Saturday, 15 February 2014

Omega Guard Shaklee untuk semua

Manfaat Omega-3  untuk Bayi

Perkembangan Kognitif : beberapa kajian mendapati bayi yang dibekalkan dengan asid lemak omega-3 DHA menunjukkan peningkatan dalam fokus, kemahiran sosial dan ujian kepintaran. Bayi-bayi yang mendapat bekalan omega-3 DHA dan EPA (semasa ibu mengandung dan menyusu) mendapat keputusan yang lebih tinggi dalam ujian kognitif pada usia 4 tahun berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat DHA dan EPA.

Risiko Asma : Kajian pada tahun 2008 mendapati ibu mereka mengambil minyak ketika mengandung, anak-anak mereka kurang mendapat asma.

Pembesaran : Membantu pembesaran dan perkembangan otak bagi bayi pra-matang.

Kelahiran Pra-Matang : Kajian pada  tahun 2003 menunjukkan  wanita  yang mengambil telur yang diperkaya dengan omega-3 kurang melahirkan bayi pra-matang berbanding yang tidak mengambilnya.

Manfaat Omega-3 untuk Kanak-kanak dan remaja

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) : Kanak-kanak yang hiperaktif biasanya mempunyai jumlah omega-3 yang rendah berbanding kanak-kanak normal.  Penggunaan suplemen omega-3 dapat membantu membaiki tingkah laku, mengurangkan hiperaktif, dan meningkatkan tumpuan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Diabetes : Satu kajian kecil yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang mengidap diabetes jenis ke-2 (diabetes mellitus), mereka yang makan makanan yang tinggi kandungan omega-3 mampu mengurangkan tahap diabetes.

Kemurungan : Kajian pada 2006, minyak ikan mampu  mengurangkan simptom kemurungan keatas kanak-kanak dari usia 6-12 tahun.

kanak-kanak hiperaktif sukar memberi tumpuan didalam  kelas

Manfaat Omega-3 untuk Golongan Dewasa

Kardiovaskular : Orang yang mengambil  ikan dua kali  seminggu mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah. Satu kajian lain menunjukkan minyak ikan dalam bentuk makanan atau suplemen mampu mengurangkan risiko kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular sebanyak 32%. Mereka yang mengidap sakit jantung juga dinasihatkan mengambil 1 gram minyak ikan omega-3 setiap hari.

Kanser : Mereka yang mengambil omega-3 dalam jumlah yang tinggi mempunyai tahap yang rendah bagi sesetengah kanser seperti kanser payudara, kolon, ovari, esofagus dan lain-lain.

Kemurungan dan lain-lain masalah psikiatri : Terdapat bukti yang memberangsangkan berkenaan omega-3 memainkan peranan penting dalam otak manusia. Dan mereka yang menderita kenurungan mempunyai jumlah omega-3 yang rendah. Terdapat juga bukti omega-3 boleh membantu mereka yang mengidap skizofernia dan kemurungan akibat gangguan mental.

omega-3 membantu jantung yang sihat

Manfaat Omega-3 bagi Warga Tua

Kesihatan Jantung : Mencegah risiko komplikasi dan kematian pada mereka yang mengidap sakit jantung. Omega-3  membantu denyutan jantung agar stabil. Mengurangkan risiko kematian sebanyak 45% buat mereka yang pernah mengalami serangan sakit jantung. Memperlahankan arteriosklerosis dan merendahkan risiko strok.

Trigliserid :  DHA dan EPA mampu mengurangkan kadar trigliserid sebanyak 20% hingga 50%.

Rheumatoid Arthritis : Minyak ikan mampu mengurangkan simptom-simptom rhueumatoid atritis seperti kejang dan sakit diwaktu pagi, omega-3  perlu diambil dalam dose yang besar - 3-4 grams (dibawah pengawasan doktor)

Osteoperosis : Kajian mendapati orang yang mengambil ikan yang banyak dalam diet mereka mempunyai kepadatan  tulang pinggul yang tinggi. Kombinasi kalsium dan minyak primrose juga mampu meningkatkan kepadatan tulang bagi pesakit osteoporosis.

Daya Ingatan, Dementia dan Penyakit  Alzheimer : Beberapa kajian menunjukkan diet yang tinggi kandungan ikan membantu mengurangkan kehilangan daya ingatan dan risiko dementia yang lebih rendah. Suplemen omega-3 DHA membantu pesakit Alzheimer dan sakit yang berkaitan dengan kelemahan daya ingatan.


Salam sihat dan cantik,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif
SID:1092808

No comments: