Wednesday, 5 February 2014

Prudential BSN Takaful For All For Life

Cewah tajuk da macam sy ni agen kan..hihi..em xde la.saje nak sharing benefit insuran ni. mungkin ramai yang da sedar kepentingan insuran dan ada juga yg masih leka. Macam sy selalu kata sediakan payung sebelum hujan. Nanti kalau da sakit baru nak cari insuran tak guna dah sebab insuran tak cover sakit yg dah berlaku. price pun lebih mahal.Kita tak tahu bila kita sakit,bila kita susah. Malang tak berbau.


Tak kisah la nak ambil insuran ape pun tapi kena make sure you understand the policy and apa yang you boleh dapat. Make sure tak bertindih dengan faedah kewangan sedia ada. lagi satu better ambil yang ada saving. Paling kurang ada simpanan utk jangka masa panjang nanti. Since sy ni pengguna prudential, that's why la yg terpromote tu.my family pun mostly ambil prudential. Kami suami isteri sudah. Ammar Arif pun dah..panas lg ni ha baru dapat tadi agen hantar.



Kenapa Prudential BSN Takaful?

1) Takaful tidak mempunyai riba dan medical benefit sangat banyak. 

Lagi banyak jumlah plan yang kita amik, lagi banyak benefit yang kita boleh dapat. Prudential Takaful membantu kawan-kawan yang mengalami kesusahan untuk mendapat benefit itu. 

2) Client boleh mendapat bonus sekiranya tidak claim apa-apa selama setahun.

Sekiranya kawan-kawan tidak claim apa-apa dalam masa setahun, kebaikan yang boleh kawan2 terima adalah menerima bonus dari prudential sendiri sebanyak mana jumlah yang telah anda invest selama sebulan. Buat masa ini belum ada lagi insurans yang sanggup memberi bonus kepada pelanggannya sendiri. Sebab itu dikatakan prudential takaful BSN ni mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

3) Membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan plan pendidikan anak-anak mereka.

Kepada pasangan yang mempunyai anak, adalah lebih baik mengambil plan takaful yang cover medical + pendidikan anak-anak. Kenapa? Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Zaman sekarang ni begitu banyak peluang belajar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berintelek dan berpengetahuan di dalam pelbagai bidang. Namun salah satu sebab kenapa ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kerana kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun mempunyai banyak agensi-agensi yang boleh memberikan loan kepada pelajar tetapi interest yang tinggi boleh menyusahkan para pelajar yang baru grad untuk melangsaikan hutang mereka. Jadi, dari sekarang la kita perlu menyimpan untuk masa depan anak-anak kita. Nanti bila dah sampai jangka masa umur, duit simpanan pendidikan itu boleh digunakan untuk keperluan mereka. Tak perlu membuat pinjaman yang kemungkinan besar sukar untuk melunaskannya.

4) Melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia

Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa? Yelah, sekiranya kalau ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang2 yang sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank, andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan dibekukan.. last-last duit simpanan itu di donatekan kepada orang lain tanpa waris kita tidak mendapat sedikit benefit sekalipun. Tak ke haru? Sekiranya kita menyimpan di dalam takaful, at least ada orang yang boleh membantu untuk menguruskan semuanya. 

5) Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan untuk meneruskan kehidupan

Kalau sekarang, kita banyak mendapat medical benefit dari kompeni kita sendiri. Itupun sebab kita masih bekerja di bawah kompeni tersebut. Tapi tidakkah kita terfikir sekiranya kita sakit atau lumpuh disebabkan kemalangan, dalam masa yang sama khidmat kita ditamatkan.. macam mana kita nak meneruskan hidup? Mungkin ada duit hasil dari khidmat sebelum ini tapi mampukah kita bertahan? Sebab itu kena ada insurans kita sendiri. Kenapa kena ambil Insurans Takaful Prudential BSN? Sebab kalau nak dicomparekan dengan insurans yang lain, sekiranya mengalami apa-apa pada kita (lumpuh kekal / lumpuh separa kekal).. dan kita tak mampu untuk membayar insurans bulanan, takaful BSN prihatin untuk membantu membayar insurans bulanan sehingga umur client tersebut 80 tahun (FREE, tidak perlu bayar lagi). Tidak ada lagi insurans diluar sana yang sanggup membayarkan insurans clientnya sekiranya terjadi perkara sedemikian. Kalau berlaku sebegini, mereka hanya akan bayar lumpsum jumlah yang terkumpul dan menamatkan perkhidmatan kepada client tersebut tapi tidak pada Takaful Prudential BSN.


So, jangan lupa k amik insuran. Nak penerangan lanjut leh call agen saya..
 017-3956499 (Fahmi)

Lastly, insuran ni penting utk masa depan kewangan kita. So kita ada back up. Duit boleh dicari tapi kesihatan? Kesihatan perlu dijaga dari sekarang. 

Ok.da~~


Assalamualaikum :)
~Aisyah~
UmmiAmmarArif





No comments: