Friday, 18 April 2014

Apa nak buat bila baby kita demam?

Penah tak anak korang demam.mesti la penah kan? mesti lah kan..sapa yang tak risau bila anak demam. Bila da ada anak ni rajin la nak explore apa yg patut utk dia. Meh kita tgk lagi..


Bagaimana mengetahui anak demam atau tidak?
1. Suhu badan normal ialah 36.7°c. Gunakan termometer / jangka suhu untuk mengetahui suhu badan anak anda. Suhu yang melebihi dari suhu badan normal dianggap sebagai demam. Dinasihatkan belilah termometer yang boleh membaca suhu dengan hanya meletakkan pada telinga. Termometer jenis ini lebih pantas dan mudah untuk mengambil suhu berbanding termometer biasa. Lagipun termometer begini boleh digunakan bagi seisi keluarga. Hah, kan jimat kan?
2. Letakkan belakang telapak tangan didahi, biarkan selama 5 saat, sekiranya terasa panas. Itu tandanya demam.

Tips Apabila Anak Demam Panas :-
1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.

2. Bukakan pakaian anak dan gunakanlah tuala basah yang direndam di dalam air sejuk untuk menyapu pada bahagian muka, kepala, leher, ketiak, depan dan belakang badan serta kaki. Selimutkan bahagian dada anak dengan tuala kering (bagi mengelakkan anak mendapat batuk) dan biarkan tanpa pakaian untuk beberapa jam.
3. Biarkan tuala sejuk tersebut pada bahagian pelipat ketiak dan dahi.
4. Berikan susu dan air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.
5. Anak yang kelihatan lemah sewaktu demam adalah menunjukkan tanda lebih sakit, berbanding anak yang masih aktif walaupun demam.
6. Bukakan tingkap bilik / rumah bagi memastikan pengudaraan rumah dalam keadaan lancar dan tidak berhawa panas. Buka kipas atau kekalkan suhu penghawa dingin pada paras 27°c.
7. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam pada badan, bintik di dalam mulut, muntah tanpa henti, cirit-birit, anak mengalami kekejangan / sawan serta tanda-tanda lain yang membimbangkan segera bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Seelok-eloknya bawa anak pergi ke hospital / klinik yang menyediakan rawatan khusus untuk kanak-kanak.
8. Sentiasa pantau keadaan demam anak kerana demam yang berlarutan lebih daripada 2 hari memerlukan rawatan segera di klinik mahupun di hospital.

Petua Mengurangkan Demam :-
1. Campurkan segenggam asam jawa dengan air sejuk dan lumurkan pada kepala dan seluruh anggota badan. Asam jawa berfungsi untuk menyejukkan badan dan menurunkan suhu panas pada badan.
2. Mandikan anak dari paras bawah anggota badan hingga ke atas secara perlahan-lahan iaitu bermula dari kaki, punggung, badan dan akhir sekali pada bahagian kepala.

Credit to: reenaonline

Memang penting pengendalian bila anak demam ni. parent tak boleh gelabah kena tau apa yg patut buat. Ni nasihat utk diri sendiri sebenarnya.hee. Moga anak-anak kita semua membesar dengan sihat dan gembira ye.

Ok lah..see you next post :D

1 comment:

aRz MoHa said...

tips yang baik. terima kasih atas perkongsian.
datang dari www.arzmoha.com follower #4