Sunday, 30 March 2014

15 Tips Tangani Monday Blues

Bila Isnin datang je sume jadi malas eh..no no no..jom keje dgn gembira k.so u will enjoy your work..get up..get up..sy pun camtu gak dulu..sekarang keje dari rumah je..hee..cuti susun sendiri..ade gak blues nye kadang2 tapi kita kena berusaha untuk counter back.berusaha semua. chaiyok2 !!

badan macam dikerah ye bila isnin dtg..berusaha semua !!

  1. Tidur lebih awal pada malam Ahad dan elakkan aktiviti luar pada malam itu. Sebaik-baiknya pilih hari Sabtu untuk keluar bersama keluarga. 
  2. Lakukan persiapan untuk keesokan hari lebih awal (bukan pada waktu pagi Isnin ya!) 
  3. Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan hari ini. 
  4. Bersenam setiap pagi sememangnya diketahui akan manfaatnya untuk kesihatan tubuh.
  5. Rancang perjalanan anda setiap hari. Keluar lebih awal untuk ke tempat kerja
  6. Sebelum keluar rumah, jangan lupa berniat di dalam hati. Mulakan dengan Bismillah...dan lebih utama niatkan dalam hati apa yang kita lakukan adalah kerana Allah.
  7. Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat, cepat-cepat sedarkan diri anda. Buka minda dan hati. Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Hirup udara segar di pagi hari dan bersyukurlah masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.
  8. Mulakan sarapan di pagi Isnin dengan secawan kopi atau teh panas.
  9. Bayangkan perkara-perkara positif di tempat kerja pada malam Ahad. 
  10. Jangan bertangguh kerja dan jika berlaku kesilapan, jangan rasa takut kerana manusia belajar menerusi kesilapan.
  11. Kemaskan ruang kerja pada hari Jumaat sebelum pulang dari kerja bagi memastikan mood dalam keadaan baik pada pagi Isnin.
  12. Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh aplikasi di tempat kerja esok hari. Jika sukses, jangan lupa ucap tahniah untuk diri sendiri ya!
  13. Dari segi penampilan diri, boleh ubah suai asalkan masih kelihatan sopan dan anggun.
  14. Amalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan dan diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif.
  15. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah. 

Click SHARE sebab ramai lagi yang tidak tahu macam mana nak elak Monday blues, hehehe

Jom Sihat Cantik,
~AISYAH~
Fb: Ummi Ammar Arif
SID:1092808
017-3468802

No comments: