Saturday, 17 May 2014

Tip "Berbaik-baik" dengan Pemilik Rezeki

Assalamualaikum..selamat berhujung minggu semua..moga hari-hari kita bertambah baik la hendaknya kan..cuti2 ni boleh la ibadah lebih sikit kot.hee..(pesan kt diri sendiri gak ni..) Minggu ni balik Melaka lagi..tengok2 atas meja ada byk buku menarik..majalah solusi isu 66 ni menarik perhatian, tajuknya dia jangan biarkan ibu menunggu.

Bila dah jadi ibu ni lagi terasa dan jadi lebih sensitif kot..ye la baru faham susah payah seorang ibu. My mom besarkan 6 orang anak kot..aku ni baru sorang pun kecoh..(-_-)

 Disebalik kehebatan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita yang menjadi pendorongnya. Hanya ibu yang hebat dapat melahirkan anak yang hebat. Jom jadi ibu hebat kawan2 ku semua. 
Berusaha tau..(^__^)

 Meh baca ni pulak..tajuk entry nih..ni yg nak share sbnarnye..

Tip "Berbaik-baik" dengan Pemilik Rezeki. Sesungguhnya Pemilik Rezeki itu hanya Allah SWT. Kita ni hanya peminjam jer..
 
1. Menyempatkan Diri Untuk Beribadah
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman,"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu" (Riwayat Ahmad)

2. Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa
Rasulullah berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. (Riwayat Iman Ahmad)

3. Berpagi-pagi
Berpagi-pagi adalah amalan yang berkat yang mana memulakan aktiviti harian sebaik sahaja selesai solat Subuh berjemaah.

4. Solat Dhuha
Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi," Wahai anak Adam, jangan engkau sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat Al-Hakim)

5. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba berasa dekat dengan Allah. Doa bukti hamba memberi sepenuh pengharapan dan penggantungan kepada-Nya. Malah Allah amat menyukai hamba-Nya yang sentiasa meminta kepada-Nya.

6. Bertawakal
Firman Allah,"Sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." (Al-Talaq65:3)

Semoga dengan amalan-amalan ini lahirlah takwa dalam diri kita.Seterusnya Allah akan memberkati rezeki yang kita peroleh saban hari.

Sumber: Majalah Solusi Isu 66

No comments: