Thursday, 27 February 2014

10 TIP PENGURUSAN WANG


Hai tiap-tiap bulan dapat gaji tapi tgh bulan tahu-tahu semua da habis.tak tahu kemana duit tu pergi..sebab apa..money management..bukan time management je.money management ni pun sama penting. Paling utama tu of coz lah keberkatan. tu cerita lain lah.yang saya nk kongsi sekarang ni dari segi fizikalnya. 

Antara 10 tip pengurusan wang yang saya cari dan rasa sesuai utk dikongsi bersama insyaallah.

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan 
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang. Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan. 

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet) Rancang perbelanjaan anda. 
Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. 

3. Lunaskan hutang kad kredit 
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!

4. Mencarum dalam pelan persaraan 
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. 

5. Menabung
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza. 

6. Melabur
Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan. 

7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja 
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

8. Semak liputan insurans 
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

9. Kemas kini wasiat 
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat. 

10. Simpan rekod kewangan dengan baik 
 Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. 

 Punca : Do-It Info

Sama-sama kita berusaha yang terbaik ya..pengurusan yang terbaik supaya kita bebas dari hutang keliling pinggang.berbelanja mengikut keperluan dan seadanya.Berusaha semua !

~Aisyah~
UmmiAmmarArif

No comments: