Monday, 30 June 2014

Petua puasa ketika jerebu, El Nino

Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.

Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.

"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.

Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.

Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.

Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.

Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.

Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.

"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.

Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.

Friday, 27 June 2014

Set Combo Berpuasa Shaklee (^_^)

Assalamualaikum..
Tinggal esok je lagi nak berpuasa kan.Sama-sama kita berusaha yang terbaik ye.
Moga Ramadhan tahun ini 1435H lebih baik dari tahun yang sebelumnya ye.

Ramadhan bulan Nyah Toksin!

Setelah 11 bulan kita makan dan minum. Kini tiba masa untuk perut kita berehat. Allah..dari segi itu pun kita da nampak hikmah berpuasa tu kan.Perut pun kena berehat tau..

Masa Ramadhan ni la kita kena menahan lapar dan dahaga serta menahan hawa nafsu dari melakukan dosa dan perkara-perkara yang tak baik insyaallah.


Set COMBO Berpuasa Shaklee

Set Combo Berpuasa Shaklee ni dikenali juga sebagai 3 MIGHTY GEMS...

3 jenis yang gagah perkasa ni terdiri dari :

Meal Shakes
  1. Membekalkan 19 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh dan ia amat perlu bagi proses tumbesaran dan mengekalkan kesihatan.
  2. sumber yang kaya dengan kalsium dan membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  3. Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka puasa dan sahur kita.
ESP Soy Protein Isolate Powder
  1. Merupakan minuman rendah lemak,bukan GMO secara biologinya mempunyai kandungan protein yang lengkap dengan kandungan sembilan(9) asid amino perlu dan 14gm protein soya sihat bagi setiap hidangan.Rasanya yang enak dapat memberikan tenaga pada tubuh dengan protein soya yang berkualiti tinggi.
  2. Membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan.
  3. Sebagai pelapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidrolik di dalam perut.Oleh itu dapat elak rasa kepedihan perut dan ulu hati.Sesuai yang menghidap gastrik.
  4. Gabungan ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manla kesayangan anda sepanjang bulan Ramadhan.
Minuman Performance berperisa oren
  1. Mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LTYE dengan campuran untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.
  2. Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi.
  3. Memelihara tahap gula darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  4. Menjadi pilihan ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan mengurangkan rasa dahaga.
PILIHAN HATI Untuk Persediaan Puasa

Combo A (Full Set Mighty Triple Gem)
ESP + Performance Drink + Mealshakes
= Sangat sesuai untuk ibu menyusu, Wanita Hamil, Orang tua.


Combo B
ESP + Performance Drink
= Sangat sesuai untuk penghidap gastrik dan Mereka yang selalu sibuk & kerap terdedah dibawah matahari


Combo C
Mealshakes + Performance Drink
= Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar untuk berpuasa.


Resepi ESP tu boleh refer ke,

Pelbagai Resepi ESP

Basically, Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila,
gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat.
Ia mengandungi  9 asid amino yang lengkap untuk keperluan tubuh dan
mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa insyaallah.

Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. 
Merupakan minuman kegemaran atlit (seperti 100 plus). 
Mempunyai perasa oren. 
Performance drink menjadi pilihan mereka yang berpuasa.

Dapatkan SET ini untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement B-Complex, Vita-Lea dan Vita-C semasa pada mlm hari untuk tenaga keesokkan hari. 


Salam cantik dan sihat,

~Aisyah~

Dapatkan Produk SHAKLEE dari saya ---> KLIK SINI

atau PM/Whatapp je 017-3468802


Kesalahan dalam penyusuan susu ibu

Malam ni sambung entry tentang penyusuan susu ibu lagi..untuk pengetahuan ibu-ibu, bapa-bapa pun lagi bagus.ha gitu baru bapa mithali kan..:) 

Nak dapat anak ni..antara persediaan kena lah ada ILMU..kan kan..baru lah kita tak terkejut..baca ni eh..take note eh antara kesalahan dalam penyusuan susu ibu..

1. Memberi anak susu formula di awal kelahiran kerana ingat susu badan tak cukup 

Baby yang baru lahir mempunyai perut sebesar guli saja. Kalau baby kerap menangis bukan bermakna baby tu lapar. Ada banyak sebab lain kenapa baby menangis. 

kecil je perut baby kita kan..
Common mistake yang sering ibu baru lakukan ialah memberi anak susu formula kerana menyangka susu badan tak cukup. Baby yang baru lahir akan kenyang dengan hanya minum colostrum. Jadi janganlah anda beri anak anda susu formula sebab bila anda dah bagi anak susu formula, ada kemungkinan besar baby anda akan reject susu anda. 

Jangan risau kalau susu tak keluar2 pada awalnya sebab kebiasaannya susu hanya akan keluar dengan banyak 3-7 hari selepas bersalin. 

2. Tidak pump atau direct feed 2 atau 3 jam sekali 

Ini adalah salah satu sebab kenapa susu badan sikit atau tak keluar langsung. Pertama kita kena faham dengan konsep supply dan demand dalam penyusuan. Lagi banyak demand (pump atau direct feed) lagi banyak supply (pengeluaran susu). 

Ingat dalam ekonomi je ke..penyusuan susu ibu pun ade tau
Bila kita pump atau bagi anak kita minum direct, otak kita akan menghantar signal dekat badan kita supaya produce lagi banyak susu sebab adanya demand yang tinggi. Kita disarankan supaya pump atau direct feed (lagi bagus direct feed sebab suction baby lagi kuat daripada pump) setiap 2 atau 3 jam sekali. 

Kalau anak kita tidur saja (which is normal) kita kena kejutkan anak kita secara lembut. Contohnya usap-usap pipi dia, geletek kaki dia atau basahkan sikit muka dia. Yang penting jangan bagi dia tidur saja. 

3. Kurang minum air 

Bagi susu ibu, 70- 80% kandungan adalah air. Jadi kalau kita kurang minum air, maka kuranglah susu badan yang terhasil. Kita disarankan untuk minum 3 liter air sehari. 

ni basic la kan..ingat tau MINUM :)
Kalau ikut pantang orang-orang tua memang tak kasi minum air banyak-banyak. Tapi kalau tak minum air tak ada la susu. Kita ikut cara yang moden ye :) 


Ada masalah penyusuan/breastfeeding ke? Tinggalkan email atau contact saya terus ye..insyaallah saya BANTU mana yang mampu. moga kita sama-sama dapat menyusukan anak dengan gembira.
Berikan yang terbaik untuk si manja kan...


Salam cantik dan sihat,

~Aisyah~
Dapatkan Produk SHAKLEE dari saya ---> KLIK SINI
atau PM/Whatapp je 017-3468802


menu rohani 30 hari ramadhan

Assalamualaikum...
Ramadhan tinggal sehari ke..rasa seronok pun ade.debar pun ade nih..moga ramadhan tahun ni lebih baik dari yang lepas la mudah-mudahan kan..ni saya dapat dari group whatsapp.boleh la nak 'cuba' menu nih..hee


Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini:

1. Tilawah alQuran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri mkn org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap mlm minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil
Memahami maksudnya.
11. Ziarah org yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih mknn sunnah sbg menu harian.
14. Elakkan membeli mknn dr tgn2 org yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, bykkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dgn sifat rendah hati krn Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dgn sempurna
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati drp perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbykkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga. (suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri utk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kpd Allah dikala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah didalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir buat kita.

Salam Ramadhan (^_^)

~Aisyah~

Dapatkan Set Persediaan Puasa dari SHAKLEE dari ---> KLIK SINI
atau PM/Whatapp je 017-3468802

Perlu ke nak ambil set penyusuan Shaklee??

Salam ramadhan...dah penat berjalan-jalan blog kawan-kawan baru.hee..
fokus lah ecah.balik buat kerja.ok lah petang ni nak cerita set penyusuan Shaklee.Itu lah yang saya sedang ambil sekarang nih.Alhamdulillah..si manja ni masih meyusu badan ..(^_^)

Sebenarnya kan, Set Penyusuan Shaklee bukanlah faktor utama yang menyebabkan susu badan jadi banyak. 

Pertama sekali ibu-ibu kena faham dengan konsep penyusuan yang asas iaitu 
Demand (permintaan) vs Supply (penghasilan susu). 
Lagi banyak permintaan (lagi kerap bayi disusukan / lagi kerap kita pam susu), lagi banyak susu badan akan dihasilkan. 

 Jadi kalau kita kerap susukan bayi, susu akan jadi banyak, jadi tak perlulah ambil vitamin / suplemen dari Shaklee? 

 Pengambilan vitamin perlu diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat dan bertenaga dan organ-organ dalaman yang menghasilkan susu boleh bekerja secara cekap dan effektif. Kalau badan ibu tak sihat dan kekurangan zat, macam mana badan nak bekerja dengan effektif untuk menghasilkan susu yang banyak? 

Tau tak..dengan pengambilan vitamin ni akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan kalau ibu ikut perkara yang ASAS nih..

dengan DISIPLIN dan KONSISTEN tau :)

TIP PENYUSUAN SUSU IBU

  1. Menyusukan bayi secara direct atau membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2 atau 3 jam sehingga payudara benar-benar kosong. 
  2. Minum air yang banyak, sekurang-kurangnya tiga liter sehari kerana komponen utama dalam susu ibu ialah air. Kalau badan kekurangan air, kuranglah susu badan akan dihasilkan. 
  3. Tidak mengamalkan 'crash diet' atau cara pemakanan yang tidak sihat. 
  4. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan susu yang banyak dan 
  5. berzikir 'Ya Matin' ketika menyusukan anak atau ketika menyepam susu.

Nak dapatkan cadangan set penyusuan Shaklee.boleh refer kat SINI ye..(^_^)

Salam cantik dan sihat,

~Aisyah~

Dapatkan Produk SHAKLEE dari saya 
PM/Whatapp je 017-3468802


Giveaway Ramadhan

Nak join jom klik SINI

pastu kena jawab soalan...

a) apa blog bisnes suami  amal?

b) tahun ni 1 Ramadhan 14 _ _ h ?
1435 h

c) berapa umur Thaqif ?
1 tahun 5 bulan

5 - tag seorang atau 2 atau lebih kawan blogger

6 - tolong ucap terima kasih pada diri sendiri sebab sudi join hehehehe
terima kasih..hee

hadiah? saya nak socks utk anak bujang.uhu..anakku baru nak masuk 8 bulan amal..
xpe lah..layan je..hee good luck ye..

blogwalking SEBELUM puasa


nak jugak join kan..hee..meh klik SINI kalau nak join gak (^_^)

Thursday, 26 June 2014

Gembiralah wahai ibu yang menyusukan

Dihari jumaat yg mulia nih..suka lah saya nk share kebaikan ibu yg menyusukan anak..anak insyaallah dpt faedah yg sangat BANYAK dari susu ibu.sihat dan comel je..kann..

buat ibu yg menyusu..berbahagialah anda..❤

1) " Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala dari tiap - tiap titik susu yang diberikannya." 

 2) "Jika wanita menyusui anaknya sehingga 2 1/2 tahun maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya." 

 3) "Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala satu tahun solat & puasa"
 

Lagu Suami untuk Isteri!

Alamak...bahagianye dengar lagu ni..sukenye...baca lirik dia memang terharu la dengar. My hubby not that romantic but I know dalam hati dia I'm only the one insyaallah...

hee ni la lagunye dari suami untuk isteri. bf gf tak kire okeh!!

You Are The One by Raef


I thought of this before over a million times
Who would've ever thought that it would be our time?
I just know it, 'cause you're the one
It ain't a selfish love, when I'm with you
You remind me of Allah, and so I know it's true
I'll just say it: you are the one

Chorus:
Won't you be my BFF (best friend forever) and ever?
Won't you be my partner after this world?
We'll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, 'cause you're the one for me

I never thought that I would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I'll just say it, 'cause you're the one
And when times are tough, and we've got the world to see
Standing right beside you is where I want to be
I just know it: you are the one

CHORUS

I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that I could call you mine?
I just know it, 'cause you're the one
And when there's gray in our hair and we've not much to do
I want to spend the rest of my days with you...
Oh don't you know it?
You are the one, you are the one

Oh won't you be the one?

Ni lagunye..selamat menonton (^_^)


Salam cantik dan sihat,

~Aisyah~
Dapatkan Produk SHAKLEE dari saya ---> KLIK SINI
atau PM/Whatapp je 017-3468802

Tuesday, 24 June 2014

Kekal sihat dalam Jerebu

Baca ye ni kawan-kawan..info tentang JEREBU. 
Moga kita sama-sama sihat dan dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik insyaallah...



Apa Itu Jerebu? 

Menurut laman web Wikipedia, jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. 

Penyebab Utama Jerebu 

Antara sumber utama yang menyumbang kepada terjadinya jerebu ialah: 
  1. kebakaran hutan kebakaran gambut
  2. pembakaran terbuka asap perindustrian
  3. kenderaan 

Indeks Pencemaran Udara Indeks Pencemaran Udara (IPU) 

merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. 

Imam Al Ghazali Dan Anak Muridnya

pagi-pagi ni santai tengok video nih..
moga kita semua lebih BAIK dari semalam ye..

insyaallah..
Jom layan jap


Salam cantik dan sihat,

~Aisyah~
Dapatkan Produk SHAKLEE dari saya ---> KLIK SINI
atau PM/Whatapp je 017-3468802

Cadangan Menu Berbuka Untuk Sebulan

Assalamualaikum...pagi ni bangun rasa lapar pulak..makanya aku pun terus fikirkan MEAL SHAKES. Add on je dgn MILO.sedap gak..senang cepat dan paling penting perut aku tak berbunyi-bunyi pagi nih..wahai la perutt..huhu..

Ok FOKUS..diam tak diam tinggal beberapa hari je lagi nak puasa kan..
Laki aku pun siap tag aku kat FB resepi untuk sebulan
gagah betul kan. maksudnya dia nak suh aku MASAK lah tu (-__-)

Aku ok je la..saje je wat muka gitu.
In GOOD SIDE aku rasa bertuah gak jadi 'SURIRUMAH BERIJAZAH' ni
First sekali dapat train hati, train memasak, train sabar dan 
yang paling penting belajar untuk menjadi seorang IBU kepada
Muhammad Ammar Arif ni ha..

Sebenarnya aku rasa beruntung sebab diberi PELUANG ni..
Peluang untuk menjadi ISTERI, SAHABAT terbaik kepada hubby terCINTA Mohd Afiq
moga diberi kekuatan dan terus kuat untuk melalui hari-hari yang mendatang.
Insyaallah...mode INSAF pulak ha kan.. (^_^)

Oh Ecah lari tajuk lagi..haha..ok menu cadangan tu kan..ni aku jumpe dalam blog FARAH. Agak membantu jugak nih. patutnye hari biasa pun aku patut buat camni kan..baru la teratur sikit 
hidup..hihi ye je kan..I ok je tp bila nmpak list ni nampak menarik.tu yang nak SHARE dengan semua. :) :)


NI CADANGAN RESEPI BERBUKA yang hubby aku tag dalam FB tu. dia amik dari blogger ni -my family diaries
Simpan dalam blog nnt senang nak cari balik..hee 

Monday, 23 June 2014

6 SEBAB JANGAN MINUM ESP !!


ESP ni ape ye..aish da banyak kali kot cerita pasal dia nih..ye kan?? 
Tekan SINI untuk bacaan lanjut.

Malam ni teruja sikit sebab ESP ni la penyebab I jatuh CINTA dengan SHAKLEE.hihi..

Tapikan...malam ni nak cerita sikit lahh kenapa tak boleh minum ESP nih;

6 sebab jangan minum ESP

1. Jangan berikan ESP pada bayi!! 
   ESP tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar!!

Yang ni selalunya memang akan ada yang tidak bersetuju dengan saya. Memang kadang-kadang saya ternampak promosi ESP yang terang-terang mengatakan ESP sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, terutamanya yang berusia 5 tahun kebawah.
Personally, saya tidak setuju, terutamanya untuk bayi. Cuba kita lihat apa kandungan ESP. ESP hanya ada protein dan sedikit vitamin B dan kalsium. ESP bebas lemak. Sedangkan bayi dan kanak-kanak memerlukan lemak untuk proses pembinaan sel-sel otak. ESP pula hanya protein semata - mata. Jadi ia agak tidak seimbang untuk kanak-kanak dan bayi.

2. Jangan bancuh ESP dengan air panas
ESP merupakan suplemen protein. Protein musnah apabila dibancuh dengan air panas. Jadi untuk mengekalkan khasiat protein, bancuh ESP dengan air suam atau air sejuk. Paling sedap, kegemaran saya, ESP blend dengan kurma dan campur sedikit dengan susu segar. Buat untuk sahur in Shaa Allah tak lapar sepanjang hari.

3. Jangan minum ESP 
sebelum tidur atau selepas makan kalau taknak gemuk
Ada antara yang mengambil ESP mengadu pada saya mereka semakin gemuk setelah mengambil ESP. Bila ditanya - mereka ambil ESP selepas makan.

Kenapa tak boleh?
Sebab ESP ni mengandungi lebih kurang 200 -300 kcal setiap hidangan. Bila dah ambil nasi, dah kenyang, minum pula ESP - terlebih la kalori. Ingat ye, kita kurus dengan mengurangkan jumlah kalori yang diambil. Bukan mengurangkan jumlah pengambilan makanan semata-mata!!

4. Jangan ambil ESP kalau taknak kulit cantik & parut hilang
Kalau sayangkan parut jerawat, parut stretchmark dan apa-apa parut tu, jangan ambil ESP. Kenapa? ESP kaya dengan protein yang membantu proses pembaharuan dan pemulihan sel. Kalau proses pembaharuan sel kulit tip top, nanti hilanglah jerawat kesayangan tu.

5. Jangan ambil ESP kalau anda suka keadaan tak larat dan penat, atau kalau anda memang suka selalu lapar (ada alasan nak makan kalau lapar)
Kenapa pulak? Ha, nak bagitau ni. ESP ni merupakan makanan dengan indeks glisemik yang rendah. Jadi, paras gula dalam darah akan berada hampir pada paras normal dalam jangka masa yang lebih lama. So, taklah asyik lapar & penat je kan? Sayang pula takde orang makan keropok dengan biskut melambak & sayang pula takde orang pergi kat bahagian plus size kat shopping complex tu

6. Jangan ambil ESP kalau nak memajukan bidang SOYA GMO
Tahu tak kalau ikut statistik, 98% soya di Malaysia ialah daripada US. Dan lebih 90% soya di US adalah soya yang telah diubah genetiknya (soya GMO). Tahu sebut je kan soya GMO ni tapi tahu tak maksud dia? Ni sebenarnya projek masa kat universiti dulu. Makanan GMO. Niat asal GMO ni adalah untuk memenuhi keperluan makanan seluruh dunia.

Tapi dengan soya ni lain pula ceritanya. Soya diubah genetiknya supaya tidak mati apabila disembur racun serangga dan racun perosak. Pasaran soya ni sangat besar, jadi bila soya tak mati lepas disembur racun, keuntungan pun jadi berganda. Masalahnya - bila disembur racun ni, maksudnya soya tu (yang merupakan makanan dari jenis legume) akan menyerap sekali racun-racun tu dalam biji soya. Ha, macam mana tu? Makan soya ke makan racun kita ni? Mungkin tak banyak, tapi sikit pun dalam tempoh jangka masa panjang tetap memudaratkan.

Oklah, cukup takat 6 jangan tu. Banyak lagi tapi nanti saya kongsikan kemudian.

P/s: pilihan saya tetap ESP Shaklee sebab ia bukan GMO dan diproses dengan kawalan kualiti yang cukup ketat. Kagum dengan pemprosesan yang Shaklee pilih.


Jom Sihat Cantik,
Dapatkan maklumat LENGKAP dari Ummi Ammar
Insyaallah....moga kebaikan dapat dirasai oleh semua
Aaminn..

~Aisyah~
017-3468802
FB: Radin Siti Aisyah

Shaklee Bukan Untuk Awak

Assalamualaikum..hai...ha kawan-kawan tak boleh makan Shakee ni tau..ada bebrapa penyakit kena hati-hati nihh..Shaklee not suitable for you...
1) SLE
– Pengidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan supplemen Alfalfa dan juga Vitalea. Dalam Vitalea juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

2) G6PD
– Bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga tidak boleh mengambil supplemen Alfalfa. Anda boleh menggantikan Alfalfa dengan supplemen yang lain untuk alternative kepada milk booster.

3) THALASEMIA
– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.

4) HYPERTHYROID
– Pesakit Hyperthyoid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi supplemen yang tidak boleh diambil ialah Vitalea kerana di dalam Vitalea ada kandungan IODINE dan juga supplemen Alfalfa

5) HYPOTHYROID
– Pesakit Hypothyroid pula tidak boleh mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid dan tidak digalakkan mengambil carotomax sebab hormon thyroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.


Sumber

Dapatkan konsultansi secara PERCUMA dari saya (^_^)

~Aisyah~
PM/Whatapp 017-3468802
FB: Radin Siti Aisyah

IBU HAMIL TAK BOLEH AMBIL SHAKLEE

Assalamualaikum...
malam ni macamnye tak larat tapi ku gagahkan juga sebab nak update blog.nak sharing..
sharing is caring kan...:)

Ha mommies...
u all tak boleh ambil Shaklee tau..haa terkejut..sebenarnya ada vitamin yang baik utk ibu hamil. boleh tengok SINI


Tak boleh makan yang saya senaraikan ni sebab boleh bahayakan bayi dalam kandungan kecuali dgn cadangan dari doktor tauu..

♥Alfalfa complex
♥DTX complex
♥Collagen powder 
♥Caratomax
♥Garlic complex
♥Herblax
♥Lecithin
♥nutriferon
♥Vitamin E complex
♥GLA complex
♥Vivix
♥Omega Guard (digalakkan pengambilan masa kandungan ke-5,6,7,8 bulan dan disarankan berhenti setika apabila kandungan mencecah 9 & 10 bulan) ♡mostly vitamin2 kat atas ni bersifat antioksidan mcm Vit E, caratomax, GLA dan nutriferon.

♡Ade jugak yang panas mcm Garlic, ginger, alfalfa, Vivix.
~ So, mmg xboleh la utk ibu preggy, bimbang takut bagi kesan pada baby. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan utk mengambil, anda boleh rujuk kepada doktor anda. mungkin mereka lebih arif untuk menentukan setiap keperluan tubuh badan anda.

Jom hamil dengan gembira,

dapatkan konsultansi dan follow up dari saya dan family shaklee insyaallah

~Aisyah~
017-3468802
FB: Radin Siti Aisyah

Testimoni Performance Drink untuk BERPUASA

Assalamualaikum...Performance Drink lagi..

sebab apa sy share tentang PD ni lagi..sebab saya nak semua dapat rasa kebaikannya insyaallah..lagi2 berapa hari je lagi nak puasa nih kan..(^_^)

Perkongsian testimoni;

Zaza (mom of syaura, baby dia baru 5 mons ++, fully breasfeed)
"Rupanya penat berpuasa masa breastfeed baby adalah lapan kali penat puasa time pregnant ok.saya pun cuak juga before puasa, takut2 kalau bekalan susu merudumtakut letih sangat2 ke jadi saya pun membeli performance drink dari kak laila..saya start minum masa hari kedua yang saya tak puasa tu la sebab saya rasa masa tu saya dehydrate kot tu yang pening2mane taknye, lepas berbuka pukul 8 malam terus tidur sampai sahur,memang tak sempat nak minum air banyak2 alhamdulillah sejak tu saya rasa ok, dah tak berapa letih yang penting bertenaga sepanjang hari, boleh meeting sana sini, jalan sana sini tak macam first day puasa, pucat lesi, pening, nak tumbang la. hoh lembik macam sotong" (dicopy dari her blog)
note : zaza beli Performance drink hari ke-2 puasa, so mmg rasa perbezaannya.

Puan Saadiah (berniaga dibulan Ramadhan)
"Alhamdulillah lain rasanya, lebih bertenaga selepas minum Performance Drink. Saya minum waktu sahur & berbuka. Beginilah berniaga, selalu terdedah tengah panas. Tak lah rasa kering sgt tekak & kepala pun tak pening. Alhamdulillah. Semua keluarga minum Performance Drink. Saya juga cadangkan pada kawan2"

Kunaz (mom of Irfan 3 mons - fully breastfeed baby)
Ok, sebelum bulan puasa saya dah try puasa sehari, puasa ganti time awal2 pregnant dulu (morning sickness teruk dowh). Dulu kan jadual pumping saya start kul 7 pagi lepas punch card. Before pam, saya bese minum malt drinks dulu, and after pam minum air masak. So masa 1st time pam masa puasa, abih pam jek saya rasa resah. Resah sebab tak dapat nak minum air. Dah berkali2 decide nak berbuka, dari kul 7 pagi sampai kul 11 pagi, dok sibuk cakap kat ofismate nak berbuka. Pastu Kak Laila introduce performance drink dari Shaklee. Mende alah tue bukan untuk banyakkan susu yer, tapi untuk keep us hydrated (ala2 100 plus) so that kite takdela haus yang melampau atau mati terjelir lepas pam. So 1st 3 days puasa memang mantap abih aah.
Hubby pun kesian gak. Terpaksa puasa 8 hari kat offshore. Penat ok kontraktor wireline puasa kat offshore, kalau client leh tahan lagi, setakat coordinate contractor. Hubby pun minum performance drink hari2 and alhamdulillah penuh jek puasa dia kat offshore tue.


Dapatkan Performance Drink anda sekarang.

~Aisyah~
PM/Whatapp saya ye utk konsultansi 
017-3468802
FB: Radin Siti Aisyah

Sunday, 22 June 2014

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

Hello mommies..
nak puasa lagi berapa hari je lagi ni..another 7 day to be axact.hee...

Cuba puasa dulu ye tapi kalau tak larat dan memudaratkan bayi dalam perut better berbuka tau.Allah da bagi rukhsah da kan.
Islam tu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan. So apa-apa pun kena CUBA dulu eh..

Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.
minum air masak tau..
Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda 

Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. 

Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin 

Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. 

Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat 
kunyah dgn tenang.nikmati makanan :)
Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari 

Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.


Jom berpuasa dengan gembira,

~Aisyah~
Dapatkan vitamin untuk ibu hamil SHAKLEE
PM/ whatapp saya 017-3468802
FB: Radin Siti Aisyah

Performance Drink minuman elektrolit

Hai..meh hari ni nak sharing tentang Performance Drink.Minuman tenaga yang menjadi rebutan pada bulan PUASA. kenapa ye..? PD ni ape ye sebenarnye kan..insyaallah dapat bantu kita melalui RAMADHAN dengan lebih baik. 

Elak Dehidrasi dengan Performance Drink
Sedikit info tentang elektrolit. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion.. 


Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan. 


Jadi jika anda sedang mencari minuman elektrolit, pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. 


Pilihan saya semestinya Performance Drink Shaklee. 

Kenapa? 
kerana ia berbeza dengan jenama yang lain..
bukan sahaja rasanya yang lazat, yg penting ia tak bergas dan atas sebab sebab dibawah .... 


Kelebihan Performance Drink Shaklee

performance drink Shaklee perisa oren yg sedap lagi segarrr 

  1. Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain. 
  3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum. 
  4. Terbukti secara klinikal: Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina 
  5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan. 



Antara produk terbaik Shaklee nih...


So kawan-kawan jom lah kita siap sedia satu dalam rumah. rasa dia sedap boleh buat untuk berbuka. Sesuai untuk seisi keluarga. Nak buat SAHUR pun ok jugak BEST take with ESP or Meal Shakes or both.

Moga kita dapat melalui ramadhan dengan lebih baik ya..

Jom Sihat dan Cantik,
~Aisyah~
Dapatkan 1 dari saya sekarang
PM/Whatapp 017-3468802
FB: Radin Siti Aisyah


Thursday, 19 June 2014

Persiapan Ramadhan untuk ibu menyusu


Assalamualaikum wbt.sihat ke? 
memang teruja sket nak menghadapi ramadhan tahun ni sebab tahun ni saya akan berpuasa dan menyusukan ammar arif.Alhamdulillah diberi peluang utk merasa menjadi seorang ibu dan menyusukan si kecik tu. Moga dapat kekuatan hingga Ammar 2 tahun nnt lah mudah-mudahannya.

So menjelang RAMADHAN ni, apa persiapan yang boleh kita buat ye??

1. Banyak minum air

Minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu kurang pada siang. Minum 2 liter atau 8 gelas air sehari. 

2. Bersahur

Perlu bersahur setiap hari. Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.

5 Tips Untuk Wanita Kekal Cantik Dan Sihat

Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua.

Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:

1) Senaman membina peribadi positif

Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

Wednesday, 18 June 2014

Q & A berpuasa dan menyusukan anak


Bismillahirrahmanirrahhim. Segala puji hanya untuk Allah SWT. Moga kita sama-sama diberi kekuatan 
untuk terus melakukan ibadah puasa dan disamping itu juga
dapat menyusukan anak kita dengan jayanya insyaallah.

Niat dalam hati tu sangat2 la penting dan juga persediaan rapi. mommies semua kuat kan.bagi semangat kat diri sendiri nih..tahun pertama nak menyusu dan berpuasa nih...yeah2.. (^_^)

Meh kita tengok apa soalan yang bermain-main diminda. Saya tau ramai momies yang nak tahu jugak kan. baca ni ye. Hope boleh jadi panduan untuk semua.

Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan? 


Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. 
Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, 
seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. 
Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini 
dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu. 

Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung 
kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. 

Persediaan Ramadhan yang bakal tiba

Assalamualaikum...
wah diam tak diam tinggal lagi 10 hari je nak puasa kan.cepat betul masa berlalu kan.

Bagaimana persediaan??
Berpuasa itu ertinya menahan lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. 
Sama-samalah kita berusaha ye.
Tak mau lah dapat LAPAR DAHAGA je.

yang sebenarnya byk hikmah nya.
 "Perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat".

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik atau racun-racun dari badan dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit serta meneyembuhkan penyakit yang membabitkan perut seterusnya dapat menajamkan minda kita. 

Dalm ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Perut terlalu kenyang, akan melemahkan otak, malas berfikir dan cepat mengantuk.

Tadi tengok Al-Hijrah tadi ustaz cakap antara persediaan Ramadhan adalah:

Wednesday, 11 June 2014

Berpuasa dengan Gembira (^_^)

Assalamualaikum...
diam tak diam da nak masuk tgh bulan Syaaban da kan..maksudnye ade lg 15 hari je kita nak berpuasa. Sekejap je da nak masuk RAMADHAN kan.sonoknye..(^_^)

Ramadhan saya kan:
tahun 2011 puasa dgn mama ayah
tahun 2012 puasa berdua sebagai suami isteri
tahun 2013 puasa bertiga dgn ammar tapi dia dalam perut lagi
tahun 2014 puasa bertiga walid ummi dan ammar

wah masa berlalu dari setahun ke setahun. Alhamdulillah ade perubahan setiap tahun. syukur. 
Rezeki masing-masing tak sama kan.
Apapun sama-sama kita memanjatkan kesyukuran
kerana diberi nafas untuk terus hidup
diberi kesihatan yang baik boleh melakukan aktiviti seharian dengan jayanya
 Insyaalllah

Persediaan puasa camne pulak ye? 



Bulan Ramadhan adalah bulan yang besar dan penuh keberkatan 
serta banyak kelebihannya. Maka haruslah disambut dengan 
penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. 

Antara persiapan yang dapat kita lakukan malah perlu kita lakukan 
sebelum menjelang Ramadhan ialah:

Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.

Mengulangkaji ilmu tentang puasa

Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.

Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan

Baca huraian lagi di ISLAM ITU INDAH

Untuk memastikan sentiasa bertenaga kena SAHUR tau.jangan sahur pukul 12 malam pula.hee.seeloknya lambat2 kan waktu sahur tu. Paling kurang ambil 3 biji KURMA dan minum air masak.
insyaallah da la dapat tenaga dapat lagi 
keberkatan bersahur tu (^_^)

Makan MAKANAN SEIMBANG dimana cukup ikut piramid makanan. Ada 5 jenis kelas makanan tu insyaallah.

Banyakkan MINUM AIR MASAK. Ha jangan la minum waktu siang pulak.hihi..minum lepas berbuka tu lah..lepas tarawih.sebelum tidur dan masa sahur.kerana dengan air ni la badan kita dapat beroperasi dengan baik insyaallah.

Tuesday, 10 June 2014

5 tips kekal segar waktu pagi

Berpagi-pagi lah kita..sesungguhnya rezeki itu pada pagi hari. 
Bangun la pagi-pagi..hee. 
Pagi ni terbangun awal sebab anak tak berapa nak sihat.
Doakan Ammar cepat sihat ye.
orang cakap kalau budak demam ni nak dapat akal lg.
dia da pandai merangkak..nak berdiri pulak kot kan...(^_^)

Dulu-dulu waktu sekolah ayah selalu pesan bangun pagi.mengaji buat hafalan dan macam2 la lagi dan yang pasti buat kami semua tutup telinga tak nak dengar.hee. Buat pun dalam keadaan terpaksa.
Tapi betul la kan. nak buat baik..nak buat ibadah ni pada mulanya kena paksa
lepas tu baru rasa NIKMAT nya
dan insyaallah lepas tu buat sendiri je
insyaallah dan itu lah yg aku nak terapkan dalam diri 
Muhammad Ammar Arif nanti
Buat sesuatu atas dasar kesedaran dan kebaikan bukan paksaan. Yes pada mulanya mmg la terpaksa
nanti lama2 ok la kan.
Moga kami sekeluarga dan awak yg tengah baca ni
sama-sama kita berjaya ye
DUNIA DAN AKHIRAT

Oh balik pada tajuk tadi kan..ni nak share sikit

TIP KEKAL SEGAR WAKTU PAGI

1- Solat Subuh bangun awal untuk solat subuh (digalakkan secara berjamaah) dan setelah selesai sambung dengan membaca al-Quran dan Ma’thurat. 

solat ni charge badan kita tau (^_^)

Aiskrim Meal Shake Oreo

Petang2 nih sedap jugak kalau buat resepi yang mudah2..lagi sedap dan berkhasiat..kan~~
Sekarang ni macam-macam makanan ada kat pasaran. memang merisaukan
lagi-lagi kalau nak bagi makan kt anak kan.
anak I baru 7 bulan.jauh betul fikirkan.haha

Meh saya nak kongsi resepi yg best..

AISKRIM MEAL SHAKE OREO


OK semua dah sedia yer dengan buku resepi masing2? ..

Bahan A:
2 1/2 cawan fresh milk
2 sudu milo
3 sudu Meal Shakes
Biskut oreo yang dihancurkan dengan blender kering (suka hati banyak mana)


Bahan B:
Biskut oreo yang dipatah-patahkan (suka hati banyak mana)


Cara Membuatnya:
1) Campurkan kesemua bahan A ke dalam blender dan blend
2) Lepas semua dah sekata, masukan ke dalam bekas dan simpan dalam bahagian beku peti ais.
3) Apabila adunan sudah separa beku, keluarkan dari peti ais dan masukan bahan B.


Dah siap. Selamat mencuba.


Bagi yang belum ada Meal Shakes Shaklee tu, wajib dapatkannya hari ini supaya anda boleh cepat2 buat aiskrim Meal Shakes Oreo ni.

Saya ada stok Meal Shakes ke?

Stok memang sentiasa ada (^_^)

Sunday, 8 June 2014

DOA BANYAKKAN SUSU BADAN

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
  
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Entry lama~