Wednesday, 5 February 2014

UBAT VS SUPLEMEN

Semalam duk cerita2 dgn customer..pesan apa dan cara makan ubat.alih-alih dia tanye pulak..

"Em.kak aisyah tak pening ke makan banyak?"

Senyum je baca soalan customer saya ni..saya pun jawab suplemen ni bukan macam ubat. dan terlintas la nak cite dgn readers UAA ni..;)

Ada beza ubat dan vitamin ni..sebab tu sy berani nk makan byk pun suplemen ni tapi kena makan dgn cara dan dos yg betul sebab kalau salah kesannya memang lebih teruk dari tak makan apa-apa suplemen. So sila pastikan jenis suplemen yang kita makan ye..

UBAT VS SUPLEMEN


1) Apa itu?
Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel.

Suplemen adalah bahan berkhasiat,semulajadi dan penting kepada tubuh badan kita. Jika kita kekurangan mengambilnya, kita akan mengalami kelemahan dan kegagalan fungsi organ

2) Tindak balas?

Ubat merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim

Suplemen adalah bahan berkhasiat dimana ia membantu biokimia dan proses enzim dalam tubuh badan kita

3) Kesan sampingan

Ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Contohnya Aspirin, ia boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya.

Supplemen tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos.

pelbagai jenis ubat utk merawat penyakit
4) Waktu makan

Ubat biasanya dimakan antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain

Suplemen boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan.

5) Jika diambil berlebihan

Ubat boleh membawa maut

Supplemen selamat diambil, tiada risiko maut

6) Kesan

Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang.

Suplemen tidak menghasilkan kesan kepada tubuh kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut. Ia dipanggil 'healing crisis'. nanti saya cite lain tentang apa kesannya dan bagaimana.

7) Tindakan

Ubat bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam

Supplemen bertindak secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh.

bakteria ganggu badan kita
8) Bagaimana merawat penyakit

Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit tapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan bukan memulihkannya.

Supplemen merawat terhadap punca penyakit

9) Pengawasan

Ubat perlu pengawasan bagi mengelakkn overdose.

Supplemen tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad jika bekalan mencukupi, maka ia tidak akan menerimanya lagi.

10) Keperluan kepada orang tua

Orang lebih tua perlukan  ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda.

Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yg semakin lemah.

11) Boleh sebabkn penyakit?

Ubat boleh menebabkan penyakit

Supplemen mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman, bakteria, virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan.


So,nampak eh beza ubat dan supplemen.

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

So not to worry k nk makan vitamin. Makan la sebelum sakit k..

Macam yang saya slalu cakap..

"Mencegah itu lebih baik dari mengubati" sebab kalau da sakit anda kena la makan ubat tapi boleh dibantu dengan suplemen. 

Insyaallah..kita berusaha..jangan lupa doa k..niatkan sihat tu utk apa.yg pasti semuanya kerana Allah SWT.
Ok lah..


Salam sihat dan cantik,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif
017-3468802
SID:1092808


No comments: