid sinus, septum dan maxillary sinus.


Tanda-tanda Seseorang Itu Menghidap Resdung
 ✎ Hidung selalu tersumbat
Lendir dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat pada muka terutama kawasan di antara mata
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tak sihat berpanjangan
Gatal hidung, kerap bersin dan sebagainya

Saturday, 9 August 2014

Tip turunkan berat badan dengan SIHAT dan SEMULAJADI

Pertama sekali perlu di ingat bahawa menurunkan berat badan tidak hanya cukup sekedar bermodalkan niat.

Perlu ada tekad dan semangat yang kuat ya..


1) Mulakan dengan target yang masuk akal

Tetapkan target di awal program. Tidak usah terburu-buru. Jika berjaya turun berat badan sebanyak 0.5 kg satu minggu adalah sangat ideal. Jika terlalu drastik,dibimbangi akan memudaratkan kesihatan.

Untuk motivasi tambahan, keluarkan dari almari dan digantung pakaian lama (ketika slim)yang tidak boleh diguna lagi atas sebab kegemukan. Secara saikologi menjadi penguat semangat dan membantu mencapai target yang di inginkan.

2) Tidak perlu terlalu ekstrim

Tubuh yang sihat memerlukan 1,200-1,500 kalori setiap hari supaya tubuh tetap kekal sehat. Mengurangkan kalori sehingga 600 - 800 kalori setiap hari hanya akan memperlambat proses metabolisma tubuh.

Jika metabolisma berfungsi lambat, kesempatan untuk lemak ditimbunkan di dalam tubuh semakin besar. Akhirnya bukan menjadi bertambah kurus, malahan mengundang penyakit yang lain pula 

3)Percepatkan waktu sarapan pagi 

Cekodok Nasi Ikan Bilis UAA

Pagi-pagi ni rajin lak nak buat cekodok.bukan apa sebabnya ada pulak balance nasi putih ni sayang.so  makanya bercekodok nasi lah kita..haa gitu..lagipun tak elok membazir kan.oh selalu weekend ni la I ajak my hubby g breakfast kat luar.nak manja-manja sket kan..tapi pagi ni stay kat umah sebab tengah tunggu parcel SHAKLEE I sampai.see..mudahnye bisnes SHAKLEE ni kan..dunia dihujung jari je..eh terpromote pulak.sharing jap. (^_^)

Resepi asal boleh tengok SINI

Portion I buat nih untuk 2 orang je..memang sangat mudah...

Bahan-Bahan 
2 cwn nasi (1 pakai 1 cawan je..sebab tu je pun yg ade..hee)
2 cwn air (so air pun should 1 cawan la kan..)
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih 
1/2 cwn ikan bilis (ni 1/4 je lah)
2 1/2 cwn tepung gandum (tepung pulak 1 1/4 cawan..haa sume jd separuh..)
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus) 
sedikit garam 
Minyak untuk mengoreng 

Cara Membuatnya 
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. 
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. 
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. 
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. 
Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. 

sangat-sangat mudah abang kakak adik sekalian..paling penting SEDAP.....haha..tak dan nak ambil gambar dah kena ngap dgn en hubby..ni je lah yg tinggal..


Selamat Mencuba...(^___^)

Friday, 8 August 2014

Kenapa GLA dikatakan teman baik untuk wanita?

Assalamualaikum & Good Day Semua...

Yang bernama wanita, jom baca ni.

Kesihatan amat penting bagi seorang wanita kerana mereka memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan keluarga dan orang di sekelilingnya. Kita dapati yang wanita sering sibuk dengan kerja rumah dan karier mereka namun ramai yang tidak ambil peduli dengan kesihatan mereka.

GLA Complex Shaklee adalah antara vitamin yang menjadi kesukaan ramai wanita baik anak dara, yang dah berkahwin mahupun warga emas. Boleh dikatakan mereka amat sukakannya sehingga menjadi salah satu supplement wajib makan setiap hari!

Kenapa GLA dikatakan teman baik untuk wanita? 

Berikut adalah 5 kelebihan yang boleh didapati dalam 1 botol GLA  khusus untuk wanita. 

1. Melegakan simptom PMS dan senggugut 
Kandungan GLA yang terdiri daripada kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E berfungsi untuk melegakan kesakitan semasa datang haid, tidak kira sakit senggugut teruk ataupun sekadar lenguh-lenguh pinggang. 

Senggugut memang menggangu aktiviti harian kita
2. Memudarkan parut dan jeragat 
GLA juga boleh membantu dalam memudarkan dan menghilangkan jeragat dan kulit kusam. 
Antara faktor jeragat adalah termasuk hormon yang tidak stabil dan terlalu banyak aktiviti luar yang mendedahkan kulit terhadap cahaya matahari. 
GLA mengandungi vitamin E yang membantu dalam memudarkan parut dan buat kulit lebih berseri dan cerah sekata serta memperbaiki tekstur kulit. 

Selamat tinggal en parut
3. GLA menstabilkan kitaran haid
Fungsi utama GLA adalah untuk menstabilkan hormon. 
Kitaran haid yang tidak teratur adalah salah satu kesan akibat hormon yang tidak stabil. 
Kesan langsung daripada itu adalah berlakunya masalah kesuburan, dan sukar untuk merancang kehamilan. 
Kehamilan yang diimpikan setiap wanita
4. Membantu menambahkan kesuburan 

Thursday, 7 August 2014

Isu Shaklee, Israel dan Boikot

Bismilahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan akan datang lebih baik dari hari ini.

Memandangkan ada ramai orang yang bertanya tentang pendapat dan pendirian saya mengenai isu Roger Barnett sebagai salah seorang BOD untuk persatuan kebajikan yang dikatakan menyumbang kepada Israel maka dengan ini ada yang memberi pendapat bahawa produk ini perlu diboikot.

Maka saya dengan ini menyatakan beberapa perkara yang kalian sendiri boleh pertimbangkan serta dalam pada masa yang sama lakukan solat istikharah untuk lebih yakin dengan pendirian kalian sendiri.

1. Shaklee adalah syarikat yang tidak menyumbang kepada Israel.
Ini adalah terang dan jelas kerana ia tidak disenaraikan dalam mana2 senarai syarikat yang menyumbang kepada Israel. Shaklee sendiri mengeluarkan statement untuk menjelaskan kedudukan syarikat.

2. Melihat dari sudut persendirian atau hak perseorangan.
Kita semua mempunyai hak untuk menyalurkan duit kepada agama kita. Bagi yang Islam, saya yakin zakat sedekah dan infaq diterapkan kepada semua ahli agar mendapat keberkatan dari rezeki Shaklee yang kita usahakan. Begitu juga dengan yang bukan Islam, wang kalian pastinya kalian salurkan kepada gereja dan badan2 pertubuhan yang lain. 

EPO vs GLA. Apa kaitannye ye..?

GLA di kedai2 farmasi kebanyakkannya dijual dari sumber evening primrose oil (EPO). EPO mmg sinonim dengan wanita.

Soalan lazim: 
Apa beza GLA Dan EPO?Shaklee takde jual EPO?

Jawapan simple: 
EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada
EPO. tetapi RAMAI YANG TAK TAHU kepekatan GLA berbeza dalam kedua2nya.BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Soalan yang patut anda tanya adalah: 
Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA

satu lagi soalan.

Kenapa produk shaklee disebut GLA COMPLEX?Kenapa tak disebut minyak borage je?
 
Kerana GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik

Sekarang anda dah boleh jawab samaada nak beli EPO atau GLA Complex.

Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak.Jangan pening2.

Saya dan rakan2 saya yang cantik2 dan jelita semuanya memilih GLA Complex.

notakaki: Ingat yer, GLA Complex bukan sahaja untuk wanita. Ia juga penting untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa lelaki dan wanita.
Dapatkan GLA Complex anda sekarang!

Hubungi saya SID anda,
~Aisyah~
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com
 

Tuesday, 5 August 2014

Siapa kata boikot tak efektif?

Siapa kata BOIKOT TIDAK EFEKTIF? - Irfan Khairi 

Saya tidak pandai dan kurang faham politik. Sebab itu di facebook saya tak pernah pun menulis apa2 perihal politik. Tetapi, saya amat tahu dan faham mengenai perniagaan melalui pengalaman 14 tahun dalam bidang perniagaan dan juga konsultan/speaker kepada beberapa perniagaan besar dalam dan luar negara.

Izinkan saya mengambil masa 2 minit daripada anda untuk jelaskan bagaimana usaha boikot perniagaan-perniagaan yang membantu Zionis telah memberi impak teruk kepada mereka dan apa yang kita sebagai pejuang Islam perlu lakukan untuk terus membantu.

Baru-baru ini, dilaporkan, dua jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot, iaitu syarikat Coca Cola dan juga Mc Donalds. CNN melaporkan (satu lagi yang perlu boikot), kejatuhan nilai dua perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memboikot dua syarikat tersebut.

Di sini, perlu saya fahamkan anda, apa yang terjadi. 

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi. Inilah yang terjadi pada dua syarikat Coca Cola dan McDonalds.

antara produk yg menyokong Israel
Hakikatnya, boikot produk-produk Israel (Coke dan McD bukan produk Israel) dan juga produk yang menyokong Israel (Coke dan McD tergolong dalam yang ini), telah bermula bertahun-tahun lamanya. Sejak 2009, beberapa pasaraya besar Eropah telah mula menghentikan pengambilan stok produk-produk Israel. 

Monday, 4 August 2014

Kisah disebalik GLA Complex Shaklee

Meh kita berkenalan dengan encik GLA..(^_^)

GLA tu apa ye? 
GLA stands for Gamma Linolenic Acid – sejenis acid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – hormon yang membantu mengatur proses badan yang normal. Kebanyakan GLA di pasaran dihasilkan daripada EPO (evening primrose oil). 

Apa istimewanya GLA Shaklee?


Keistimewaan GLA keluaran Shaklee, ia diekstrak dari borage yang mana kandungan GLA-nya adalah 2 kali ganda lebih pekat dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic di kawasan Saskatchewan. 

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana adalah sumber terbaik Omega-6. Ia turut digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard – antioksidan alami yang dipatenkan. Bioavailabilitynya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu. 

Manfaat utama GLA Complex keluaran Shaklee:

Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina 

Mengawal estrogen dan testosteron – GLA membentuk proglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, melegakan simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. 

Menambah kesuburan wanita – Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup hingga 5 hari. 

Melambatkan menopause – memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, imsomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberikan tone kepada uterus untuk kulit lebih muda. 

Mencantikkan kulit – memperbaiki inflamasi kulit, eczema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

Mencantikkan rambut – memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

Pelangsingan – merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, etc. 

Menentang kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser. 

Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi. 

Menghalang tekanan darah tinggi – menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction. Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki. 

Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD) – terbukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Dapatkan nasihat dan konsultansi PERCUMA dari saya,

~Aisyah~
017-3468802
SID anda semua