Thursday, 19 June 2014

Persiapan Ramadhan untuk ibu menyusu


Assalamualaikum wbt.sihat ke? 
memang teruja sket nak menghadapi ramadhan tahun ni sebab tahun ni saya akan berpuasa dan menyusukan ammar arif.Alhamdulillah diberi peluang utk merasa menjadi seorang ibu dan menyusukan si kecik tu. Moga dapat kekuatan hingga Ammar 2 tahun nnt lah mudah-mudahannya.

So menjelang RAMADHAN ni, apa persiapan yang boleh kita buat ye??

1. Banyak minum air

Minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu kurang pada siang. Minum 2 liter atau 8 gelas air sehari. 

2. Bersahur

Perlu bersahur setiap hari. Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.

3. Makan kurma

Sahur dan terus berbuka dengan kurma untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu yang keletihan sepanjang hari. Atau minum shake kurma yang dicampur susu soya. Lebih elok tambah oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lama, selain oats juga membantu menambah susu badan.

4. Banyakkan buah & sayur 


Tapi bagi ibu yang masih pantang tak elok makan sayur dan buah yang 'sejuk' seperti ulam, pucuk ubi kayu, kekacang, paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu dan air soya --sayur yg berdaun hijau mcm sawi pon boleh banyakkan susu...

5. Minum coklat

susu coklat.sedap pulak hai tgknye..
Ibu yang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu kurang. Akibatnya bayi mudah lapar dan ingin menyusu lebih kerap. Pastikan diet ibu mengandungi lemak yang mencukupi - makan keju, mentega, atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur. Alternatif boleh ambil pil kalsium a.k.a Ostematrix

6. Makan madu 

Amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga sumber tenaga yang hebat dan semulajadi.--bancuh dalam air pon boleh...letak sesudu bersama air suam...ehmmm...sedapp

7. Kurangkan minuman bikarbonat 
kurangkan (atau jangan minum langsung) minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat dan minuman berkafein seperti kopi.--minuman berkafein boleh mengurangkan penyerapan nutrisi...kalo tak boleh tinggalkan juga..kurangkan jumlah nya...atau buat nipis2..

Credit to: wansu1975

Basically camni lah, ambil dari blog mama cery

Amalkan pemakanan seimbang.ikot piramid makanan.

Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.

Ambil supplemen –ESP,Meal Shakes,Performance Drink,tablet2 vitamin

 Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.

Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.

Ceria2 selalu.

Jaga fizikal-banyakkan rehat,tidur cukup,etc….jauhi stress

Psikologi-fikir positif insyaAllah susu cukup utk si kecil..banyakkan doa & istigfar

So ilmu dah ada kan..tinggal lagi nak buat ke tak nak je ha..Ilmu tanpa amal kan..yang paling penting tu sama-sama kita berDOA minta tolong dari ALLAH SWT ye. moga kita semua diberi kekuatan utk lakukan amal ibadah puasa ni dgn baik kan..aaminnn...

Jom Berpuasa dengan Gembira dan Shaklee,
~Aisyah~
017-3468802
FB: Radin Siti Aisyah
 

No comments: