Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda
akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat?
Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan
membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua.
Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat
dari usia muda belia:
1) Senaman membina peribadi positif
Bersenam akan
meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan
bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di
samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke
permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya,
kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan
dikecapi sepanjang hayat.
2) Merokok menambah usia wajah anda
Tar dan nikotin dalam
rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia
mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang
rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah
halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.
3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua
Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan
berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana
lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan
meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit
jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia
muda.
4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35
tahun
Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang
yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan
penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan
30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput.
Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin
dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga
senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.
5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain
Sebagai isteri
dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai
perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat
penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah
seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda.
Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari.
Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara.
Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa
santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan
masa berkualiti untuk diri sendiri.
Semoga terus kekal cantik ya..!!
Salam cantik dan sihat,
~Aisyah~
Dapatkan Produk SHAKLEE dari saya ---> KLIK SINI
atau PM/Whatapp je 017-3468802
2 comments:
yang senaman selalu tu yang susah. hehehe
hihi..kalau buat dpt la cantik dan sihat tu kan..:)
Post a comment