Thursday, 24 April 2014

Malam Cinta Rasul

Masa menulis ni..tengah dengar malam cinta rasul Kuantan...besh je rasa..rasa bagus nye lah kalau semua sama-sama berselawat.mesti tenang je semua..kan..:) 


"Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)

Jom lah kita berselawat keatas rasul..tunjukkan rasa sayang..rasa rindu kita padanya..

ikot apa yang nabi kita pesan ye..

~Aisyah~
Ummi Ammar Arif

Monday, 21 April 2014

JOM MAKAN DAN MASAK DIRUMAH SETIAP HARI :D

Orang dulu2 cakap nak memikat suami kena makan air tangan kita.

Haa dah kalau keje balik ptg camne.Pagi-pagi dah keluar pastu balik da petang. nak ambil anak dr umah pgsuh lagi. tau-tau da ptg dan penat. yang mudah dan cepat beli je la kn.. 

Itupun alasan ibu bekerjaya pada zaman ni. Em saya nak cakap banyak pun alhamdulillah setakat ni still seorang surirumah sepenuh masa.

Kalau saya kerja pun insyaallah nak cuba masak untuk suami dan anak setiap hari. PERCAYA lah..

confirm diorang suka je makan kita masak even telur goreng pun :D

Ni hasil pencarian yg boleh dimanfaat utk semua. 

TIP MASAK BAGI IBU BEKERJAYA

1. restock barang basah utk 5 ari (ari sabtu n ahad kn cuti). 
restocking barang basah ni elok buat ari ahad. beli siap2 ayam seekor, daging, ikan n ape2 jela yg kite suka.utk mudahkan keja kite, soh saje si penjual ikan dan daging tu siang ikan n potong daging tu kecik2. balik umah basuh ayam, ikan dan daging tu pastu simpan dlm freezer. daging tu pulak rebus siap2. da lembut, simpan dalam freezer.

Sunday, 20 April 2014

Bila Ammar Bersuara :D

Ye je kan tajuk..ammar tu my son baru je 5 bulan setengah. tapi dah pandai bersuara. walau pun tak difahami.hihi. but it's nice to see him grown up depan mata. Biar lah orang kata 'terikat' , 'rugi' atau apa-apa yang berkaitan since I've choose to be fulltime housewife. For me it's really worth it. yeap memang ramai ibu yang bekerjaya dan anak-anak mereka semua berjaya. tak dinafikan..yang penting sebenarnya bagaimana kita sebagai parent ada masa yang berkualiti dgn anak-anak. 


Cabaran surirumah -  yes well this is the thing yang kita sebagai ibu perlu ambil kira. Tajuk ni mungkin kena kupas lebih dalam lagi lain kali. Cabaran utama datang dari diri sendiri, apakah kita redha dan bersedia menghadapinya dalam keadaan hari ini, dimana kebanyakan wanita memilih untuk bekerja diluar? 

Insyallah saya memilih Shaklee sebagai batu loncatan , which is my PUSH FACTOR is my son.. ammar arif yang bijak pandai soleh ni..doa ibu plg mustajab kan..:D

memang sy mengaku saya masih dalam proses belajar lagi banyak lagi yg perlu dipelajari. Apapun, redha suami, syukur, motivasi tu kena ada..jom sama-sama kita berusaha yang terbaik untuk keluarga tercinta.

Doakan kami ye..

Jom sihat cantik,
~Aisyah~
Ummi Ammar Arif
017-3468802
SID:1092808

Saturday, 19 April 2014

Cabaran Surirumah 5 Angka Bersama Shaklee



Meh kita tgk talk dari master hadatina nih...moga kita sama-sama inspired untuk berjaya ya :D

~Aisyah~
Ummi Ammar Arif
017-3468802
SID:1092808

Friday, 18 April 2014

Atasi sakit kulit ekzema

Malam ni ada customer tanye pasal ekzema. Ada banyak jenis rupanya sakit kulit ni. Bila da jadi SID ni baru lah pandai nak berjinak-jinak dgn jenis sakit, nutrisi dan apa-apa related dgn suplemen :D

Yang paling penting sekarang ni da rajin sikit update blog.hihi demi kamu-kamu yang tersayang readers. Em ok la balik pada tajuk.


Apa itu Ekzema?

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Ekzema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah.Punca ekzema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena ekzema adalah muka, siku dan lutut.

Apa nak buat bila baby kita demam?

Penah tak anak korang demam.mesti la penah kan? mesti lah kan..sapa yang tak risau bila anak demam. Bila da ada anak ni rajin la nak explore apa yg patut utk dia. Meh kita tgk lagi..


Bagaimana mengetahui anak demam atau tidak?
1. Suhu badan normal ialah 36.7°c. Gunakan termometer / jangka suhu untuk mengetahui suhu badan anak anda. Suhu yang melebihi dari suhu badan normal dianggap sebagai demam. Dinasihatkan belilah termometer yang boleh membaca suhu dengan hanya meletakkan pada telinga. Termometer jenis ini lebih pantas dan mudah untuk mengambil suhu berbanding termometer biasa. Lagipun termometer begini boleh digunakan bagi seisi keluarga. Hah, kan jimat kan?
2. Letakkan belakang telapak tangan didahi, biarkan selama 5 saat, sekiranya terasa panas. Itu tandanya demam.

Tips Apabila Anak Demam Panas :-
1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.

5 Soalan tentang VITALEA :)

Vitalea multivitamin pertama di dunia. saya memang suka dan jatuh hati dgn vitalea ni..em vitalea ni apa?
Boleh refer kat SINI 
Suplemen Shaklee ni umpama kita makan sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ayam dan apa saja yang kita suka tapi ia dibuat dalam bentuk tablet. takde lah boleh kenyang pulak makan ni tapi khasiat nye tu. Makanan yg kita ambil sedia ada tu nutrisi nya banyak yang da hilang. Ada pula yang tak suka sayur lah, tak suka makan itu, tak suka makan ini..

Yang paling digemari masa kini makanan segera. Kononnya masa tidak cukup, penat dan sebagainya. Jadi, nak pastikan kita mendapat nutrisi lengkap ambil lah multivitamin ni :D

Vitamin Shaklee ni semulajadi tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna dan tanpa perisa. dan kajian telah dibuat dgn teliti. Vitalea ni yang pertama hokey..almost 56 years ! 

Vitamin yang diperoleh dari makanan
Sejarah Vita-lea 
Ia produk pertama yg d cipta oleh shaklee pd tahun 1915 dlm bentuk cecair. Nama asal VITAmin MINeral. Short form VITAMIN. Jadi shaklee yg mula2 mencipta vitamin di dunia.

 Kandungan VitaLea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral secara ringkasnya mengandungi kesemua vitamin yg diperlukan oleh badan.

Siapa yg memerlukan Vita-Lea
org yg sentiasa mkn diluar yg tidak sempat hendak masak sendiri. 
utk maintain kesihatan agar cukup vitamin 
ibu2 yg mengandung yg memerlukan iron tambahan agar tidak mengalami tekanan darah rendah.
ibubapa kita yg telah berumur 
pelajar2 dari sek men dan universiti 
semua kita patut ambil sebab makanan yg kita makan sekarang sudah kekurangan zat

Ok kita tgk apa 5 persoalan tentang Vitalea ni pula ye..

Wednesday, 16 April 2014

SELFIE OH SELFIE


Hai hai..assalamualaikum <3 <3
cepat je masa kan..pejam celik da hari khamis rupanya. duduk kat rumah ni lagi rase macam-macam nak buat. masa berlalu dengan pantas nya tapi alhamdulillah sale tetap berjalan..eh tiba2 promote lak kan..saya jual Shaklee. kalau nak beli pm la saya 017-3468802..ewah..boleh refer SINI untuk cadangan suplemen. jom la hidup lebih sihat..:D

ha yang sebenarnya nak cerita tentang #selfie. sekarang ni macam da jadi fenomena pulak ha..mula lah keluar parody2 video yang mengejek sikap selfie ni..em ade kebaikan keburukan kot selfie ni..ye ke?? hee

SELFIE TU APA ?

Ni saya amik dari en google,
A photograph that one has taken of oneself, typically one taken with a smartphone or webcam and uploaded to a social media website: 

Dalam bahasa mudahnya ambil gambar sendiri lah..memang menjadi-jadi lah fenomena ni sampai ada keluar gajet utk bantu ambil gambar sendiri. ha dahsyat..antara alatnya:

Kenali apa itu dan cara atasi Buasir..minta jauh lah kan..

Apakah itu Buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakkan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membojol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. 

Jenis-jenis Buasir 

Buasir Dalaman 
Lazimnya buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas.Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. 

Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya. 

Punca Buasir 
  • Sentiasa duduk Meneran (ketika najis keras atau sembelit) 
  • Cirit-birit 
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama 
  • Batuk yang teruk 
  • Bersalin 
  • Mengangkat berat 
  • Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual 


Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :- 
Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir 
mengandung
mengalamai batuk yang melampau dan berpanjangan
meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir. 

Tanda-tanda dan Gejala Buasir 
  • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekita bahagian dubur. 
  • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur
  • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit. 

Peringkat Buasir
Buasir ini ade 4 peringkat, jika anda ada tanda-tanda seperti berikut, dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk elak berlarutan. 

Peringkat 1 
( Tahap 1) - Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar 

Peringkat 2 
( Tahap 2) - Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik dalam dubur 

Peringkat 3
( Tahap 3 ) - Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya dapat ditolak dengan jari tetapi berasa sedikit sakit. 

Peringkat 4
( Tahap 4 ) - Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Merasa sangat sakit dan kemungkinan memerlukan pembedahan kecil untuk dilakukan 

Langkah Pencegahan Buasir 
  1. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. 
  2. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. 
  3. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu.
  4. Jangan tahan nafas anda.
  5. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan. 

Jadikan sebagai satu peraturan : 
  • Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. 
  • Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut. Banyakkan meminum air sekurang-kurangnya 1.5-2 liter sehari 
  • Makan makanan seimbang : banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air. Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan ( makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsang usus (kopi atau teh) 

Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur) berjumpalah dengan doktor. Jika langkah-langlah ini gagal, anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat perit. 

credit to : http://ms.wikipedia.org/wiki/Buasir

Cadangan suplemen Shakle untuk atasi buasir


OSTEMATRIX 
Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD 
Baik untuk sendi dan otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX 
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Dapatkan dari saya sekarang,
~Aisyah~
SID: 1092808
FB : Ummi Ammar Arif
017-3468802


Review ESP Shaklee dari Master Hadhatina MKB..watch this

Tuesday, 15 April 2014

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Utk Makan

Ni saya cari2 dengan en google jumpalah ni...tanda bayi ada sedia untuk makan.ummi rasa ammar da sedia da nak makan da ni..tgk semua tanda macam dah ada je..hee..

Ada beberapa tanda yang menunjukkannya antaranya: 
  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak. 
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Nampak tak punya la tegak kepala nya tu..memang org makan dia duk tgk je tau.bila sua makanan memang dia nak.tido pun lena alhamdulillah..

Namun, anda dinasihatkan merujuk kepada pakar kesihatan untuk memulakan makanan pejal, lebih-lebih lagi jika anak di bawah 6 bulan. 

Ye lah bukan apa kalau tak pasti dan belum cukup syarat better tunggu dulu 6 bulan ye. Kebaikannya utk bayi dan juga ibu tau..BACA NI :)

Kebaikan Untuk Bayi : 
  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
  • Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.
Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu: 
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

ok sekian saya dari saya..selit sket..kalau nak order Shaklee roger2 lah saya tau :D

~Aisyah~
017-3468802
FB: Ummi Ammar Arif
SID: 1092808

Monday, 14 April 2014

Tudung bawal mawar fizo omar dari Yuna Bella

Hai hai..
gossip2 jap..sekarang ni kan orang duk sibuk dgn isu tudung fareeda ni kan..perkara ni tak silap sejak dari pihak butik Fareeda telah membuat aduan berkaitan isu Paten tudung yang telah ditiru oleh peniaga lain. Isu ni jadi lagi hangat dengan kenyataan yang dikeluarkan Fizo Omar yang dilihat menjadikan keadaan semakin keruh. 

Puncanya dari permintaan yang tinggi terhadap tudung Fareeda tetapi sebahagian dari pengguna tidak mampu membeli tudung dari butik Fareeda yang dikatakan mahal. Jadi banyaklah tudung-tudung “ciplak” dihasilkan. Kini kita tidak perlu risau lagi. Buat wanita muslimah diluar sana. Anda juga boleh bergaya ala-ala tudung Fareeda dengan kos yang rendah tetapi hasil yang menarik menutup dada.

Glamour jap adik ni..nama dia Yuna Bella.Katanya adik yuna bella yg pakai tdg pink tu la yang mencetus idea dengan menggunakan tudung bawal. Tq dik.akak nk try lah nnt..hihi


Jom cuba !!

Peralatan yang diperlukan adalah:

Pin

Brooch besar yg ada jarum panjang so senang nk pin katanya




guna bawal biasa jer , pastu samakan yang depan .


pakai macam biasa .


untuk yang tengkuk pendek boleh pin kat belakang so nampak lagi kemas , tak nak letak pon boley :)


ok start gumpalkan tudung , boleh start dari tengah tudung atau jarak sejengkal macam tu 


lipat tudung secara menaik 


boleh cuba lipat siap-siap then terus pin atau pun , buat satu-satu macam dalam gambar 


ok bajet lah nak singkat atau labuh . sebab tu kena pin jang panjang , kalau x , xboleh nak pin .


selesai pin , jangan susah hati . dia memang akan messy macam ni . just adjust dan cantikkan lipatan tu .


nak senang , buat macam dalam gambar ni , satukan hujung yang bercabang .


pin kat belakang tudung yang di kemaskan tu .


siap ! kalau rasa singkat , boleh turunkan lipatan tu or jangan pin belakang tudung :) 

Hehe..ok sekian..

SELAMAT MENCUBA.


Penting tau kalsium ni, jangan pandang sebelah mata...

Kalau dengar perkataan KALSIUM mesti semua akan terbayangkan susu. Jangan tak tahu selain susu makan yang tinggi kalsium adalah seperti keju, yogurt, sayuran hijau , ikan salmon, brokoli, kacang almond , pisang dan ikan bilis. Alternatif lain adalah ambil pil kalisum. 

Ni selalu untuk mereka yang susah nak minum susu atau malas nak bancuh susu macam saya. Susu pun ada cara nak bancuh.Salah bancuh mungkin zat boleh hilang. Dikatakan orang dewasa memerlukan 1000mg kalsium tau.

Cara saya , amalkan ostematrix. kenapa? sebab 4 bj ostematrix cukup 1000mg. Saya malas nak bancuh susu tapi nak kan kalsium cukup. Nak makan ikan bilis pun berapa gram nak kena makan sehari? tak muak ke setiap hari makan ikan bilis. 

kenapa saya memilih ostematrix shaklee ? Apa kelebihan Ostematrix Shaklee selain dari kalsium membekalkan kalsium yang cukup untuk tubuh badan kita? 

1. Kuatkan tulang, gigi 
Fungsi utama kalsium la kan. Semua orang pun tahu. Tapi tak semua rajin nak minum susu atau ambik kalsium yang cukup sehari. Alasan muda lagi.Takkan tulang nak reput sekarang kot. Sebenarnya dari muda la kena jaga. Dah tua, tulang pun dah reput kan susah. 

2. Tidur lena 
Ostematrix atau susu sebenarnya bagi kita tidur lena tau. Tengok baby, kanak-kanak lepas je mandi bagi susu terus tidur lena. Sama la juga dengan kita orang dewasa. Tidur lena, cukup bangun pagi pun senang. Malah segar bugar. Baru la aktiviti sehariaan berjalan lancar 

3. Kawal stress 
Bila tidur lena, badan segar jadi emosi pun sihat, segar je. Takde la stress, tension sana sini. Tidur terganggu tu la akan sebabkan macam-macam masalah berkaitan emosi datang. 

4. Migraine 
Migraine selalu berkaitan dengan stress. Lebih lagi mereka yang semangnya ada migraine. Dulu tak percaya tapi bila dengar kisah seorang sahabat yang migraine bertahun-tahun & teruk dan dengan kuasa ALLAH lepas makan ostematrix lega migraine dia. Sekarang pun dah makin jarang kena migraine. Rupanya besar peranan kalsium dalam badan kita. 

5. Cramp/ Kebas/ simpul biawak 
Ini satu nightmare pada ibu hamil. Simpul biawak ni selalu terjadi pada 3rd trimester. Sakitnya ALLAH je la yang tahu. Nak menjerit je rasanya, Kena pulak time tidur. Lepas tu nak tidur balik pun takut. Konsistent makan ostematrix memang nampak beza. Bukan saya sahaja tapi ramai kawan-kawan yang lain pun. 

6. Sembelit
Ini lagi satu ketakutan wanita. Baik masa hamil mahupun ketika dalam pantang. Ada yang sampai fobia nak pregnant dan berpantang sebabkan masalah sembelit yang teruk. Ostematrix memang bagi lancar je pembuangan. Esok bangun pagi mesti membuang senang je. Lega kan.. Dalam pantang takde la serius akan luka jahit tu. 

7. Menaikkan nafsu ghairah seks 
Baru terbaca pasal artikel mengenai hal ini. wah!! mesti ramai yang suka ni. Entah-entah yang tak suka minum susu terus beli susu kan.. hehee.. Mungkin ada betulnya bila emosi terjaga, tidur lena badan pun segar. Nafsu pun segar bugar la.

Credit to: dietdietsihat

Jom lah kita berOSTE..kebetulan bulan ni ada promosi OSTEMATRIX beli 6 dapat 7 tau..besh2..boleh share satu family.bg satu kat ayah..satu kat mak,,satu abang..satu kakak..satu adik..dua utk sendiri lah..tak cukup pulak kan..hee..


PM saya laju2 tau..
~Aisyah~
017-3468802
FB: Ummi Ammar Arif
SID: 1092808

Sunday, 13 April 2014

Jangan lupa breakfast ye semua :)

Hai..meh kita sharing tentang sarapan.bukan apa ramai yang tak berapa suke nak breakfast.tak sempat la, tak selera la..macam-macam la alasan kan tapi sebenarnya sarapan ni sangatlah penting. Hakikatnya bila kita skip breakfast, hari dimulakan dgn energy yg kurang so produktiviti juga berkurangan.

Sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. 

Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan.

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin, mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin.

Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.

Elakkan mengambil sarapan pagi mengikut apa yang digemari tanpa mementingkan khasiat. Badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik. Makanan yang tidak berkhasiat boleh merosakkan organ tubuh yang lain.

Organ yang paling banyak terjejas akibat tidak mengambil berat mengenai sarapan adalah pankreas kerana organ ini berfungsi untuk menghasilkan jus gastrik dan insulin. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, pelbagai penyakit lebih mudah terjadi seperti diabetes, kenaikan berat badan dan juga penyakit darah tinggi.


 FAEDAH BERSARAPAN:

• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak 
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

 ELAKKAN SARAPAN YANG MANIS
 kerana ia akan menyebabkan kita cepat lapar dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari. 

So jangan lupe breakfast k semua ;)

Nak senang meh kita sarapan dengan ESP..instant breakfast yang berkhasiat dan mengenyangkan insyaallah.


Ada banyak lagi resepi ESP ni, boleh refer Pelbagai resepi ESP Shaklee :)

Untuk khasiat ESP boleh baca Keistimewaan ESP dan SINI jugak k..

Untuk maklumat lanjut boleh msg/whatsapp sy direct k

~Aisyah~
017-3468802
FB : Ummi Ammar Arif


Monday, 7 April 2014

Work At Home Mom 2

Asssalamualaikum..
diam-diam da masuk April da kita kan..bulan puasa pun tak lama lagi.ammar pun da masuk 5 bulan hari ni. ingat lg waktu ni 5 bulan yang lalu aku tengah bertarung nyawa nak melahirkan si kecil tu. patut la mak kita sensitif kan bila kita buat salah, tinggikan suara pada mak. sebab dia da susah2 lahirkan kita ke dunia ni..aish sedih pulak tiba-tiba teringat mak. Mak doakan ecah ye mak...terima kasih lahirkan ecah ke dunia ni.besarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik. Insyallah ecah nak didik anak bagaimana mak didik kami insyallah..

Dalam masa 5 bulan ni jugak la aku da tekad nak FOKUS dalam bisnes SHAKLEE ni.Alhamdulillah setakat ni da merasa gak la bonus 3 4 kali..syukur ada 'mak', 'nanny', 'adik beradik' yang baik. saya suka dengan 'keluarga' Shaklee saya sekarang sebab mereka sentiasa memberi sokongan padu.hari-hari memberi semangat dan peringatan. Bekalkan ilmu pada kami mencurah ilmu tanpa jemu pada 'anak kecil' yang baru nak belajar ni. Alhamdulillah ditemukan dengan mereka..pahit manis dilalui bersama. Aku masih baru lagi tapi insyallah aku nak usaha dan usaha lagi dalam bisnes ni. banyak lagi cabaran yang belum dilalui.rasa takot juga tapi kena lalui juga la kan.sebab apa? Aku yakin Allah SWT ada, rezeki masing-masing tu ada yang penting usaha gigih dari kita semua. 

syukur2 lagi sebab aku dapat luangkan masa dengan anakku Muhammad Ammar Arif Bin Mohd Afiq. Syukur lagi dapat diberi peluang menjadi seorang isteri dan surirumah sepenuh masa. Insyaallah nak cuba yang terbaik. nak beri yang terbaik buat suami dan anak ku. Yep bukan mudah pada zaman ni nak jadi surirumah. sebab tu kena ada side income.buat bisnes.insyaallah...rezeki tu ada..jom la sama-sama kita berusaha. nak cite panjang pun cite aku pun sebenarnya baru bermula. harap dapat buat yang terbaik dalam bisnes Shaklee ni..doakan saya ye..

Jom lah sihat dan cantik dari dalam. semuanya kita kena jaga dari awal kan...insyaallah2..

model part time ummi..hehe..sayang kamu ketat2 ammar arif bucuk
oh happy beday ammar sayang..Happy 5 month...how fast time fly.hope to see you grow up happily and healthy insyaallah...



Wednesday, 2 April 2014

Atasi anak obesiti

Siapa tak sayang anak kan...sayang ada caranya..kerana sayang kita berikan yang terbaik untuk si manja bukan beri apa sahaja yang mereka mahu. Pemakanan sangat penting tau !

ha kalau da jadi camni sape ssh?? kite la jugak kan..
TAHUKAH ANDA??

Pendapat pakar mengatakan anak yang OBES ini tidak perlu mengurangkan makanan TETAPI mereka PERLU MENGAMBIL MAKANAN YANG BERKHASIAT. Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan. 

bekalkan anak-anak dgn sayuran yg mencukupi

BAGAIMANA MEMASTIKAN ANAK MENGAMBIL MAKANAN BERKHASIAT? 

a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu. 

b) Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah. 

c) Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan. 

BAGAIMANA UNTUK BERUBAH? 

Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. 

Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. 

sokongan keluarga amat penting
Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. 

Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubah dan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.


ADAKAH SUPLEMEN SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU ANAK OBES? 

Ada! Sudah pastinya Shaklee mempunyai rangkaian suplemen hebat untuk anak yang hebat. Bagi memastikan anak hebat cukup vitamin, zat mineral, kalsium, DHA dan protein selain dari pemakanan harian mereka, rangkaian Shaklee mengesorkan Mealshake yang lengkap dengan 19 multivitamin, protein, serat dan kalsium, Omega Guard dan Chewable Vitamin C.

Jom tunggu apa lagi..selamat kan anak anda sebelum terlambat. 

PM/ Whatapp saya eh

~Aisyah~
017-3468802
FB: Ummi Ammar Arif
SID:1092808