Saturday, 10 May 2014

Nutritionist' Choice Cookbook PDF :)

Wah excitednye malam ni sebab dapat download buku ni..hee 
best2..sementara nak beli buku nye so I just download it..tahu ni pun from group FB home made solid food


Kalau nak leh download di SINI

Harapannya dapat beri yang terbaik utk si manja. That's why I prefer to be WAHM. Insyaallah mudah-mudahan diberi peluang utk jadi yang terbaik buat Ammar Arif ni..juga sahabat walidnya..Well tiada yang mudah  didunia ni. Bila kita buat pilihan mesti ada yang kita kena lepaskan. Apapun pilihan terletak di tangan kita. Malam-malam ni fefeling lebih pulak kan..hihi..

Hari ni Ammar da ckup 6 bulan..to be exact 6 bulan 3 hari..:) So Ummi nak kena study betul2 what how when why kena bg Ammar these and that..kan kena la faham apa pun yg kita beri..apa yang kita ajar pada anak kita. 

Ammar lame2 pandai gak fungsi tiap2 vitamin ni nnt..
Ni saya ambil dari buku nih..

FEEDING DO'S

  • Perkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan bubur nasi. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada satu lagi kumpulan makanan. 
  • Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada. Mulakan dengan kuantiti yang sedikit. Tambah sedikit demi sedikit apabila usia bayi meningkat. 
4 days rules utk perkenalkan makanan pada bayi 
  • Setelah si manja dapat membiasakan diri dengan pelbagai jenis makanan, anda bolehlah mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan, seperti bubur nasi dengan daging cincang dan puri sayur. 
  • Pastikan rasa dan tekstur makanan sesuai dengan tahap perkembangan si manja.
  • Suap makanan sebaik sahaja si manja lapar, sebaik-baiknya sebelum anak anda meragam atau hilang selera makan.
  • Bergantung pada keupayaan si manja, beri makanan yang boleh diambil sendiri atau air dalam cawan yang boleh dipegang.
  • Elakkan benda yang boleh mengalih perhatian, seperti TV dan mainan, semasa makan supaya si manja boleh memberi tumpuan penuh dan menikmati makanannya.
  • Makan bersama si manja. Anda boleh menggalakkan si manja untuk makan atau belajar menyuapkan makanan sendiri.

FEEDING DON'T'S
  1. Mencampurkan makanan yang berlainan jenis dalam satu masakan apabila mula memperkenalkan makanan pelengkap. 
  2. Memberi makanan yang boleh menyebabkan si manja tercekik, seperti kacang dan bijian.
  3. Memaksa bayi makan atau memberi makanan secara berlebihan. 
  4. Hentikan pemberian makanan apabila si manja memalingkan muka atau menunjukkan tanda tidak berminat; dia mungkin sudah kenyang.
jangan paksa bayi anda makan
Banyak lagi info nak sharing kalau ikutkan..tapi kita baca sikit2 k..ikot perkembangan anak kita..not to worry just give the best for our baby insyaallah Allah swt will help us..

Oh ye jangan lupe tau teruskan penyusuan susu ibu..exclusive breastfeed 6 bulan pertama..Alhamdulillah berjaya brestfeed  Ammar 6 bulan ni..nak teruskan usaha hingga umur dia 2 tahun pulak ni..moga diberi kekuatan kesabaran utk diri ini..aaminnn :)


Untuk hasil yang terbaik boleh cuba set penyusuan 3M ni dari Shaklee.


Insyaallah kita berusaha kan..nnt sy update lg k tentang tip penyusuan and review tentang set 3M sebab sy sendiri sdg mkn dan konsisten. Alhamdulillah susu masih ada pekat dan cukup utk anakku Muhammad Ammar Arif. Em ok lah dulu..takat sini..thanks for reading till the end..daa~~

Assalamualaikum.

Jom sihat cantik,
~Aisyah~
FB: Radin Siti Aisyah
017-3468802


1 comment:

Nor Murni Fairouz Rafingi said...

Nice sharing! begitu rupanye yer..hehe