Saturday, 26 July 2014

Petua Selsema dan Batuk Bayi

Penting jugak nak tahu cara atasi selsema dan batuk bayi ni..kalau dapat elak ubat elak lah...ari tu Ammar selsema kelam kabut jugak dibuatnya..makanya en google lah saya refer. mana yang baik boleh la jadikan panduan kan.

Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.


Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)

Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun
  1. Berikan satu sudu madu dan air suam kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas. Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak
  2. Bagi bayi selsema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit sahaja madu.
  3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang ^_^.
  4. Campurkan sedikit Vicks Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vicks Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. 
  5. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru -paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vicks Baby Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh- tumbuhan sahaja)
  6. Buang kahak dalam paru-paru Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja.  
  7. Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui najis.
  8. Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil supplement tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi bayi seperti, Nutriferon Shaklee, Vita-C, Vita-Lea dan Omega Guard 
Membantu meningkatkan imun ibu dan antibodi bayi

Petua Selsema dan Batuk Bayi
  1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin
  2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas- ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
  3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
  4. Sediakan sup ayam
  5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk
  6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi
  7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
  8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.

Apabila Bayi Demam
  1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, . celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
  2. Boleh guna Cool Fever pada dahi 3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga

Wednesday, 23 July 2014

Tiada duga yang abadi

Layan pulak lagu ni malam ni..em mmg terasa menusuk lagunya..kalau drama tu bile pasang je lagu mmg la aku nanes..hihi..puteri nangis tul.:p

ok la..jom layann...salam ramadhan 1435h..da mlm ke 26 da ni..moga hari kita lebih baik dr smlm ye..:D

LIRIK LAGU Opick
Tiada Duka Yang Abadi 

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari Bunga yang mekar akan layu akan mati Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Tuesday, 22 July 2014

Beza vitamin natural dan vitamin sintetik

Assalamualaikum..malam ni nak kongsi apa bezanya vitamin natural n sintetik? 
Tetiba je kan..bukan apa..apa yang masuk dalam badan dan jadi darah daging kan..mesti lah kena tahu kan..

SHAKLEE adakah ia vitamin natural atau vitamin sintetik? Sebelum tu meh tgk apa perbezaannya.

Penghasilan 

Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya. 

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik. 

Keserasian dengan badan
Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
 ♥
Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. 

Basic H pencuci serba guna

Hari ni mode mencuci rumah..lalala..nak balik raya katanye..hee..
so semestinye sy perlukan en basic H2..my pencuci..❤❤


Pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960... cube kire dah brape tahun dah.. hmm..

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Untuk hari ni..sy gunakan untuk mop lantai dulu..mmg bersih berkilat.en semut pun da lari sume.hee..bersihkan semua2 lah..lap2 yg dah lame x lap tu..smgt nk raya gitu..

kebetulan ammar pun tak berapa sihat.maka nya sy pun ambil air dan 2 titis basic H2 dan jerlum si kecik ni..

ha ade byk lg kegunaannye tau..try n explore sendiri! 

Dapatkan Basic-H sekarang?

Hanya RM46 untuk 1001 kegunaan..(^_^)


Atau dapatkan harga ISTIMEWA dari saya!

Hubungi saya,

~Radin Siti Aisyah~
017-3468802
FB: Ummi Ammar Arif

Sunday, 20 July 2014

multivitamin pertama di dunia


KLIK IMAGE..

Atau dapatkan harga ISTIMEWA dari saya!

Hubungi saya,

~Radin Siti Aisyah~
017-3468802
FB: Ummi Ammar Arif

Saturday, 19 July 2014

Kenapa ibu hamil sangat perlukan kalsium??

Ha bila sebut kalsium je mesti orang fikir susu je kan..tidak sebenarnya..apa pula kepentingannya.saya da ade cerita sebelum ni..BACA SINI

Ni pula artikel yang menarik tentang kepentingan kalsium..jumpe di SINI.

Jemput baca ye...(^_^)

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang. Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka. 

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil?

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad. 

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium. 

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau. Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. 

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang. Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa. 

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.


“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya. 

Thursday, 17 July 2014

Petua Rawat Sembelit

                                         

Sembelit adalah pergerakan usus yang tidak kerap yang tidak selesa. semua da tau la kot kan..memang seksa kan..aish masa preggy dulu macam terkena jap. memang la seksanya. Individu yang kena sembelit akan menyebabkan susah buang air besar.

Antara sebab berlaku sembelit adalah:-

kurang minum air, kurang makan sayuran dan buah serta makanan yang tak dihadam dengan baik.

Bila di tanya, apa supplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit, anda boleh cuba supplemen yang mengandungi magnesium. 

Bagaimana Magnesium boleh membantu mengelakkan sembelit? 

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut. 

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme: 

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit. 

2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik. 

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplemen magnesium. 


Shaklee ada menyediakan sumber magnesium juga tau. Kita panggil dia Ostematrix :)


Moga kita same2 cepat sihat ye insyaallah..

Dapatkan OSTEMATRIX  shaklee dari saya -----> KLIK SINI

Salam sihat dan cantik,

~Aisyah~
017-3468802

Monday, 14 July 2014

cara buat masker vit e dan esp yg best

ha kan..slalu buat makan je kan..apa kata buat masker pulak..malam2 lepas terawih tu boleh la cuba kan jap..hee..

salam nuzul quran..17 ramadhan 1435. 

Pray For Gaza !!!

 perit betul hati bila melihat kezaliman, anak kecil wanita yang tak bersalah pun ikut kena tempias.
sama-sama kita buat semampunya untuk membantu mereka ye.

Bom di sana sini..
anak kecil pun jadi mangsa!

Saya sangat sedih baca apa yang wanita ni sampaikan.

 

 Jadi apa yang kita mampu dan boleh buat adalah:

Jom kita sama-sama cuba yang sebaiknye k..kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua. bantu umat islam di sana. hargai keamanan yang kita dapat sekarang ni..

Saturday, 12 July 2014

Mama cantik Si manja sihat

Assalamualaikum..hai mommies..camne berpuasa hari ni..harap semua baik2 la ye.
Mommies yang susukan badan or pumping tu ok ke..teruskan usaha tau..mmg la bulan puasa ni kita tak dapat minum waktu siang tapi tak semestinya kita tak cukup air..ha gitu..

Teruskan usaha tau...tau tak kenapa??
Salah satunya ibu boleh cepat kuruskan badan selepas bersalin sebab banyak lemak dah pergi dekat baby. Hehe. 

Antara kebaikan-kebaikan lain ialah:
[✔] Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
[✔] Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
[✔] Mengurangkan risiko osteoporosis
[✔] Membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin
[✔] Mengurangkan risiko kanser payudara, ovary dan uterine
[✔] Mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah S.W.T
[✔] Dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak kita 

Sumber

Bagaimana Shaklee membantu...jemput baca ni ye. perlu ke ambil set penyusuan?
set penyusuan 3M..

ni sedikit sebanyak dapat lah membantu..saya sendiri da h cuba dan rasa.Alhamdulillah susu tu mengalir laju dan mancut2 la gak..hee..yang saya share ni secara keseluruhan..kalau takde sebarang masalah tak perlu pun ambil satu set ni..feel free to contact me k :)

Set bersalin Shaklee ni ada 3 jenis..boleh BACA SINI ye..

ha ok lah...kalau nak tanye pape..msg2 pun boleh ni..em ok sedap ak mkan sambil nanes..

Salam sihat dan cantik,
~Aisyah~
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com


Friday, 11 July 2014

Segmen Blogwalking "Pink Lady"

http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/07/2-segmen-blogwalking-pink-lady.html
Ari ni kita jalan-jalan lagi dan terjumpa segmen ni..tgk 'pink lady' terus la I join kan..even my blog ni takde ciri warna pink tapi sebenarnya I memang penggemar warna pink tau. cuba tgk my pic dgn hubby n my son..I  pakai warna pink kan..(^_^)

Em kisah suka duka ye..since I sekarang ni WAHM kan..suka la I nak cerita pengalaman selama 8 bulan di rumah. memang satu pengalaman baru menjadi seorang ibu.setiap hari melakukan rutin yang sama tanpa henti. dulu wonder tgk mama boleh buat semua macam tak reti penat. Then nanti bila you da jadi mummy you will find the POWER. yes that's the word..hee..

My push factor of course my son Muhammad Ammar Arif. I nak tgk dia membesar depan mata. Moga diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan niat murni ni ye..pray for me ye..

Oh nak cerita lagi..I ni budak account tau..so memang la tak pandai nak bisnes nak buat marketing semua. but I manage to do it alhamdulillah sebab kami ada group support yang sangat kuat. syukur ditemukan dgn leader yang baik..

Em ok lah..panjang lebar dah cerita nih..takde cerita pasal pink pun kan..hihi but the things is I memang suka warna pink..yeah...tp my blog ni warna hijau sbb suitable dgn my bisnes which is natural suplemen..

Ok dah..thanks sudi baca sampai habis..;) :)

Puisi yang menyentuh hati

Puisi ni sy baca dalam blog PM Cery..memberi erti dan pengajaran buat sy..
Meh layan jap malam2 ni..

Ketika usahamu dinilai insan lain tidak penting sama sekali,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar keikhlasan dalam diri.
Ketika hatimu terluka kekecewaan yang amat dalam,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang memaafkan.
Ketika kau dilanda resah dan kecewa ,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang kesungguhan.
Ketika kau merasa sepi dan sendiri melanda hatimu,

Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang keteguhan.

Ketika kau harus membayar perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kemurahan hati.

Maka :

Tetaplah bersemangat
Tetaplah bersabar
Tetaplah tersenyum
Teruskan belajar...
Kerana kita semua sedang menimba ilmu di Universiti Kehidupan....
Ingat Tuhan menjadikanmu di tempat kamu sekarang, bukan kerana kebetulan....
Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui :
.....Kemudahan
.....Kesenangan dan
.....ketenangan
Melainkan mereka dibentuk melalui :
Kesukaran...
Tentangan dan

…air mata...

Kenapa perlu pastikan setiap hari kita dapat vitamin C ?

Assalamualaikum..salam ramadhan 13..petang-petang ni teringat lah pula vitamin C.dulu-dulu time kecil suka bila mama bagi vitamin yg rasa oren lah..bentuk bintang.bentuk love lah..I like..<3

ha sape ade makan ni..sy mmg suke..dapp
 Sebenarnya kan kita boleh dapat vitamin C dari makanan harian kita. Antara buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C seperti jambu batu, kiwi, betik, brokoli dan sebagainya. 

sumber vitamin C
Sebab tu baby digalakkan dikenalkan dengan buah-buahan dulu sebab vitamin C ni larut air. Vitamin C ni ada lagi ramai kawan2 dia seperti vitamin A, B, E, K dan sebagainya. ni kalau nak cerita pun panjang lebar lagi. Nanti saya cerita sikit2 dalam entry yang lain k..santai2 je. nanti fakta sangat nantok pulak kan..hihi.. Boleh baca ni best jugak untuk pengetahuan ye (^_^)


Ok memandangkan tajuk kita vitamin C..tau tak kenapa kena makan makanan sumber vitamin C ni. Ha tapi ramai antara kita yang tak suka makan buah dan sayur kan..kan kan..
tak mau lah camtu ye..

Tau tak vitamin C ni untuk apa?

1. Imuniti
Paling penting untuk imuniti kita. Dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka.
Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

2.Antioksidan
Antioksidan tu untuk apa ye..?  Untuk menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan seperti selsema, batuk.

For me personally kalau ammar selsema kan...ummi akan makan sumber vitamin c lebih sikit..ha sbb dia menyusu badan kan..then kalau tak jadi gak baru kita cuba remedy lain yg secara semulajadi. ubat tu last option lah ye..cian baby nanti..ok2 fokus seterusnya..

3. Hypertension
ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi. so jom mula jinak2 makan buah n sayur ye..

4. Kecantikan kulit
banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik sebab ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang.
Jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang. then dapat lah mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini. dan memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam insyaallah.

Bagaimana Vita C Shaklee bantu kita dapat bekalan vitamin C setiap hari??

Kena la ambil vitamin setiap hari kan..insyallah..mmg berbaloi baloi dan jimat serta dapat kebaikan untuk kita semua mudah-mudahan nya..



Shaklee ada menyediakan dua jenis vitamin C.saya cerita satu persatu ye :)

Sustained Released Vita-C Plus
Ha okeh apa bezanya dgn vitamin C di luar sana..bezanya sustained relesed tu lah..apa dia tu?


Sustained-Released (atau Time-Released), atau dalam Bahasa Melayu bersifat "pelepasan masa". Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini?
     
(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.


Chewable Vita-C Plus 100mg
- Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
- Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
- Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
- Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
- Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
- Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan

- 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
- Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda

Yang Best Bila Orang Dewasa Makan Chewable Vita C Shaklee

- Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
- Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga KESEGARAN vitamin
- Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan
  malam)
- Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga ^__^

Ada orang kata kalau SR Vitamin C Shaklee dah habis lebih baik makan oren banyak-banyak setiap hari. Pendapat itu bagus, tetapi sepatutnya mempelbagaikan jenis buah dalam diet harian anda dan mengambil supplement vitamin c  sebagai pelengkap manfaat vitamin c yang diperlukan oleh tubuh anda.


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Ha ok la dulu ye..sampai sini dulu..nanti saya cerita lain.Jom pastikan kita dapat bekalan vitamin C yang cukup setiap hari...(^_____^)

Dapatkan vitamin C terus dari Shaklee -----> KLIK SINI

Atau nak dapatkan konsultansi.boleh hubungi saya terus ye..

Salam sihat dan cantik,

~Aisyah~
017-3468802
SID anda semua