Monday, 7 April 2014

Work At Home Mom 2

Asssalamualaikum..
diam-diam da masuk April da kita kan..bulan puasa pun tak lama lagi.ammar pun da masuk 5 bulan hari ni. ingat lg waktu ni 5 bulan yang lalu aku tengah bertarung nyawa nak melahirkan si kecil tu. patut la mak kita sensitif kan bila kita buat salah, tinggikan suara pada mak. sebab dia da susah2 lahirkan kita ke dunia ni..aish sedih pulak tiba-tiba teringat mak. Mak doakan ecah ye mak...terima kasih lahirkan ecah ke dunia ni.besarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik. Insyallah ecah nak didik anak bagaimana mak didik kami insyallah..

Dalam masa 5 bulan ni jugak la aku da tekad nak FOKUS dalam bisnes SHAKLEE ni.Alhamdulillah setakat ni da merasa gak la bonus 3 4 kali..syukur ada 'mak', 'nanny', 'adik beradik' yang baik. saya suka dengan 'keluarga' Shaklee saya sekarang sebab mereka sentiasa memberi sokongan padu.hari-hari memberi semangat dan peringatan. Bekalkan ilmu pada kami mencurah ilmu tanpa jemu pada 'anak kecil' yang baru nak belajar ni. Alhamdulillah ditemukan dengan mereka..pahit manis dilalui bersama. Aku masih baru lagi tapi insyallah aku nak usaha dan usaha lagi dalam bisnes ni. banyak lagi cabaran yang belum dilalui.rasa takot juga tapi kena lalui juga la kan.sebab apa? Aku yakin Allah SWT ada, rezeki masing-masing tu ada yang penting usaha gigih dari kita semua. 

syukur2 lagi sebab aku dapat luangkan masa dengan anakku Muhammad Ammar Arif Bin Mohd Afiq. Syukur lagi dapat diberi peluang menjadi seorang isteri dan surirumah sepenuh masa. Insyaallah nak cuba yang terbaik. nak beri yang terbaik buat suami dan anak ku. Yep bukan mudah pada zaman ni nak jadi surirumah. sebab tu kena ada side income.buat bisnes.insyaallah...rezeki tu ada..jom la sama-sama kita berusaha. nak cite panjang pun cite aku pun sebenarnya baru bermula. harap dapat buat yang terbaik dalam bisnes Shaklee ni..doakan saya ye..

Jom lah sihat dan cantik dari dalam. semuanya kita kena jaga dari awal kan...insyaallah2..

model part time ummi..hehe..sayang kamu ketat2 ammar arif bucuk
oh happy beday ammar sayang..Happy 5 month...how fast time fly.hope to see you grow up happily and healthy insyaallah...



No comments: