Saturday, 25 January 2014

Tangani kedegilan anak dengan berhemah


Anak saya kecil lagi..baru 3 bulan je pun..tapi rasa tertarik pula nak share ni.Moga dapat jadi panduan untuk semua dan ingatan saya di masa hadapan. Meh kita tengok..


1. Perhatikan tingkah laku kita sendiri. Adakah kita mempunyai ciri-ciri kedegilan? Jika ada, ubahlah segera. Mengubah tingkah laku kita sendiri adalah perlu untuk mengubah tingkah laku anak-anak kita.

2. Elakkan sikap agresif. Tangani anak-anak dengan kelembutan tapi dalam masa yang sama tegas dengan peraturan yang kita buat.

tangani anak degil dgn baik

3. Menjelas atau menerangkan sesuatu perkara mengikut perspektif atau sudut pandang anak-anak supaya mereka lebih mudah memahami dan mengikut arahan.



4. Mengakui perasaan anak-anak. Kita mungkin boleh berkata, “Ayah/ibu faham bahawa kamu berasa kecewa. Tetapi ayah/ibu percaya bahawa kamu mampu bertenang dan memahami situasi. “

5. Jika anak menangis, kita boleh menenangkannya dengan penuh kasih sayang tetapi apa yang kita katakan ‘TIDAK’ sebelum itu tidak boleh diubah kepada ‘YA’ hanya disebabkan tangisannya.

6. Jangan salah guna kuasa kita sebagai ibu bapa. Jika kita merasakan bahawa permintaan anak munasabah, kita boleh menunaikan permintaan itu dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.

7. Jika merasakan bahawa kita boleh memberikan sesuatu yang diminta selepas beberapa hari atau bulan, jelaskan dengan tepat kepada anak..”Ayah/ibu hanya boleh memberi basikal baru kepada kamu pada bulan Julai nanti. "

8. Apabila anak mampu bertenang, berikan pelukan penghargaan dan pujian berupa galakan. Dengan itu anak akan belajar tingkah laku yang baik dan positif.

9. Setiap ahli keluarga terutamanya ibu dan ayah perlu bersama-sama berusaha dan mencapai kata sepakat (menggunakan pendekatan yang sama) untuk menangani kedegilan anak-anak. Anak-anak tidak patut dikelirukan 
dengan gaya pengendalian yang berbeza.

10. Berdoalah supaya kita tidak mudah hilang kesabaran dan mampu bertenang dalam menangani kedegilan anak-anak.

No comments: