Saturday, 26 July 2014

Petua Selsema dan Batuk Bayi

Penting jugak nak tahu cara atasi selsema dan batuk bayi ni..kalau dapat elak ubat elak lah...ari tu Ammar selsema kelam kabut jugak dibuatnya..makanya en google lah saya refer. mana yang baik boleh la jadikan panduan kan.

Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.


Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)

Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun
  1. Berikan satu sudu madu dan air suam kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas. Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak
  2. Bagi bayi selsema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit sahaja madu.
  3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang ^_^.
  4. Campurkan sedikit Vicks Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vicks Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. 
  5. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru -paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vicks Baby Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh- tumbuhan sahaja)
  6. Buang kahak dalam paru-paru Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja.  
  7. Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui najis.
  8. Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil supplement tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi bayi seperti, Nutriferon Shaklee, Vita-C, Vita-Lea dan Omega Guard 
Membantu meningkatkan imun ibu dan antibodi bayi

Petua Selsema dan Batuk Bayi
  1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin
  2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas- ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
  3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
  4. Sediakan sup ayam
  5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk
  6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi
  7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
  8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.

Apabila Bayi Demam
  1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, . celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
  2. Boleh guna Cool Fever pada dahi 3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga

No comments: