Friday, 21 February 2014

SENYUM :)

Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. Bersyukur

Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi

Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi

Terbaik Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Mulakan Dengan Bismillah

Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap.

Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan Semua Orang Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita.

Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

- Artikel iluvislam.com

No comments: