Friday, 17 January 2014

Makanan dalam pantang

Kenapa kita perlu berpantang? Supaya badan kita cepat pulih seperti sediakala. Mungkin ada yang tak berpantang sekarang namun kesannya dalam jangka masa panjang nanti. Ada pula yang terlalu menjaga sampai takut nak makan sebab nak cepat kurus. Saya sendiri berpantang selama 44 hari dan alhamdulillah beransur sihat tapi masih takut kesan pembedahan. Meh kita tengok ni sumber dari internet dan ibu saya. :)

Semasa berpantang, pemakanan amat PENTING kerana proses kehamilan telah menganggu keseimbangan hormon dan dan ibu mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Bila melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat,urat saraf banyak yang cedera dan berlaku luka dibahagian tertentu.

SESUAI/ BOLEH MAKAN
  • Makanan kurang minyak dan tidak pedas-selalunya makanan ibu pantang dibakar atau direbus.
  • Minum sedikit demi sedikit dengan sukatan ½ ke 1 cawan sekali minum. 
  • Ikan haruan - boleh pulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. 
  • Ikan yu - dapat membanyakkan susu ibu 
  • Ikan segar - Ikan selar, Ikan gelama ,Ikan jenahak, Ikan merah, Ikan tenggiri, Ikan kurau ,Ikan bawal putih, Ikan senangin, Ikan bilis 
  • Lobak putih dan peria - boleh membanyakkan susu ibu
  • Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
  • Ulam-ulaman kerana ulam mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. 
  • Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. 
  • Ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

masak kunyit

rebus
ELAK/ JANGAN MAKAN
  • Makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain
  • Ikan yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol 
  • Ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. (boleh menyebabkan turun darah dan bentan)
  • Ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental
  • Minum air terlalu banyak pada satu masa. 
  • Minum air sejuk boleh menyebabkan urat kembang dan melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar dan menyebabkan perut buncit. 
  • Sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.-sebabkan ibu kembung dan sakit-sakit badan.
  • Minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.
  • Ayam biasa-takut gatal

    makanan laut
CADANGAN SUPPLEMENT
Jom berpantang dengan Shaklee agar sihat dari dalam dan sihat diluar..KLIK SINI

Salam cantik dan sihat,
~Aisyah~
Pengedar Sah Shaklee Anda
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com



Sumber:
1) http://penjagaanibudalampantang.blogspot.com/p/apa-yang-penting-maksud-sebenar.html
2)http://mutiarasayangibu.blogspot.com/p/info-info-dalam-pantang.html

No comments: